Monday, June 29, 2009

Mary Kay Botanical Customized Skin Care

Set untuk kulit berminyak
Set untuk kulit normal
Set untuk kulit kering

Bagi wanita yang mahukan kulit yang sihat, seimbang dan cantik, Mary Kay dapat memenuhi keperluan anda dengan Koleksi Botanical Customized Skin Care. Produknya dirumus khas bagi memupuk kulit anda agar ia sentiasa tampak dan berasa dibelai dan sentiasa seimbang, iaitu definisi kulit yang sihat.


Koleksi Mary Kay Botanical Customized Skin Care mempunyai rumusan botanikal yang dicipta khusus bagi memenuhi keperluan jenis kulit yang kering, normal ataupun berminyak.

Semua produk ini sudah diuji secara klinikal bagi alahan dan radang kulit. Rumusan lembut ini sesuai bagi negara bercuaca tropika, kulit yang sensitif, bebas daripada minyak mineral, tidak menyebabkan akne (non-comedogenic) serta tidak mengandungi haruman.

Setiap produk dalam koleksi ini mengandungi kompleks Bio-Enriched yang eksklusif, sebatian berkhasiat tumbuh-tumbuhan yang mengandungi pati ginseng, buah delima dan oat.

Sejak zaman berzaman, ginseng sudah digunakan sebagai bahan memulihkan kulit.

Buah delima pula kaya dengan sumber antioksidan yang diketahui dapat meneutralkan sebatian yang boleh memudaratkan, yang dikenali sebagai radikal bebas.

Oat diketahui mengelokkan penampilan kulit kerana ia dapat menenangkan serta melembabkan. Tambahan lagi, oat yang digunakan dalam kompleks ini diambil patinya sewaktu proses mempaten berlangsung, yang dapat memberikan manfaat dalam bentuk pati.

Penting bagi anda mempunyai sistem penjagaan kulit kerana jenis kulit yang berlainan memerlukan jagaan yang berbeza. Rangkaian produk Mary Kay Botanical Customized Skin Care mempunya rumusan jenis kulit dan fleksibel bagi mencipta program penjagaan kulit khusus hanya untuk anda. Dengan cara itu, setiap jenis kulit mendapat apa yang ia benar-benar perlukan, setiap rumusan itu ditambah lagi dengan pilihan tumbuh-tumbuhan.

Harga satu set 4 produk - RM285

Cleanser - RM65 (113ml)
Freshener - RM (65 150ml)
Mask - RM75 (113g)
Moisturizer - RM80 (118ml)

Mary Kay Ash - Daripada Impian Seorang Wanita yang Ingin Memperkayakan Wanita Lain

Mary Kay merupakan sebuah syarikat yang penyayang dan misinya adalah meningkatkan taraf hidup wanita.

Pengasas Mary Kay Ash membangunkan syarikatnya berasaskan nilai teras, yakni Golden Rule. Paling utama adalah melayani orang lain seperti mana anda ingin dilayani. Peringkat kedua paling utama adalah kepercayaan kepada tuhan, diikuti oleh keluarga dan ketiga adalah kerjaya. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga perkara yang disebutkan ini berjalan serentak dan selari.

Impiannya adalah membuka peluang yang tidak terbatas kepada wanita dalam menggapai kejayaan peribadi dan kebebasan kewangan. Falsafah beliau yang suka memberi telah melonjakkan nama Mary Kay Inc sebagai sebuah syarikat yang penyayang.

Jadi tidak hairanlah sekiranya para perunding kecantikan Mary Kay gemar memberi hadiah kepada rakan-rakan dan pelanggan mereka.

Beliau pernah menerima anugerah Usahawan Wanita Terulung dalam sejarah Amerika.

Sunday, June 28, 2009

Soal Jawab Mineral Powder Foundation

1) Apakah yang membezakan bedak asas mineral ini dengan bedak lain?

Bedak asas mineral ini adalah bedak serbuk. Ia boleh digunakan selapis demi selapis bergantung kepada ketebalan bedak yang anda kehendaki. Walaupun selepas berbedak tebal, rasanya tetap ringan kerana bedak ini halus bak sutera. Bedak ini bersebati dengan kulit bagi membentuk wajah yang licin dan meratakan warna kulit. Ia tidak mudah tanggal.

Bedak lain, misalnya pressed powder ataupun loose powder memberi kemasan yang bersinar ataupun mengawal kilat muka. Tetapi, ia tidak dapat memberi kemasan sebagai bedak asas.


2) Apakah istimewanya bedak asas mineral Mary Kay berbanding jenama lain?

Serbuk mineral bukan hanya mengandungi mineral tulen sahaja. Mineral yang digali dari lombong adalah dalam bentuk yang bercampur aduk dengan bahan lain, kemudian diproses dengan air untuk menghilangkan bahan lain. Proses mendapatkan dan menulenkan mineral sangat mahal dan sukar. Mineral yang bergred farmaseutikal mempunyai sedikit bahan cemar yang tidak dapat dielakkan. Mary Kay berdedikasi memberi produk yang cukup selamat dengan kualiti tertinggi, yang digabungkan dengan ujian yang menyeluruh dan dibungkus dengan baik.

3) Sekiranya kulit saya mudah berjerawat atau saya memang berjerawat, bolehkah saya menggunakan bedak ini?

Bedak asas ini sudahpun diuji secara klinikal dan ia menunjukkan bahawa ia tidak menyebabkan tumbuhnya jerawat.

4) Adakah bedak asas ini sesuai untuk semua jenis kulit?

Ya, bedak asas ini terhasil dan diuji bagi memastikan ia sesuai untuk semua jenis kulit

5) Adakah bedak asas ini mendakwa yang ia "sesuai untuk kulit sensitif"?

Kajian klinikal membuktikan yang bedak asas ini memang sesuai untuk kulit sensitif. Mary Kay sudah menjalankan ujian klinikal yang menyeluruh dan kajian pengguna dengan meluas dalam menilai produk ini dari pelbagai sudut. Rumusan ini juga sudah diuji secara klinikal dan telah melepasi ujian kerengsaan dan alahan kulit.

Rahsia Wajah Kelihatan Licin


Tahukah anda bedak asas mineral daripada Mary Kay ini (Mineral Powder Foundation) bebas minyak dan tiada pewangi? Ia boleh dipakai dengan sekali sapuan berus sahaja. Ia sangat ringan dan halus, mudah sebati dan menjadikan paras anda kelihatan natural dan licin. Ia adalah bedak yang dapat menjadikan kulit anda benar-benar licin, dapat menyembunyikan garis-garis halus serta kedutan serta sebarang cacat cela pada wajah. Ia lekat pada wajah jadi anda kelihatan berbedak sepanjang hari. Ia sudah diuji oleh pakar dermatologi dan tidak menyebabkan akne. Sesuai untuk kulit sensitif.

Label "Safe for Sensitive Skin" (Selamat untuk Kulit Sensitif)

Label yang menyatakan "selamat bagi kulit sensitif ada disebutkan pada kotak produk Mary Kay bagi kategori produk berikut:-

  • Skin Care
  • Customised Skin Care
  • Color Products

Label yang menyatakan "selamat bagi kulit sensitif" adalah berdasarkan ujian klinikal yang membuktikan produk tersebut selamat bagi kulit sensitif kecuali:-

Moisture Rich Mask dan Revitalizing Mask adalah selamat bagi kulit sensitif apabila digunakan sebagai masker. Apabila ia digunakan bagi tujuan mengelupaskan, ia mungkin akan menyebabkan iritasi kepada kulit sensitif.

Purifying Freshener, yang mengandungi alkohol, dan Blemish Control Toner yang direka bagi merawat akne yang tidak teruk serta akne yang tumbuh sekali sekala, mungkin akan menyebabkan iritasi kepada kulit sensitif. (Hydrating Freshener perlu disyorkan dalam set asas untuk pelanggan yang mempunyai kulit sensitif)

Bagaimana meningkatkan kesihatan kulit wajah?

5 fungsi yang membantu meningkatkan kesihatan kulit:-

  • Membersih - menyingkirkan toksin yang dikeluarkan dari badan
  • Mengelupaskan - mencungkil daki dari dalam liang roma. Lubang liang peluh kembali ke saiz asal
  • Menyegarkan - melengkapkan proses membersih
  • Melembapkan - memasukkan produk yang mengandungi pati penuh kebaikan ke dalam kulit
  • Melindungi - dengan menggunakan bedak asas

Program asas menjaga kulit wajah

5 keperluan asas program penjagaan kulit yang bagus:-

  1. Membersih
  2. Menyingkirkan daki
  3. Menghaluskan lubang-lubang kasar pada wajah
  4. Menyediakan lembapan yang diperlukan untuk lapisan kulit atas
  5. Melindungi kulit dari persekitaran

Saturday, June 27, 2009

Apa yang membezakan Mary Kay dengan syarikat lain

Ketika saya diperkenalkan kepada Mary Kay, hanya satu perkara terlintas di fikiran saya. Syarikat MLM - dan saya TIDAK berminat!

Namun, selepas beberapa bulan berada dalam lingkungan keluarga Mary Kay, berikut adalah beberapa fakta yang membezakan Mary Kay dengan kebanyakan syarikat lain. Ia bukan hanya berbeza berbanding dengan syarikat MLM lain, tapi juga berbeza dengan syarikat-syarikat tempat kita biasa makan gaji.

Mari perhatikan 8 perbezaannya:-
  1. Try before you buy (melakukan sesi penjagaan kulit/mekap sebelum beli)
  2. Everyone buys the product directly from the Company and pays the same price (tiada diskaun namun setiap BC bebas memberikan hadiah berupa barangan MK atau sebaliknya)
  3. Mary Kay's Philosophies (Golden Rule, God First-Family Second-Career Third)
  4. Mary Kay is about enriching women's lives (yang keras dilembutkan, yang miskin dikayakan)
  5. Customer Service is our highest priority (Personalised care)
  6. No Territories (Boleh merekrut BC walau di mana dia tinggal/berada)
  7. Adoptee Program (Program anak angkat)
  8. Go-Give Spirit (Go all out to help each other and gain no monetary values except inner satisfaction)

Thursday, June 25, 2009

Mary Kay - Who is She?

She was in the direct selling business many years before starting her own company. Her dream was to help women attain financial independence through a unique career opportunity in an ethical manner. In fact, the Mary Kay Mission Statement says... "To enrich women's lives. We will do this in tangible ways, by offering quality products to consumers, financial opportunities to our independent sales force and fulfilling careers to our employees. We will reach out to the heart and spirit of women, enabling personal growth and fulfillment for the women whose lives we touch. We will carry out our mission in a spirit of caring, living the positive values on which our company was built."

Mary Kay opened the doors 13 September 1963 with 9 Independent Beauty Consultants.
By 1966, annual sales reached $1m, and now sales are over $2Billion in retail.
Mary Kay is in more than 30 countries on 5 continents with over 1m IBC (Independent Beauty Consultant) worldwide.

Awards received by Mary Kay Inc

  1. Horatio Algers Award
  2. 1 of the 100 Best Companies in America
  3. 1 of the 10 Best Companies for Women
  4. Most Outstanding Woman in Business
  5. Corporations that makes a difference Award
  6. Vision for Tomorrow Award

Tuesday, June 23, 2009

Khasiat tumbuh-tumbuhan dan penyelesaian Mary Kay

Tomato - menghaluskan kulit wajah.

Buat sendiri - Ambil sebiji tomato yang ranum dan kisar halus-halus. Lumurkan wajah dan biarkannya selama dua puluh minit. Bersihkan muka dengan air suam.

Mary Kay - gunakan set lengkap penjagaan kulit.

Timun - menegangkan kulit wajah

Buat sendiri - Hancurkan timun dan campur dengan sedikit tepung ubi kayu dan air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Lumurkan pada wajah hingga kering. Selepas itu cuci hingga bersih.

Mary Kay - gunakan masker

Bedak sejuk - menghilangkan jerawat

Buat sendiri - Campur bedak sejuk dengan sedikit asam jawa. Lumur pada wajah. Boleh juga guna kulit kayu manis dan dicampur dengan bedak sejuk.

Mary Kay - guna set akne

Lobak merah - melambatkan kedut

Buat sendiri - Parut lobak merah dan campur dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oles pada wajah sehari sekali.

Mary Kay - Day & Night Solution/Serum

Daun senduduk - menghilangkan parut

Buat sendiri - Upar-uparkan beberapa helai daun senduduk hingga keluar dair. Gosokkan daun pada parut. Boleh juga digunakan bagi menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

Mary Kay - gunakan masker atau microdermabrasion

Tomato dan epal - melicinkan kulit.

Buat sendiri - Parut tomato atau epal yang sudah ranum, gosok pada wajah perlahan-lahan. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan 20 minit sebelum dicuci.

Mary Kay - Salah satu cleanser (Botanical atau TimeWise), untuk hilangkan parut, gunakan masker.

Susu segar - menggebukan dan melicinkan kulit

Buat sendiri - Ambil segelas susu segar, sapu pada wajah dan gosok hingga rata, melekit dan kering. Cuci dan keringkan. Lakukan dua kali seminggu.

Mary Kay - Oil Free Hydrating Gel

Maklumat rawatan sendiri dipetik daripada Berita Harian, 19 Jun 2009.

Sunday, June 21, 2009

Bagaimana Unit dalam Mary Kay berfungsi?


Mary Kay akan mengadakan sebuah konferens pada 15hb Ogos 2009, bertempat di Times Square Convention Centre, Kuala Lumpur. Majlis ini khas bagi anggota Mary Kay sahaja. Ia tidak terbuka kepada orang luar. Apa yang menarik mengenai Mary Kay ialah, setiap pertemuan yang diadakan, kita akan dapat lihat kaum wanita membanjiri dewan besar lokasi mesyuarat. Lelaki pun ada tapi jumlahnya amat kecil.

Bagi Unit Sparking Swan, majlis kami bermula daripada hari Jumaat, 14hb Ogos, 2009. Sebagai BC baru, saya pun tidak tahu apa yang akan saya perolehi hasil dari pertemuan dengan Pam, wanita yang memulakan Mary Kay Malaysia 6,7 tahun lalu. Tapi, semua sisters yang sudah lama berkecimpung dengan Mary Kay agak teruja dan ternanti-nanti mahu bertemu dengan beliau.

Mary Kay - apa yang boleh saya jelaskan mengenai Mary Kay? Walaupun konferens yang diadakan hanya untuk BC (Beauty Consultant), namun ada juga beberapa pertemuan diatur untuk tetamu yang berminat mencuba produk Mary Kay. Namun, pertemuan ini diurus oleh unit-unit yang berkaitan.

Sebagai contoh, Unit Sparkling Swan yang diketuai oleh Sales Director Nafisah akan mengadakan satu pertemuan yang dikenali sebagai Guest's Event pada hari Ahad. Pertemuan ini hanya membabitkan anggota atau BC di bawah kelolaan Nafisah. Ada ramai lagi Sales Director (SD) di seluruh negara. Mungkin SD di Sabah atau Sarawak akan mengadakan satu pertemuan khas untuk BC mereka. Perkara ini tidak mungkin diketahui oleh SD lain kerana masing-masing punya jadual masing-masing. Walau bagaimanapun, sesiapa sahaja di Malaysia atau di luar Malaysia boleh menyertai MK Malaysia atau memberi produk MK menerusi saya. Tiada had atau sekatan dalam Mary Kay. Seandainya saya mempunyai BC di Sabah atau Sarawak, mereka akan dibantu oleh SD di kawasan yang hampir dengan mereka menerusi program yang dikenali sebagai 'Adoptee Program' dalam Mary Kay.

Walaupun BC melakukan pertemuan dengan SD seminggu sekali, namun setiap BC bebas melakukan urusan jual beli atau mengadakan kelas penjagaan kulit dengan pelanggan masing-masing. Sebagai contoh, saya bebas untuk tidak melakukan sebarang skin care class untuk bulan Jun, tiada siapa yang akan menegur saya. Saya juga bebas menjual produk Mary Kay menerusi laman blog ini tanpa perlu melakukan skin care class!

Saudari mahu bebas seperti saya? Mari sertai Mary Kay

Susunan penggunaan Produk Mary Kay (Siang Hari)

Anda sudah membeli berbagai-bagai produk Mary Kay bertujuan mahu membelai wajah anda?
Pening? Apa yang perlu disapu dahulu?

Mari lihat senarai berikut:-

Di sebelah pagi, sebaik bangkit dari tidur, mulakan hari anda dengan

1) Mencuci

TimeWise® 3-In-1 Cleanser atau
TimeWise® 3-In-1 Cleansing Bar atau
Botanical Set Cleanser

2) Cucian Tambahan

TimeWise® Microdermabrasion Set*
Step 1: Refine and
Step 2: Replenish
atau
Botanical Mask (yang sesuai dengan jenis kulit anda)

3) Pelindung Tambahan untuk kulit
Replenish C

TimeWise® Replenishing Serum+C
TimeWise® Day Solution Sunscreen SPF 25†
Mary Kay® SPF 30 Sunscreen†
atau
Botanical Freshener

4) Pelembap

TimeWise® Age-Fighting Moisturizer atau
TimeWise® Age-Fighting Moisturizer Sunscreen SPF 15†
5) Pelembap Tambahan
Intense Moisturizing Cream & Gel

Intense Moisturizing Cream atau
Oil-Free Hydrating Gel)
6) Lain-lain
Oil Mattifier
Oil Mattifier

Untuk bibir
Lip Mask & Balm
Satin Lips® (mask and balm)

Untuk mata
  • TimeWise® Targeted-Action™ Eye Revitalizer dan/atau
  • TimeWise® Firming Eye Cream atau
  • TimeWise® Age-Fighting Eye Cream

Untuk garisan/kedut pada wajah
TimeWise® Targeted-Action™ Line Reducer

Untuk kemasan wajah sebelum mekap

MK Signature® Concealer

Mary Kay® Foundation

MK Signature® Eye Primer

TimeWise® Age-Fighting Lip Primer

MK Signature® Facial Highlighting Pen
MK Signature® Loose Powder

Warna-warna wajah seterusnya

Saturday, June 20, 2009

Sparking Swan Unit Meeting petang tadi memang best. Sisters yang baru pulang dari China berkongsi maklumat dan pengetahuan yang mereka kutip selama berada di sana. Terlalu banyak info yang dikongsi.

Sales Director Nafisah (Kak Fis di kalangan kami walaupun dia lebih muda daripada saya), Director in Queue Fiza (dia 'mak' saya dalam MK) masing-masing pulang dengan membawa pengalaman yang begitu berharga. Pengalaman ini diceritakan semula bagi memupuk semangat supaya kami yang masih releks ni tidak ketinggalan bas lagi...


Tuesday, June 16, 2009

How to Get the Perfect Pout. Learn how to give your lips the perfect pout. Simply click on the set of lips that most closely resemble your own and get application tips that accentuate your lip shape.

Lip Gloss

Harga : RM48 sebotol

Pilihan warna lip gloss

Segalanya untuk bibir yang cantik

Lipstick Mary Kay tidak mengandungi lead.

Harga : hanya RM48 sebatang

Pink shades
Dari kiri ke kanan
Dusty Rose, Pink Melon, Hibiscus

Neutral shades
Dari kiri ke kanan
Toffee, Shell, Frosted Rose

Tawnies shades
Dari kiri ke kanan
Sweet Nectar, Sunburst, Sunset

Untuk lebih jelas lagi -



Lip Liner - RM35

Pilihan warna-warna lip liner

Anti-Aging Lip Primer - RM150
TimeWise® Age-Fighting Lip Primer creates healthier-looking lips by fighting fine lines and wrinkles while light-diffusing microspheres decrease their appearance. Use it on lips, inside and outside your lip line, to extend lipstick wear and prevent lipstick and lip gloss from feathering and bleeding. Based on a 12-week clinical study, a dermatologist saw 100 percent of the panelists had an improvement of fine lines on lips.

Lip Spa Set - RM80
Lip Mask membuang sel-sel kulit bibir yang kering manakal Lip Balm menghidratkan bibir.