Ada beberapa sebab terjadinya akne.
Contohnya perubahan hormon (semasa mencapai baligh, haid, hamil dan menopaus), keturunan ataupun meningkatnya penghasilan sebum.
Tekanan fizikal ataupun irritation pada wajah turut boleh menyebabkan akne.
Jadi apakah yang TIDAK menyebabkan akne?
Berikut adalah beberapa mitos mengenai akne.

1. Akne disebabkan oleh kurangnya kebersihan diri.
Salah. Akne adalah salah satu penyakit kulit yang paling biasa berlaku dan selalunya disebabkan oleh faktor dalaman jauh ke dalam kulit. Oleh itu, akne boleh saja berlaku kepada sesiapa sahaja. Bukan salah penghidapnya menghidap akne.
2. Memakan coklat atau makanan goreng dan berminyak menyebabkan akne.
Salah. Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Akademi Dermatologi Amerika, "Kajian saintifik yang meluas tidak menjumpai sebarang kaitan antara diet dengan akne."
3. Kulit berminyak menyebabkan akne
Salah. Akne dikaitkan dengan pengeluaran minyak berlebihan jauh dalam folikel. Permukaan kulit mungkin kering atau berminyak. Oleh itu, cubalah produk berasaskan air yang bebas minyak, non-comedogenic sekiranya anda mudah diserang akne.
No comments:
Post a Comment