Sunday, June 28, 2009

Soal Jawab Mineral Powder Foundation

1) Apakah yang membezakan bedak asas mineral ini dengan bedak lain?

Bedak asas mineral ini adalah bedak serbuk. Ia boleh digunakan selapis demi selapis bergantung kepada ketebalan bedak yang anda kehendaki. Walaupun selepas berbedak tebal, rasanya tetap ringan kerana bedak ini halus bak sutera. Bedak ini bersebati dengan kulit bagi membentuk wajah yang licin dan meratakan warna kulit. Ia tidak mudah tanggal.

Bedak lain, misalnya pressed powder ataupun loose powder memberi kemasan yang bersinar ataupun mengawal kilat muka. Tetapi, ia tidak dapat memberi kemasan sebagai bedak asas.


2) Apakah istimewanya bedak asas mineral Mary Kay berbanding jenama lain?

Serbuk mineral bukan hanya mengandungi mineral tulen sahaja. Mineral yang digali dari lombong adalah dalam bentuk yang bercampur aduk dengan bahan lain, kemudian diproses dengan air untuk menghilangkan bahan lain. Proses mendapatkan dan menulenkan mineral sangat mahal dan sukar. Mineral yang bergred farmaseutikal mempunyai sedikit bahan cemar yang tidak dapat dielakkan. Mary Kay berdedikasi memberi produk yang cukup selamat dengan kualiti tertinggi, yang digabungkan dengan ujian yang menyeluruh dan dibungkus dengan baik.

3) Sekiranya kulit saya mudah berjerawat atau saya memang berjerawat, bolehkah saya menggunakan bedak ini?

Bedak asas ini sudahpun diuji secara klinikal dan ia menunjukkan bahawa ia tidak menyebabkan tumbuhnya jerawat.

4) Adakah bedak asas ini sesuai untuk semua jenis kulit?

Ya, bedak asas ini terhasil dan diuji bagi memastikan ia sesuai untuk semua jenis kulit

5) Adakah bedak asas ini mendakwa yang ia "sesuai untuk kulit sensitif"?

Kajian klinikal membuktikan yang bedak asas ini memang sesuai untuk kulit sensitif. Mary Kay sudah menjalankan ujian klinikal yang menyeluruh dan kajian pengguna dengan meluas dalam menilai produk ini dari pelbagai sudut. Rumusan ini juga sudah diuji secara klinikal dan telah melepasi ujian kerengsaan dan alahan kulit.

No comments:

Post a Comment