
Bagaimana?
Selepas sahaja anda menandatangani borang keahlian Mari Kay dan membayar RM180.00 yuran seumur hidup, borang anda akan diproses di ibu pejabat. Dalam tempoh seminggu, anda akan menerima sepucuk surat beserta dengan kad keahlian Mary Kay yang dicop dengan nombor keahlian Mary Kay anda. Simpan kad ini dan hafal nombor keahlian anda. Anda akan perlukan nombor ini apabila melakukan urusan beli dan lain-lain dengan Mary Kay.
Dalam tempoh yang sama, anda akan menerima sebuah kotak yang dikirim dengan menggunakan khidmat CityLink. Buka kotak itu dan cek semua barang-barang yang diterima contohnya:-
1) Sebuah beg
2) Timewise 3 in 1 cleanser (bernilai RM105.00)
3) Timewise Moisturizer (bernilai RM115.00)
4) 2 botol foundation (bernilai RM120.00, RM60.00 setiap satu)
5) 3 keping cermin
6) brosur/katalog dsbnya.
Sebagai ahli baru, kedatangan anda ke lingkungan keluarga Mary Kay diraikan. Ada hadiah lagi bagi anda yang menyertai MK dalam bulan Julai ini. Segera rebutlah peluang ini!

Buat online order sebanyak 200 poin, anda akan mendapat hadiah mineral pressed powder (tanpa kompak). Hadiah ini bernilai RM70.00. (Hadiah ini khas bagi belian menerusi online sahaja). Anda juga perlu pastikan yang anda membeli sehingga 200 poin.
Kurang jelas dengan sistem poin?
Setiap produk Mary Kay mengandungi poin. MK memberi hadiah berdasarkan poin yang dikumpulkan. Contohnya, bagi mendapatkan hadiah bernilai RM300.00, anda mesti berbelanja sebanyak 600 poin. 600 poin bernilai RM1800.00 (setiap poin bernilai RM3.15).
Apabila anda sudah berbelanja sebanyak RM1800.00, anda layak menerima diskaun sebanyak 40%. Jika anda berbelanja sebanyak RM473.00 hingga RM1100.00, anda layak mendapat diskaun sebanyak 30%.
Bagi pesanan bernilai kurang 150 poin, anda perlu membayar kos penghantaran. Jika nilai pesanan anda lebih tinggi daripada 150 poin, penghantaran adalah percuma.
No comments:
Post a Comment