Monday, June 29, 2009

Mary Kay Ash - Daripada Impian Seorang Wanita yang Ingin Memperkayakan Wanita Lain

Mary Kay merupakan sebuah syarikat yang penyayang dan misinya adalah meningkatkan taraf hidup wanita.

Pengasas Mary Kay Ash membangunkan syarikatnya berasaskan nilai teras, yakni Golden Rule. Paling utama adalah melayani orang lain seperti mana anda ingin dilayani. Peringkat kedua paling utama adalah kepercayaan kepada tuhan, diikuti oleh keluarga dan ketiga adalah kerjaya. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga perkara yang disebutkan ini berjalan serentak dan selari.

Impiannya adalah membuka peluang yang tidak terbatas kepada wanita dalam menggapai kejayaan peribadi dan kebebasan kewangan. Falsafah beliau yang suka memberi telah melonjakkan nama Mary Kay Inc sebagai sebuah syarikat yang penyayang.

Jadi tidak hairanlah sekiranya para perunding kecantikan Mary Kay gemar memberi hadiah kepada rakan-rakan dan pelanggan mereka.

Beliau pernah menerima anugerah Usahawan Wanita Terulung dalam sejarah Amerika.

No comments:

Post a Comment