Monday, April 13, 2009

Produk anti-penuaan Mary Kay

Perlukah kita mencuci muka dan mandi setiap kali bangkit dari tidur?
Ada yang kata ya, ada yang kata tidak.
Jawapannya, Ya! Kita perlu membersihkan diri dan mencuci wajah kita.

Tahukah kamu badan mengeluarkan segala macam toksin dari badan sewaktu kita tidur? Kita berpeluh walaupun kita tidur kaku. Walaupun secara zahirnya kita tidak bekerja, namun bahagian dalaman badan kita giat bekerja.

Jadi mulakan pagi kita sekurang-kurangnya dengan mencuci muka.

Gunalah pencuci wajah Timewise sebaik bangun dari tidur.

Pembersih 3 dalam 1 TimeWise® untuk kulit normal/kulit kering
Pembersih ini menjadikan kulit yang normal dan kulit yang kering berasa begitu bersih, segar dan tambah berseri dengan lembapan yang dipertingkatkan lagi. Ia menyingkirkan sel kulit mati sewaktu membersih serta menyegarkan kulit sekaligus. Ini adalah langkah pertama dalam proses membongkar kulit yang kelihatan muda. Tambahan lagi, setiap kali menggunakannya, kulit wajah kita terasa disegarkan semula.

Perlukah kita memakai pelembab di wajah?
Sudah tentu! Pelembab akan melembabkan lapisan di kulit pada wajah kita. Apabila lapisan kulit sentiasa lembab, lapisan kulit luar, iaitu epidermis tidak akan berasa tegang semacam, ketat atau perit. Garis-garis halus terutamanya di bahagian mata pun tidak akan menghiasi wajah kita. Pelembab mengandungi air, jadi kulit wajah yang berminyak pun perlu memakai pelembab.

Pelembab Anti-Penuaan TimeWise® (untuk kulit normal dan kulit kering)
Losyen bebas minyak ini mengurangkan garis-garis halus yang jelas kelihatan dan menampakkan semula keremajaan kulit kita. Ia dirumus dengan antioksida yang termaju yang dapat melindungi kulit daripada bahan radikal bebas yang menyebabkan kulit tua sebelum waktunya. Rumusan kulit normal dan kulit kering ini diperkaya dengan emolien yang dapat mempertingkatkan lagi proses kelembapan semula jadi kulit dalam mencegah kehilangan lembapan bagi menjadikan kulit lembut dan lentur.

Pembersih TimeWise® 3-Dalam-1 (kulit kombinasi & kulit berminyak)
Rumusan pembersih untuk kulit jenis kombinasi dan kulit berminyak ini membersihkan lebihan minyak dengan pembersih berbuih yang menjadikan kulit terasa seperti benar-benar dicuci bersih dan menjadikannya seimbang. Ia membersih, mengelupaskan dan menyegarkan sekaligus, sambil memulakan proses menjelmakan keremajaan kulit. Tambahan pula, ia cukup lembut bagi digunakan dua kali sehari bagi mendapatkan kulit yang lembut dan segar.

Pelembab Anti-Penuaan TimeWise® (kulit jenis kombinasi dan berminyak)
Losyen bebas minyak ini membantu mengurangkan garis-garis halus yang kelihatan agar sentiasa kelihatan muda.Tambahan pula ia mengandungi antioksida yang termaju bagi melindungi daripada diserang bahan radikal bebas yang boleh menyebabkan kulit lekas matang. Rumusan kulit berkombinasi dan kulit berminyak ini membantu menyerap dan mengawal minyak sambil menyediakan lembapan yang penting serta bahan istimewa yang menjadikan kulit sehalus sutera dan kelihatan pusam, iaitu tidak berkilat.

Pelembab Anti-Penuaan dengan pelindung matahari SPF 15* TimeWise®
Kurangkan kejelasan tanda-tanda penuaan yang kelihatan dengan menggunakan Pelembab Anti Penuaan dengan Pelindung Matahari SPF 15* Timewise. Bantulah melindungkan wajah kamu daripada sinar UVA dan UVB. Losyen bebas minyak yang mewah ini diserap kulit dengan segera bagi melembutkan kulit. Ia terbukti secara klinikal dapat melembabkan sehingga 10 jam, mengandungi patent** kompleks TimeWise® dan membantu meratakan warna kulit, menegangkan dan melembutkan sambil mengurangkan kejelasan garis-garis halus.

Losyen Siang dengan Pelindung Matahari SPF 25* TimeWise®
Bayangkan yang ia adalah sejenis tirai pelindung. Produk yang berinovatif yang mengandungi SPF 25 ini membantu menghalang garis-garis halus dan penyahwarnaan sebelum ia berlaku dengan menghadang sinar UVA/UVB yang merosakkan itu. Peptida yang menenangkan ini membantu melenturkan garisan ekspresif di wajah.

Losyen Malam TimeWise®
Suatu sistem penghantaran yang unik di mana vitamin yang dikurung dan antioksida dipadukan dengan peptida yang menggalakkan kolagen membantu menghilangkan kedut dan garis-garis yang dalam. Mikrokapsul Nutribeads® ini sarat dengan vitamin. Yakinlah kulit kamu sedang dicergaskan sewaktu kamu sedang tidur.

Setiap set Timewise Miracle sama ada untuk kulit normal/kering dan kulit kombinasi/berminyak ini berharga RM520.00
Amat berkesan melindungi kulit daripada menjadi tua sebelum waktunya.

Walaupun bagaimana, saya suka menambahkan dua produk lagi bagi memberi kamu perlindungan secukupnya untuk kulit kamu, iaitu masker (RM75) dan bedak asas (RM60).

Bayaran : Kredit terus ke akaun Maybank atau CIMB
Untuk maklumat lanjut, hubungi Kak Lani 017 3016169

No comments:

Post a Comment