Tidak dinafikan ada sesetengah peserta berasa tidak selesa mengisi borang ini. Borang ini akan meminta maklumat seperti nama penuh, alamat, nombor handphone dan sedikit info mengenai produk yang sedang digunakan.
Bagi BC, borang ini amat penting lebih-lebih lagi apabila ianya diisi dengan terang dan jelas. BC akan merekodkan produk apa yang digunakan semasa sesi tersebut seperti produk yang sesuai dengan jenis kulit, lip spa, hands spa, body spa, warna lipstick, warna foundation dsbnya.
Kadang-kadang peserta tidak terus membeli kerana berbagai sebab. Di antaranya termasuklah baru memberi set skin care, bajet lari, ada komitment lain dan lain-lain lagi. Namun, ini tidak bermakna mereka akan tidak berminat selamanya. Ada juga yang menelefon atau menghantar sms mengatakan yang mereka mahu membeli selepas 2,3 bulan sesi berlalu.
Jika BC ada menyimpan rekod yang tepat, dia hanya perlu memeriksa borang itu dan dengan tepat memberinya produk yang sesuai dengan diri peserta itu tanpa perlu bertanya apa yang dicuba hari itu. Sudah tentulah peserta itu tidak tahu atau ingat!
Di sinilah bagamana BC Mary Kay dapat memberi layanan yang tepat kepada pelanggannya. Pelanggan pula boleh berasa yakin yang dia tidak perlu lagi mengingati apa yang perlu dan sesuai untuk dirinya kerana mendapat layanan istimewa daripada BC Mary Kay!
No comments:
Post a Comment