Wednesday, July 15, 2009

My I-Story

Pernahkah anda mengalami rasa rendah diri kerana memiliki kulit wajah yang tidak bermaya, layu, kusam, berminyak, kering sehingga timbul garis-garis halus walaupun usia masih muda?

Pernahkah anda berasa tidak ingin menatap wajah ketika bercermin?

Pernahkah anda membayar sejumlah wang yang besar demi mendapatkah kulit wajah yang cantik tetapi kecewa kerana tidak mendapat hasil yang diharapkan walaupun melakukan facial dua kali sebulan selama setahun?

Saya pernah mengalami keadaan itu dan Mary Kay telah merubah pandangan saya.

Saya memiliki kulit yang berminyak dan jerawat sudah menemani kehidupan saya sejak zaman remaja hinggalah kini. Walaupun kulit berminyak terselamat daripada diserang kedut dan garis-garis halus, namun parut peninggalan jerawat serta jerawat tidak jemu-jemu bertandang ke wajah ini.

Pernah suatu ketika, saya menjadi tidak percaya kepada semua produk mencuci wajah dan krim-krim yang dijual. Saya hanya menggunakan sabun dan air sahaja bagi mencuci wajah.

Tahu mengapa kita perlu menggunakan pelembap? Saya tidak tahu. Saya hanya menggunakannya kerana itu yang disarankan oleh penjual skincare dahulu. Mary Kay menerangkan mengapa ia perlu. Ia perlu bagi membekalkan kelembapan wajah agar kelihatan gebu dan lembap. Wajah kelihatan layu dan tidak bermaya kerana kekurangan kelembapan. Selama ini saya menyangka kulit berminyak tidak perlukan pelembap. Saya menyangka kulit berminyak akan tambah berminyak apabila menggunakan pelembap.Betapa silapnya saya!

Sekiranya anda kini berada dalam situasi yang pernah saya alami, marilah cuba Mary Kay sebagai jalan terakhir.

No comments:

Post a Comment