Friday, July 3, 2009

Nota Jumaat 3 Julai 2009

Malam Sabtu adalah malam kami di Sparkling Swan akan bertemu. Sememangnya hari Jumaat malam Sabtu saya akan bertemu dengan sisters di Mary Kay. Perjumpaan rasmi ini tidak semestinya dihadiri oleh semua IBC. Tidak semua yang rajin datang meeting pun dijamin akan berjaya. Tidak kurang sisters yang tidak pernah sekali pun datang meeting tapi sales mereka meletop.

Apa yang istimewanya mengenai meeting ini?

Bagi saya, saya mahu mendapat pengetahuan baru daripada otai-otai yang sudah lama berkecimpung di Mary Kay. Saya masih belum tahu apa yang menyebabkan mereka begitu taksub dengan Mary Kay. Okaylah, produknya memang bagus, berkesan dan saya tiada masalah berkongsi keberkesanan MK dengan kawan-kawan. Tapi, bagi mereka yang celik mata saja Mary Kay, telefon saja Mary Kay, saya pun hairan juga. Entah bilalah saya pun akan menjadi seperti mereka!

Apa yang istimewanya meeting itu malam ini?

Penceramah yang datang malam ini ialah Datin Norizan, Queen of Sales selama 4 tahun berturut-turut. Mungkin beliau akan berkongsi rahsia bagaimana beliau dapat menjual dengan begitu banyak setiap bulan.

Okaylah, untuk pengetahuan semua, di Mary Kay, setiap pencapaian dan kejayaan diraikan. Apabila anda berjaya membuat jualan tertinggi walaupun dalam unit anda sendiri, anda akan diraikan. Apabila anda berjaya merekrut seorang sister di bawah anda, anda akan diraikan. Pendek kata, di Mary Kay, kehadiran anda sentiasa diraikan. Jadi, apabila anda berjaya mendapat kejayaan yang besar seperti Datin, anda diberi gelaran yang sesuai dengan kejayaan anda. Contohnya Queen of Personal Sales, Queen of Unit Production dan berbagai-bagai lagi. Maaf, di MK belum ada King lagi :)

Semenjak saya hadir ke unit meeting ini, saya telah mendengar cerita-cerita yang memang amat memotivasikan daripada otai-otai yang memang who's who in Mary Kay, bukan calang-calang orang. Salah seorang daripadanya seorang wanita Cina yang berjaya membawa pasukannya membuat jualan sebanyak RM1.7 juta bagi tahun lepas. Hebat, kan?

Wanita ini, bercakap orang putih pun tidak reti, beliau bercakap dalam bahasa Melayu yang 'compang-camping' tapi lihatlah kebolehannya.

Enriching Women's Lives hanya cakap kosong? Saya tidak fikir begitu.

No comments:

Post a Comment