
Set untuk kulit berminyak

Set untuk kulit normal

Set untuk kulit kering
Bagi wanita yang mahukan kulit yang sihat, seimbang dan cantik, Mary Kay dapat memenuhi keperluan anda dengan Koleksi Botanical Customized Skin Care. Produknya dirumus khas bagi memupuk kulit anda agar ia sentiasa tampak dan berasa dibelai dan sentiasa seimbang, iaitu definisi kulit yang sihat.
Koleksi Mary Kay Botanical Customized Skin Care mempunyai rumusan botanikal yang dicipta khusus bagi memenuhi keperluan jenis kulit yang kering, normal ataupun berminyak.
Semua produk ini sudah diuji secara klinikal bagi alahan dan radang kulit. Rumusan lembut ini sesuai bagi negara bercuaca tropika, kulit yang sensitif, bebas daripada minyak mineral, tidak menyebabkan akne (non-comedogenic) serta tidak mengandungi haruman.
Setiap produk dalam koleksi ini mengandungi kompleks Bio-Enriched yang eksklusif, sebatian berkhasiat tumbuh-tumbuhan yang mengandungi pati ginseng, buah delima dan oat.
Sejak zaman berzaman, ginseng sudah digunakan sebagai bahan memulihkan kulit.
Buah delima pula kaya dengan sumber antioksidan yang diketahui dapat meneutralkan sebatian yang boleh memudaratkan, yang dikenali sebagai radikal bebas.
Oat diketahui mengelokkan penampilan kulit kerana ia dapat menenangkan serta melembabkan. Tambahan lagi, oat yang digunakan dalam kompleks ini diambil patinya sewaktu proses mempaten berlangsung, yang dapat memberikan manfaat dalam bentuk pati.
Penting bagi anda mempunyai sistem penjagaan kulit kerana jenis kulit yang berlainan memerlukan jagaan yang berbeza. Rangkaian produk Mary Kay Botanical Customized Skin Care mempunya rumusan jenis kulit dan fleksibel bagi mencipta program penjagaan kulit khusus hanya untuk anda. Dengan cara itu, setiap jenis kulit mendapat apa yang ia benar-benar perlukan, setiap rumusan itu ditambah lagi dengan pilihan tumbuh-tumbuhan.
Harga satu set 4 produk - RM285
Cleanser - RM65 (113ml)
Freshener - RM (65 150ml)
Mask - RM75 (113g)
Moisturizer - RM80 (118ml)
No comments:
Post a Comment