Sekiranya atas apa-apa sebab, anda tidak berpuas hati dengan pembelian mana-mana produk Mary Kay, kami sedia memulangkan semula wang anda. Namun barang yang dipulangkan itu mestilah memenuhi syarat yang sudah ditetapkan.Syarat-syarat itu ada dinyatakan dalam resit belian anda. Sila rujuk resit tersebut untuk penjelasan lebih lanjut.
Jaminan produk Mary Kay ialah satu bukti akan tingginya kualiti produk Mary Kay. Ia direka begitu rupa supaya anda boleh berasa yakin bahawa produk yang anda beli itu adalah antara yang terbaik dipasaran. Mary Kay komited menawarkan produk berkualiti tinggi yang akan memuaskan permintaan setiap wanita.
Keselamatan produk adalah keutamaan Mary Kay
Setiap tahun Mary Kay Inc membelanjakan jutaan dolar bagi menjalankan lebih 300,000 ujian bagi memastikan setiap produk Mary Kay memenuhi piawai tertinggi dari segi keselamatan , kualiti dan prestasi.
Pakar-pakar sains menilai setiap ramuan satu persatu dan setiap produk yang siap
Semua ujian yang ketat, ujian semula, diselia oleh pakar Makmal Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay, termasuklah saintis yang berkelulusan Ph.D dan ijazah lanjutan yang lain dalam bidang toksikologi, farmakologi, mikrobiologi, kimia dan biokimia.
Setiap keputusan produk adalah berdasarkan fakta saintifik, bukan pandangan semata
Mary Kay Inc bersandarkan kepada bukti penyelidikan saintifik yang menggunakan teknologi paling maju yang boleh didapati, dan syarikat tidak akan menggunakan sebarang ramuan sehingga ujian telah membuktikan ia selamat dan berkesan.
No comments:
Post a Comment