Tuesday, December 29, 2009

Dapatkan litupan wajah yang menyeluruh tapi terasa ringan, menyerlahkan seri wajah asli

Satu tiub foundation ini hanya berharga RM60, tahan lama antara 6 - 8 bulan.

Mengapa bayar lebih apabila ada foundation yang berkualiti tinggi, berharga jauh lebih rendah?

Mari baca testi ini...

One of the things I especially love about this Mary Kay Medium Coverage Foundation is that it really soaks into my skin - not enough to accentuate pores or anything, but clings to my face and does not fade, wear off, slip, or transfer onto anything! I always had to worry with my cream to powders when changing clothes that some of my foundation was bound to come off if contact was made. You'd think that might make it hard to come off - but it comes with easily with any makeup remover or skin cleanser I have used. And comes completely off. Really this stuff feels quite creamy on the skin - another plus for me!

...I feel so good wearing this foundation - and have been surprised to get a lot of compliments on it. It seems to let some of my natural "glow" through, while covering much of the uneven skin tone I have. I have been pleased to find something that works so well and is going to be a lot cheaper for me to use.

Klik sini untuk teruskan membaca testi mengenai foundation ini.

Gunalah Oil Mattifier untuk buang kilat muka


Untuk testi dan produk review, sila klik di sini.


Produk yang dapat mengawal kilat muka yang disebabkan oleh lebihan minyak pada wajah digunakan sebagai bahan anti-kilat. Hanya sapukan sedikit sahaja di bahagian muka yang mudah berkilat seperti di dahi, di hidung dan sebagainya sebelum memakai foundation atau bedak asas. Wajah serta-merta kelihata matte. Krim ini juga boleh dipakai selepas memakai mekap. Sapu sahaja.


Wajah akan tahan kilat selama sekurang-kurangnya 4 jam.




Harga RM52 (berat 17ml)

Eye Makeup - ala Audrey Hepburn's style

Fancy an Audrey Hepburn's eye makeup style? Click here.

Monday, December 28, 2009

Urusan pembelian dan bayaran

Bagi semua urusan pembelian online, sila nyatakan maklumat berikut:-

1) Nama penuh
2) Nombor telefon
3) Alamat penghantaran

Prosedur membeli:-

1) Pilih produk yang diingini (sila hubungi kami dahulu bagi mendapatkan free consultation).

2) Buat bayaran melalui ATM deposit atau online transfer.


Wadiah : 164052324220



1261-000-1193-20-7


3) Penghantaran akan dibuat keesokan harinya jika barang ready-stock. Bagi special order, deposit sebanyak 50% diperlukan, bayaran 50% lagi dibayar sebelum barang diposkan.

Semua penghantaran adalah dengan menggunakan khidmat poslaju.

Bagi sebarang pertukaran, resit perlu dikembalikan kepada kami. Barang yang digunakan perlulah 2/3 penuh dan dalam tempoh 30 hari sahaja.

Sunday, December 27, 2009

Maklumat Kulit Jenis Normal

Jenis Kulit

Ciri-ciri

Mary Kay menawarkan produk yang

Jenis kulit – tumbuhan spesifik

Normal

Tekstur kulit yang licin, minyak dan kelembapannya seimbang

Mengekalkan kelembapan yang seimbang bagi menghasilkan wajah yang berseri. Menghaluskan tekstur kulit sambil membersih dan menyegarkan kulit

Ekstrak kuntum pokok beech ditambah ke dalam semua rumusan Formula 2 bagi membantu kulit mengekalkan keseimbangannya. Pokok beech dikenali sebagai pokok 'eternal youth,' ekstraknya meningkatkan lagi proses semula jadi kulit.

Pencuci

Masker

Penyegar

Pelembap

Pencuci dalam bentuk gel berkrim ini menyingkirkan mekap dan kotoran sambil memelihara kecantikan, kesihatan dan kesegaran kulit.

Masker yang mencergaskan sel kulit ini dapat disesuaikan dengan keadaan kulit anda dengan melembapkan kawasan kering dan menyerap lebihan minyak di mana perlu. Ia membantu membersihkan liang roma dan menyingkirkan kotoran di permukaan kulit.

Penyegar ini menstabilkan keadaan kulit dengan lembut sambil melengkapkan pembersihan liang roma tanpa mengeringkannya. Penyegar ini mengecilkan liang roma, memperbaiki tekstur kulit dan menyediakan kulit untuk dimekapkan.

Krim pelembap ini mengekalkan tahap kelembapan yang sepatutnya, menjadikan kulit teraa lembut dan segar tanpa rasa berminyak.

Bagaimana menggunakannya?

Bagaimana menggunakannya?

Bagaimana menggunakannya?

Bagaimana menggunakannya?

Sapu pencuci ke seluruh muka dan leher. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka). Sapu dengan gerakan membulat pada wajah.

Sapu masker ke seluruh muka yang sudah dibersihkan dan biarkannya selama 10 – 15 minit. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka).

Jangan sapu masker di sekitar mata dan mulut. Jangan tonyoh masker pada kulit yang tercela (jerawat dan sebagainya).

Basahkan cotton ball dan sapu ke seluruh wajah dan leher. Ulangi lagi langkah ini sekiranya masih ada bekas mekap atau kotoran.

Sapu pelembap ke seluruh wajah dan leher selepas menyapu penyegar. Sapu dengan gerakan ke atas dan keluar.

Friday, December 25, 2009

Award's & Recognition Nite - December 2009



Seperkara yang mungkin dapat dilihat menerusi gambar yang diterakan di sini mungkin wajah mereka yang gumbira, wajah yang gebu, halus dan mulus.
Ini hanyalah sebahagian kecil keluarga Mary Kay.


Thursday, December 24, 2009

Hubungilah kami di sini

Lokasi untuk kelas facial / mekap

1) Kota Damansara, Seksyen 6

2) Pejabat Mary Kay, Bangunan Jaya 33, PJ

3) Saujana Impian, Kajang

4) Di lokasi anda (pejabat atau rumah)


Untuk sebarang booking untuk kelas yang dinyatakan di atas, hubungilah di alamat emel ya!

Mahu bincang-bincang mengenai produk atau masalah berkaitan kulit anda?

1) Nyatakan jenis kulit (kering, berminyak, normal atau bermasalah)

2) Nyatakan produk yang sedang digunakan (produk tempatan atau luar negara) dan tempoh penggunaannya

3) Nyatakan sebarang masalah yang mahu ditangani (jerawat, alahan, sensitif, jeragat, kusam, mata sembap, kedut crowfeet di bahagian mata, kening, pangkal hidung, garisan antara hidung dan mulut)

4) Umur, nama, lokasi dan nombor handphone saudari

5) Kesudian untuk bertemu.


SCC di Bukit Antarabangsa

Berikut adalah testimoni daripada peserta kelas skin care yang diadakan baru-baru ini. Mereka pada mulanya hanya ingin melihat-lihat tetapi akhirnya bersetuju bersama-sama melakukan facial. Wanita yang berusia matang itu tidak pernah melakukan facial dan berasa amat seronok sekali. Sebagai BC Mary Kay, saya berasa bertuah kerana dapat memberinya pengalaman melakukan facial. Ini adalah salah satu cara bagaimana Mary Kay memperkaya pengalaman seseorang!

Anda berminat? Hubungilah 013-2139063.


Wajah menjadi lebih bertenaga dan cerah selepas masker dibersihkan. Kulit tidak lagi berkilat tetapi nampak matte.
Peserta sendiri berasa kulitnya lebih licin apabila disentuh.

Wanita yang berusia 60 tahun ini mendapati kulit pipinya lebih tegang selepas memakai masker. Beliau sungguh berpuas hati.



Aktiviti

SKIN CARE CLASS

DI

PEJABAT MARY KAY, BANGUNAN JAYA 33, JALAN SEMANGAT, PJ


Masa : 10 pagi - 12 tengah hari (2 jam)

Sila call/sms ke 013-213 9063 untuk book tempat

********

About Us

Blog yang menjual semua produk Mary Kay khas untuk kulit orang Asia.

Menyediakan testimoni peribadi dan rakan-rakan.

Info yang diberikan di sini adalah petikan daripada website Mary Kay Malaysia, blog rakan dan majalah.

Sebarang saranan adalah berpandukan kepada katalog Mary Kay dan perkongsian maklumat dengan BC lain.

*****************

Bosan ke salun untuk melakukan facial yang mahal-mahal tapi tidak memberi kesan yang diharapkan? Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay, Hasnah menawarkan kepada saudari rawatan facial sama seperti di salun secara percuma, di rumah sendiri!

Hasnah adalah salah seorang Perunding Kecantikan Mary Kay, sebuah jenama kosmetik yang terunggul di Amerika. Selain menjual set penjagaan wajah, penjagaan diri dan kosmetik yang berkualiti tinggi, beliau turut menawarkan khidmat memanjakan diri, mengajar dan menunjukkan cara menggunakan produk kecantikan ini dengan betul dari rumah ke rumah.

Beliau berkata, 'Saya ingin memberi peluang kepada pelanggan saya mencuba dahulu produk ini sebelum membelinya! Tahukah anda berapa ramai pembeli yang sudah membeli krim-krim kecantikan itu, kemudian mendapatinya yang ia tidak sesuai dengan jenis kulit mereka, tidak menyukainya atau lebih parah lagi, mereka tidak tahu bagaimana menggunakannya!'

Semasa sesi cuba-mencuba produk ini, bakal pembeli akan diberi produk yang sesuai dengan keperluan dan jenis kulit mereka, kemudian mereka diajar cara menggunakan produk tersebut. Lokasi yang selesa itu membuatkan bakal pembeli berasa relaks untuk bertanya dan mencuba tanpa diperhatikan orang lain, berbeza keadaannya semasa berada di kaunter kosmetik.

Perunding Kecantikan Mary Kay ini seperti pembeli peribadi saudari! Dia membantu mengenal pasti produk yang sesuai untuk setiap pengguna dan mengajar mereka bagaimana memakainya. Ada juga yang takut menggunakan kosmetik semata-mata kerana mereka tidak pernah menggunakannya. Tapi, selepas mereka tahu bagaimana menggunakannya, bukan main hebatnya penampilan mereka setiap hari!

Sesi belai-belai diri ini bukan hanya terbatas kepada seorang-seorang sahaja, sekumpulan peserta pun boleh juga diatur!

Jika saudari berada sekitar Lembah Klang dan ingin sekali menikmati sesi belai-belai diri di rumah sendiri, FREE, tidak mesti membelinya, hubungi Hasnah (Kak Lani) 0132139063 atau emel ke hasnahmk@gmail.com.


Mary Kay - sekapur sireh

Sebut saja Mary Kay, apakah yang terlintas di fikiran anda?

Tentulah mekap dan sistem penjagaan kulit. Sebahagian besar wanita memang tidak dapat lari daripada dua perkara ini. Malah industri ini merupakan salah sebuah industri terbesar di dunia.

Mary Kay yang sudah tertubuh selama 46 tahun (2009) sudah menjalankan lebih daripada tiga ratus ribu ujian ke atas semua produknya, serta sudah membelanjakan sejumlah wang bagi menjalankan penyelidikan dan mereka produk baru.

Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan dalam produknya terdiri daripada tumbuh-tumbuhan serta tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alahan (commonly known allergy-causing ingredients). Semua ujian yang dilakukan tidak pernah diuji ke atas haiwan.

Pengguna yang menggunakan produk Mary Kay dapat menggunakan produk ini dengan yakin. Ia selamat digunakan walaupun anda mempunyai kulit sensitif atau bermasalah.

Produk Mary Kay dijual lebih daripada 35 buah negara di seluruh dunia, mempunyai perunding kecantikan bebas melebihi 1.8 juta orang. Syarikat yang diasaskan oleh Mary Kay Ash 46 tahun lalu masih mengekalkan impian dan hasrat pengasasnya iaitu sebuah syarikat yang prihatin. Ingin tahu bagaimana Mary Kay boleh membantu mengindahkan lagi dunia wanita di seluruh dunia? Hubungi Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay, Hasnah.

Mary Kay adalah salah sebuah syarikat jualan langsung yang menjual produk penjagaan kulit dan mekap yang terbesar di dunia. Pada tahun 2008, Mary Kay Inc mencatatkan jualan sebanyak $2.6 bilion di seluruh dunia.

Mary Kay membangunkan, menguji, membuat dan membungkus lebih daripada 200 produk berkualiti tinggi di kilang termodernnya di Dallas dan di negara China.

Para saintis Mary Kay sering mengadakan perbincangan dengan pakar dermatologi bebas dan pakai perubatan di seluruh dunia.

Dalam sesuatu tahun itu, Mary Kay mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bagi mengadakan lebih 300,000 ujian bagi memastikan semua produk Mary Kay mencapai standard kualiti, keselamatan dan prestasi yang tertinggi.

Monday, December 21, 2009

Penjagaan kulit lelaki MKMen



MKMen™ Face Bar

Inilah sabun yang membersihkan serta menyingkirkan sel kulit mati sambil mengurangkan kesan penuaan. Kulit terasa licin dan nampak sihat.

Tip: Apabila sabun ini digunakan bersama dengan Pelembap MKMen™ Moisturizer Sunscreen SPF 25*, kesan garis-garis halus dan kedut dapat dikurangkan.

MKMen™ Face Bar,4 oz. net wt.

Harga: RM65


MKMen™ Moisturizer Sunscreen SPF 25*

Losyen yang mudah menyerap ini melembapkan kulit serta melindungi kulit daripada sinar UVA/UVB yang menyebabkan kulit menjadi tua sebelum waktunya. Pelindung matahari ini dalam melindungi kulit selama sekurang-kurangnya 80 minit di bawah air.

Tip: Apabila losyen ini digunakan bersama-sama dengan sabun MKMen™ Face Bar, kesan garis halus dan kedut dapat dikurangkan.


MKMen™ Moisturizer Sunscreen SPF 25*,3 fl. oz.

Harga : RM100


MKMen™ Body Spray

Haruman badan ini berbau ringan dan segar. Gunakanlah ianya sepanjang hari. Sesuai dipakai setiap hari, bawalah ia bersama anda walau ke mana saja.

MKMen™ Body Spray ,

113g

Harga : RM70

Wednesday, December 16, 2009

Lipstik Mary Kay ni kan...ada 5 lagi warna baru



Mengapa wanita dari seluruh dunia suka akan Mary Kay® Creme Lipstick? Kini terdapat lima warna baru! Sudahlah cantik, sedap pula dipakai. Ia ringan berkrim dengan mempunyai sedikit perasa vanila, diperkaya dengan ekstrak vitamin E dan C untuk melawan radikal bebas yang menjadi penyebab kedut. Pakejing yang cantik pasti menarik sesiapa sahaja yang memandang. Boleh dimuatkan ke dalam tas tangan atau Mary Kay® Compact.

Kini lebih mudah mencarinya dalam tas tangan kerana ada tambahan butang warna di setiap bekas lipstik.

Harga : RM48/SGD25
10-026286 Citrus Bloom
10-027589 Icy Peach
10-027584 Copper Star
10-027583 Pink Passion
10-027588 Blaze
10-027587 Boysenberry

Why women love their Mary Kay® Creme Lipstick? The five new colours feel as good as it looks, creamy, lightweight and has a hint of vanilla flavor. It is enriched with vitamins E and C derivative to defend against wrinkle-causing free radicals. Handsome packaging makes heads turn when it’s pulled out of purses or the Mary Kay® Compact.


Warna pembayang mata terbaru daripada Mary Kay



Ciptalah mata yang lebih menggoda dengan tujuh lagi warna baru daripada Mary Kay® Mineral Eye Color. Ia tahan lama, tidak berat, warnanya tidak pudar atau hilang, mudah disapu. Sapu sekali saja sudah cukup.

Mary Kay®Mineral Eye Color New!

Create a more alluring eyes with seven new shades from Mary Kay® Mineral Eye Color. All colours are designed to last long, lightweight dan fade-resistant. Swipes once and you are done!
10-026293 Golden Vanilla
10-026297 Silver Satin
10-026295 Ginger Flower
10-026292 White Lily
10-026296 Tender Taupe
10-028589 Black Pearl
10-028588 Midnight Star

Harga/Price: RM26/SGD13

*All prices quoted in SGD are inclusive of GST.


Tuesday, December 15, 2009

Pengalaman peribadi dengan Mary Kay skincare

Apakah produk yang benar-benar terkesan di hati saya ketika kali pertama saya mencuba produk ini?

1) Pelembap - kerana ia tidak berminyak, tidak meninggalkan kesan minyak di wajah saya, terus diserap ke dalam kulit. Wajah saya kelihatan berminyak tetapi apabila disapu, ia bukan minyak. Wajah saya nampak glowing rupanya!

2) Satin handscrub - kerana kedut-kedut yang disebabkan kulit dimamah usia nampak kurang ketara kerana kulit sudah bersih. Semakin selalu tangan discrub, kulit sekitar tangan semakin licin dan halus. Kedut-kedut pun semakin kurang.

3) Day Solution - krim ini terus diserap ke dalam kulit

4) Night Solution - krim ini sejuk dan terus diserap ke dalam kulit. Kulit saya serta-merta berasa bertenaga.

5) Masker - Separuh wajah disapu dengan masker bagi membolehkan saya membuat perbandingan. Selepas masker dibersihkan, kulit saya nampak matte dan lebih bersih, tidak lagi berkilat seperti sebelumnya. Liang roma nampak lebih kecil.

6) Foundation - Ia terasa ringan dan muka tidak berasa lekit atau berat. Apabila diteliti pada cermin, wajah kelihatan berbedak. Sebelum ini, saya menggunakan Bobby Brown foundation tapi kini bertukar ke Mary Kay kerana ia lebih murah, tahan lama dan tidak meninggalkan kesan retak atau pecah-pecah.

Maklumat menjadi BC Mary Kay

Kini kita semua boleh memiliki perniagaan sendiri dengan menjadi Beauty Consultant (BC) atau Perunding Kecantikan dengan Mary Kay.
Ingin menjadi BC?
Hanya perlu tandatangan borang persetujuan dan membayar RM180 sebagai bayaran penyertaan, RM30 untuk bayaran makan tengah hari semasa kursus ESRS berlangsung.

Semua BC baru akan mendapat program pendidikan serta ganjaran percuma.

Bagi menyediakan kita melewati perjalanan yang bermakna dan berharga bersama Mary Kay, kursus ESRS (Essential Step to Reach Success) adalah suatu program paling tepat untuk belajar asas perniagaan supaya matlamat kita tercapai.

APA ITU ESRS?
Ia adalah program selama dua hari yang menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran perniagaan bagi membantu kita memulakan bisnes.

Melaluinya, kita akan dapat:-
1) Mengenali siapa wanita yang bernama Mary Kay
2) Meneroka dan merealisasikan impian kita
3) Menjual produk Mary Kay
4) Kenalpasti Jenis Kulit kita
5) Mengetahui Produk Mary Kay
6) Pengurusan Bisnes
7) Pelan Tindakan

Apakah Faedahnya?
Selepas dua hari tersebut, kita akan menerima:-
1) Hadiah istimewa selepas menyempurnakan tugasan
2) Sijil Tamat Program
3) Pin ESRS yang eksklusif
4) Baucer bernilai RM200 boleh ditebus semasa membuat
belian)

Apa lagi selepas itu?

Selepas anda bergelas BC, anda kini layak membeli-belah secara online di website Mary Kay dan mendapat diskaun. Namun terdapat syarat tertentu sebelum anda layak menerima diskaun ini.

Ingin tahu lebih lanjut?
Hubungi kami di 013-2139063 atau
baca di sini.

Bincang dulu sebelum buat keputusan

SMS ke 013-213 9063
emel ke hasnahmk@gmail.com

1) Nyatakan jenis kulit (kering, berminyak, normal atau bermasalah)

2) Nyatakan produk yang sedang digunakan (produk tempatan atau luar negara) dan tempoh penggunaannya

3) Nyatakan sebarang masalah yang mahu ditangani (jerawat, alahan, sensitif, jeragat, kusam, mata sembap, kedut crowfeet di bahagian mata, kening, pangkal hidung, garisan antara hidung dan mulut)

4) Umur, nama, lokasi dan nombor handphone saudari

5) Nyatakan kesudian bertemu atau menguji produk. Antara tempat yang boleh dijadikan tempat bertemu adalah:-

1) Pejabat Mary Kay di Jaya 33, PJ
2) Rumah atau Pejabat anda
3) Rumah saya
4) Mana-mana tempat umum yang boleh ditempah

Sekapur Sireh

Welcome and Selamat Datang to my blog on skin care and makeup.

I am a full time Mary Kay Independent Beauty Consultant. Besides that, I am also a full time online businesswoman. I conduct complimentary skin care class using and promoting Mary Kay products.

All students in my Mary Kay skin care class are free to use whatever products I bring along to the class. This includes skin care products and cosmetics. I teach the proper way of cleansing the face using Mary Kay products, starting from removing the water-proof eye makeup and lipstick with cotton ball, the right way of cleansing your face with the facial cloth, applying the moisturizer and face foundations with your beauty fingers and many more.

Apart from getting the knowledge on how best to apply skin care products on your face and skin, I will also explain the benefits of using such products. You will get to feel it, smell it and touch each and every products during the session.

Wait, there is more. I will also let you experience the lip spa as well as the body spa. Want to know more? Call now 013 -2139063 .

Do you need to pay for the experience you are going to enjoy? It's all for free. Why am I doing this? Because I enjoy sharing so much! Of course you can buy too. But please test it first!

Blog background

This blog sells Mary Kay products, impart knowledge and information on Mary Kay skin care and cosmetics. More beauty tips will be inserted later. Orders are welcome.
If you are interested to be a Mary Kay Beauty Consultant, you are welcome!

If you wish to know more about Mary Kay, please contact me or visit www.marykay.com.my (if you are in Malaysia).

Segalanya untuk anda yang dihargai

Salah satu wawasan Mary Kay adalah mencapai kepuasan pengguna di seluruh dunia dengan memfokuskan kualiti, nilai, mudah didapati, inovasi dan khidmat peribadi yang diberikan - Terry Jacks, VP R&D, Mary Kay

Menghasilkan produk yang selamat digunakan adalah keutamaan Mary Kay. Pasukan saintis Mary Kay bukan hanya menguji setiap produk, malah mereka menguji setiap bahan bagi mempastikan keselamatan dan keberkesanannya.

Ada sains di sebalik seni kecantikan!

Setiap wanita di dunia ini mahukan produk yang benar-benar berkesan tetapi selamat digunakan. Pasukan saintis di Mary Kay Inc menggunakan teknologi termaju dalam seni penjagaan kulit yang ada sekarang bagi memastikan pengguna mendapat apa yang mereka mahukan, yakni produk yang inovatif yang boleh dipercayai dan harganya mampu dimiliki.

Sunday, December 13, 2009

How To Create A Classic Pinup Look (Beauty & Style: Makeover: Get The Look)

How To Create A Classic Pinup Look (Beauty & Style: Makeover: Get The Look)

Marilah saksikan video yang mengajar bagaimana mewarnakan mata bagi mendapat mekap ala model poster.

Beliau menggunakan warna-warna gelap di bahagian kelongsong mata (coklat pekat, biru pekat atau hitam.)

Kemudian di bahagian kelopak mata, beliau menggunakan warna yang senada dengan warna kulit.

Di bahagian tulang kening, beliau menggunakan warna putih berkilat.

Yang menjadikan warna bahagian mata agak berbeza adalah dengan penggunaan liquid eyeliner yang agak tebal di gigi kelopak mata dan warna putih di bahagian bawah mata.

Thursday, December 10, 2009

Kulit kusam dan penyelesaiannya

Salah satu sebabnya adalah kerana sel-sel kulit mati tidak disingkirkan daripada wajah. Pencucian biasa tidak terdaya menyingkirkannya. Jadi pakailah scrub atau mask (masker).

Perhatikan jenis scrub atau mask yang saudari miliki.

Gunakan sekerap mungkin tetapi ia tidak boleh digunakan setiap hari. Mask daripada Mary Kay boleh digunakan sehingga tiga kali seminggu.

Mask untuk kulit kering sepatutnya tidak menjadi keras di wajah. (Ia tidak mengandungi tanah liat). Mask untuk kulit normal akan menjadi sedikit keras. (Ia mengandungi sedikit tanah liat). Mask untuk kulit berminyak akan menjadi keras di wajah. (Tanah liat ialah bahan utamanya).

Masker untuk ketiga-tiga jenis kulit mengandungi ekstrak buah delima yang kaya dengan Vitamin C, sejenis bahan anti-kusam semula jadi yang amat berkesan.

Jika tidak menggunakan masker, gunalah Microdermabrasion. Ia bagus bagi orang yang berusia 25 tahun ke atas. Ia dapat mengurangkan garis-garis halus dan membaikpulih parut yang menghodohkan wajah. Proses pencucian wajah ini dulunya hanya boleh dilakukan oleh doktor atau pakar kecantikan yang bertauliah sahaja tetapi Mary Kay berjaya mencipta produk yang selamat tetapi berkesan, mudah digunakan di rumah.

Selepas menggunakan microderma ini, kulit terasa begitu bersih dan berasa seperti mendapat kulit baru.

Wednesday, December 9, 2009

Loofah Body Scrub - Red Tea & Fig Collection


Kulit badan tidak cantik, lebam, daki yang sudah menjadi kerak di badan, gunalah scrub badan berasaskan tumbuhan-tumbuhan.

Sangat berkesan.
Harga : RM75


Paduan tumbuh-tumbuhan yang melicinkan kulit, serta serbuk loofah (sabut petola) yang dapat menjadikan kulit lebih licin dan segar. Ia amat lembut untuk digunakan setiap hari. Selain loofah, kacang Macadamia dari Australia, biji raspberi dan biji kiwi turut dimasukkan ke dalam paduan skrub ini. Bahan asas produk ini adalah ekstrak red tea, sejenis antioksidan yang amat berkuasa, dapat melindungi kulit daripada serangan radikal bebas. Tumbuh-tumbuhan yang menghijau di hutan khatulistiwa turut digunakan bagi memperkayakan lagi nutrien yang terdapat dalam produk ini.

Click here for another fragrant.

Loofah Body Scrub - Lotus & Bamboo Collection

Kulit badan tidak cantik, lebam, daki yang sudah menjadi kerak di badan, gunalah scrub badan berasaskan tumbuhan-tumbuhan.

Sangat berkesan.
Harga RM75


Paduan serat-serat halus loofah dapat menyingkirkan kekotoran di permukaan badan serta mengembalikan kilauan kulit yang semula jadi. Amat lembut dan boleh digunakan setiap hari. Ia mengandungi serbuk buluh yang kaya dengan mineral - sudah diketahui khasiatnya sebagai rawatan dan penjagaan kulit di sebelah sini - serta ditambah pula dengan biji kiwi bagi membekalkan tenaga dan menyegarkan kulit. Ekstrak passion flower dan blue lotus sememangnya kaya dengan antioksidan bagi mengelakkan radikal bebas merosakkan kulit yang sihat.

Warna pembayang mata - Apa itu midtone?




Inilah warna-warna neutral yang perlu saudari miliki bagi mendapatkan warna mata yang neutral untuk mekap ke pejabat atau simple mekap di siang hari.

Sapu salah satu warna -warna ini di kelopak mata.

Harga setiap warna kelopak mata ini ialah RM26.

Gunakan berus ini untuk menyapunya.

Eye Definer Brush
rajah ini dapat menjelaskannya lagi.
No 2 adalah kod untuk midtone

Tuesday, December 8, 2009

MK in the news - Her World Magazine

Kaedah Pemutihan Kulit

Petikan daripada Berita Harian

Selain krim, semakin ramai wanita guna rawatan laser, vitamin C atasi wajah kusam

KAEDAH pemutihan kulit merujuk kepada penggunaan kaedah kosmetik untuk tujuan pencerahan kulit. Percaya atau tidak, teknik pemutihan kulit popular di kalangan penduduk Afrika, Asia Barat dan Asia kerana berdasarkan kajian, mereka yang berkulit gelap sering mahukan kulit cerah berseri.

Obses terhadap kecantikan kulit bermula sejak zaman purba iaitu ketika Dinasti Achaemenid apabila petani dan golongan kebanyakan menggunakan butiran kristal hidrokuinon sebagai bahan utama bagi memastikan kulit sentiasa licin dan lembut.

Kini, produk pemutihan kulit banyak dijual dalam bentuk krim, pil, sabun dan losyen. Mekanisme yang digunakan produk moden berkenaan ialah dengan memecahkan melanin menggunakan enzim khusus atau hidrokuinon.

Kebanyakan produk krim pemutihan turut digabungkan bersama bahan penabir suria bertujuan untuk mengelakkan berlaku kerosakan kulit akibat pancaran terus cahaya matahari.

Menurut pakar kulit sebuah klinik swasta, Dr Andrew Chua Sak Eng, penghasilan pigmen pada kulit terjadi secara semula jadi disebabkan faktor genetik. Bagaimanapun, ada juga faktor lain yang boleh menyebabkan penghasilan pigmen berlebihan seperti terdedah kepada pancaran cahaya matahari, masalah kulit hiper-pigmentasi dan pengambilan ubat tertentu.

Kata Dr Chua, pemakaian losyen atau krim penabir suria ialah kaedah paling mudah dan sering digunakan ramai bagi melindungi kulit daripada mengalami pigmentasi akibat UVB dan UVA.

“Penggunaan hidrokuinon pula ialah kaedah lama yang kekal digunakan sehingga kini kerana kemampuannya mencerahkan kulit, bagaimanapun ia tidak stabil kerana mudah teroksida dan bertukar warna.

“Malah, Kementerian Kesihatan juga sudah mewajibkan setiap produk pemutihan yang mahu dipasarkan perlu mengandungi kurang dua peratus bahan itu kerana kandungan hidrokuinon yang tinggi boleh menyebabkan radang kulit dan kesan terbakar selepas digunakan,” katanya.

Ada bahan lain yang tidak mengandungi hidrokuinon serta mampu memberikan kesan sama terhadap kulit iaitu arbutin, aid kojic, retinoid dan asid laktik.

Asid kojid dan retinoid sendiri boleh bertindak sebagai agen anti-penuaan, meningkatkan pengeluaran sel baru, mengurangkan penghasilan melanin, selain meningkatkan kolagen di dalam kulit.

“Tumbuhan yang mengandungi phyto nutrien seperti kacang soya juga boleh membantu mencerahkan kulit jika diambil secara berkala sama seperti ekstrak Garden Cress atau Lepidium sativum boleh menghalang tindak balas hormon pigmen dan reseptor sel pigmen,” katanya.

Prosedur rawatan kosmetik khusus untuk pemutihan kulit

Iontophoresis
Menggunakan pemindahan molekul transdermal ke lapisan epidermis melalui kaedah pembukaan salur sel menggunakan arus elektrik yang rendah.

Untuk tujuan pemutihan, kebiasaan vitamin C dalam bentuk cecair atau larutan disapukan pada bahagian rawatan bagi mencapai keberkesanan rawatan. Kebiasaannya cara ini mampu memberikan hasil yang diinginkan seawal tempoh seminggu selepas rawatan.

Laser QS Nd YAG
Kaedah ini menggunakan pancaran laser berkuasa 1,064 nanometer bertujuan untuk meremajakan kulit. Cahaya yang dipancarkan itu juga mampu mencerahkan kulit kerana ia ditujukan terus kepada pigmen melanin.

Kebiasaannya, teknik ini digunakan untuk merawat masalah lingkaran gelap pada mata, meremajakan kulit dan mengurangkan pori di kulit wajah.

Laser Mosaic Erbium Glas Factional
Ia adalah kaedah laser paling popular ketika ini. Kelebihannya ialah mampu mengembalikan keremajaan kulit, selain dapat mengurangkan pigmentasi dan parut.

Keberkesanan teknik boleh dilihat jika ia dilakukan menggunakan kaedah rawatan betul. Sesuai untuk digunakan pada tangan, kaki dan badan.

Teknik pengelupasan kulit (peeling)
Kebiasaan kulit akan mengelupas sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas rawatan.

Suntikan vitamin C
Rawatan kecantikan paling popular pada kebanyakan klinik dan salun kecantikan. Bagaimanapun, teknik ini tidak disarankan pakar kulit kerana ia boleh mengundang risiko terhadap kesihatan.

Fakta : Kulit

Ia organ terbesar dan terberat dalam badan manusia.

Kulit berfungsi sebagai
- pelindung bakteria, cahaya UV, bahan kimia dan kecederaan
- mengawal suhu badan
- organ deria
- menghasilkan vitamin D

Purata berat kulit 4.8 kilogram untuk lelaki dan 3.2 kilogram untuk wanita.

Sel baru kulit dihasilkan semula setiap 28 hari.

Purata ketebalan kulit ialah empat milimeter.

Permukaan kulit mempunyai pH 4.5 - 5.5 dan dikatakan pada pH berasid lemah.

Monday, December 7, 2009

The MelaCEP™ Whitening System - Hasil Yang Dapat Anda Saksikan!

Mary Kay® MelaCEP™ Whitening System dirumus khas untuk kulit orang Asia bagi membantu meneutralkan unsur-unsur yang boleh menyebabkan nada kulit kelihatan tidak sekata dan tidak bermaya.

Ujian telah diadakan ke atas 400 wanita Asia dan mereka diminta berkongsi kebaikan yang diperolehi selepas menggunakan produk ini. Berikut adalah perkara yang telah mereka dapati:-

91% menampakkan kulit yang lebih berkilau dan diperelok secara keseluruhan

88% menampakkan kulit yang lebih cerah dengan nada yang lebih sekata

78% menampakkan kejernihan kulit dipulihkan

Selain 4 ramuan utama iaitu Kakadu Plum, ekstrak Ferula Foetida, Ekstrak Biji Bunga Matahari dan Lactobacillus Ferment, ia mengandungi 13 ekstrak tumbuh-tumbuhan lain seperti:-

1) Undaria Pinnatifidia

2) Palmaria Palmata

3) Alteromonas Ferment

4) Biji Castanea Sativa

5) Buah Euterpe Oleracea

6) Daun Myrtus Communis

7) Daun Myrciaria Dubia

8) Jojoba Esters

9) Quillaja Saponaria

10) Betaine (diekstrak daripada gula bit)

11) Daun Camellia Sinensis

12) Dipotasium Glycyrhizate (diekstrak daripada licorice)

13) Gliserin (diekstrak daripada sayuran)

Harganya : RM1140

Anjurkan saja satu sesi facial di tempat anda


Ini set hadiah untuk tuan rumah sekiranya anda ajak saja kawan-kawan ke rumah dan buat facial dengan saya.

Sekeping cermin comel ini menjadi milik anda, sebagai penghargaan atas jasa anda mengaturkan sesi facial bagi pihak saya. Ia boleh dibawa dengan mudah, simpan saja dalam tas tangan anda.

Bukan itu saja!

Sebuah pouch kosmetik pun akan menjadi milik anda juga.

Caranya cukup mudah...anjurkan saja satu sesi facial di tempat anda, sama ada di pejabat ataupun di rumah anda. Masa yang diperlukan hanyalah 2 jam saja.

Selain hadiah ini, anda juga berpeluang mendapat hadiah-hadiah lain apabila para tetamu itu membeli-belah selepas sesi facial.

Tetapkan saja hari dan waktunya.

Hadiah ini sah bagi sesi facial yang berlangsung pada bulan Disember 2009 saja.





How to be pretty in pink - STYLE S.O.S. By Tingting Cojuangco, Lucy Torres-Gomez and Rissa Mananquil | The Philippine Star Lifestyle Features Fashio

How to be pretty in pink - STYLE S.O.S. By Tingting Cojuangco, Lucy Torres-Gomez and Rissa Mananquil | The Philippine Star Lifestyle Features Fashion and Beauty

Tool atau alat mekap bagi mendapatkan hasil yang profesional ...info lanjutan

Selain pembayang mata dan pipi, maskara, celak, gincu, bedak asas dan sebagainya, kita juga perlukan alat yang sesuai untuk menyapu mekap tersebut ke wajah. Bulu berus tidak boleh terlalu lembut sehingga tidak dapat menyapu warna dengan lancar. Namun, ia tidak boleh terlalu keras sehingga tidak dapat memerangkap serbuk mekap dan mentransferkannya ke wajah.

Use an Eyebrow Brush to brush brows in the opposite direction from which they grow to remove any excess foundation. Gently brush back, following their natural shape and direction, as a finishing touch to your makeup application.
An Eyeliner Brush is used to line eyes and enhance sparse brows with eye color. This flat, angled, short-bristle brush makes it easy to apply a thin line of color along top and bottom lashes. It's also a great tool to use for blending your eyebrow pencil.
An Eye Definer Brush has bristles that are tapered and rounded at the end to shape and define eyes and blend color evenly. Sweep color softly across the eyelid and then lightly above the crease for a natural, yet polished look.
An Eye Crease Brush has long, thin, pointed bristles and is used with midtone and darker shades of eye color to add depth to eyes. Begin by placing the brush at the outer corner of the eye and then sweep inward following the natural crease. This brush can also be used to create a smoky eye look. Using the brush tip, sweep softly along lower lashes from the outer corner inward.
A Powder Brush is a full, fluffy brush designed to evenly distribute powder to the face. Sweep brush across pressed powder or dip into loose powder; tap gently to remove excess and apply to the face from forehead to chin using long, light strokes.
A Cheek Brush is used to accentuate bone structure or add a healthy blush to cheeks. Use the tip of this soft, angled brush to apply color to the apples of the cheeks and stroke upward along cheekbones, stopping just below the temples, then blend. This brush is also a great tool to use for applying bronzer. Apply across the bridge of your nose, temples, cheekbones and shoulders for a gorgeous, healthy looking glow.

Brush Care and Handling
  • Best to clean brushes weekly to avoid product and bacteria buildup. To clean, wet the hair. Squirt a mild cleanser in your palm and sweep bristles back and forth and in a circular motion.
  • Rinse well. Squeeze out excess water with a towel, reshape bristles with fingers and lay brush with hairs extending out over a ledge to dry. Never dry brushes upright, as water can seep in and weaken the handle.
  • Keep your brushes looking nice by storing them in their case when not in use.

Tool atau alat mekap bagi mendapatkan hasil yang profesional






Berus mata Berus mata Berus mata Sikat maskara Berus pipi Berus muka

Harga RM185

Sunday, December 6, 2009

Mekap ringkas dan neutral menggunakan produk dan kosmetik Mary Kay


Bagi mendapatkan hasil mekap yang bagus, wajah mestilah lembap. Jika kering, mekap tidak nampak serinya walaupun menggunakan berbagai-bagai produk yang ada di pasaran.

Asas yang paling asas, wajah mesti bersih baru dimekapkan. Gunakan cleanser (pencuci wajah).

Langkah seterusnya, sapu freshener ke wajah bagi menghaluskan liang peluh. Selepas itu sapu moisturizer. Bagi pengguna produk Mary Kay, bagus dapatkan freshener dari set Botanical (yang sesuai dengan jenis kulit) walaupun anda menggunakan set Timewise.

Bagi
mendapatkan hasil atau kesan natural, gunalah Medium Coverage Foundation (bagi kulit kombinasi/berminyak) atau Full Coverage (bagi kulit kering/normal). Sapu ke seluruh wajah dengan menyapunya ke arah bawah dan keluar. Ini bagi 'menidurkan' bulu-bulu halus yang ada pada wajah. Jika foundation disapu ke arah atas seperti menyapu moisturizer, bulu halus akan 'berdiri.' Foundation ini mempunyai dua fungsi. Yang pertama untuk kecantikan, yang kedua dan lebih penting lagi, ia melindungi wajah daripada habuk dan kotoran daripada masuk ke dalam kulit wajah.

Sekiranya suka, anda boleh sapukan bedah debu pada wajah. Tetapi, foundation tadi sebenarnya sudah cukup bagi menutup sebarang cela pada wajah. Sekiranya anda mahu menyembunyikan sebarang tompok hitam, gunalah concealer. Elakkan daripada menyapu foundation dengan tebal.

Rajah menyapu foundation.
Step 4

Langkah seterusnya, mulakan dengan mata.



Warnakan hujung kelopak mata dan mata bawah dengan eyeliner. Lentikkan bulu mata dengan maskara.










Kemudian sapu pemerah pipi pada No 3 sahaja. No 1 adalah dengan menggunakan facial highlighting pen, No 2 adalah Mineral Bronzing Powder. Untuk mekap asas, cukup menggunakan blusher sahaja (yang ditandakan dengan nombor 3).

Bagi wajah bersegi
Bagi wajah bulat

Akhir sekali, sapu lipstick.

Saturday, December 5, 2009

Jerawat batu

Semasa menjalankan pemerhatian ini, jerawat batu ini dirawat dengan Acne Spot Solution (berharga RM75) selama seminggu. Jerawat ini masak tanpa mengeluarkan nanah jadi ia tidak dapat dipicit. Kemudian ia menjadi hitam dan kelihatan hodoh. Selepas dua tiga minggu, ia dipicit dan mengeluarkan nanah dan darah. Parut menjadi hitam.

Bagi mempercepatkan proses pembaikan, saya menggunakan produk MelaCEP (pencuci, krim siang, krim malam dan masker). Selepas sebulan, anda dapat saksikan sendiri kesannya.



Maklumat Kulit Jenis Kering



Kulit saudari dianggap kering sekiranya ciri-ciri yang disebutkan di bawah ini menceritakan perihal kulit saudari.

Jenis Kulit

Ciri-ciri

Mary Kay menawarkan produk yang...


Jenis kulit – tumbuhan spesifik

Kering

Liang roma yang kecil, kusam, sedikit atau langsung tiada minyak atau kilat, garis halus mudah terbentuk terutamanya sekitar mata dan mulut.

Melembutkan, melincirkan dan mengekalkan kelembapan yang diperlukan. Menjadikan garis halus kelihatan samar dan mengurangkan pengelupasan kulit.

Ekstrak bunga raya ditambah ke dalam formula ini (F1). Ia mengurangka rasa tegang kulit yang kering. Penyelidikan menunjukkan ekstrak dalam bunga raya mempunyai kebaikan antioksidan.

Pencuci


Masker

Penyegar

Pelembap

Krim pencuci yang lembut ini menanggalkan mekap dan kotoran tanpa mengeringkan lagi kulit. Rumusannya membantu melegakan kulit, menjadikannya terasa bersih dan lembut.

Masker yang melembapkan ini mengekalkan keserian wajah semasa menyingkirkan kotoran. Butiran halus untuk pengelupasan dalam formula ini dihancurkan lalu menjadi serbuk dan membebaskan bahan yang melembutkan. Masker ini mengelupaskan sel kulit mati supaya kulit menjadi lembut dan sihat.

Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit dengan penyegar yang diperkaya dengan tumbuh-tumbuhan. Penyegar ini bebas-alkohol dan lembut. Ia perlu bagi melengkapkan lagi proses pembersihan, melembutkan dan melicinkan kulit jadi ia bersedia untuk menyerap kelembapan.

Krim yang kaya dengan kelembapan ini memberikan rasa selesa yang lebih lagi serta kelembutan. Rumusan Formula 1 ini membantu mengekalkan tahap kesihatan dan kelembapan kulit yang sepatutnya.

Bagaimana menggunakannya?


Bagaimana menggunakannya?

Bagaimana menggunakannya?

Bagaimana menggunakannya?

Sapu pencuci ke seluruh muka dan leher. Bilas dengan air bersih (air sejuk atau air suam). Sapu dengan gerakan membulat pada wajah.

Sapu masker ke seluruh muka selama 10 – 15 minit. Bilas dengan air bersih (air sejuk atau air suam).

Jangan sapu masker di sekitar mata dan mulut. Jangan tonyoh masker pada kulit yang tercela (jerawat dan sebagainya).

Basahkan cotton ball dan sapu ke seluruh wajah dan leher. Ulangi lagi langkah ini sekiranya masih ada bekas mekap atau kotoran.

Sapu pelembap ke seluruh wajah dan leher selepas menyapu penyegar. Sapu dengan gerakan ke atas dan keluar.



Maklumat Kulit Jenis Normal


Jenis Kulit

Ciri-ciri

Mary Kay menawarkan produk yang


Jenis kulit – tumbuhan spesifik

Normal

Tekstur kulit yang licin, minyak dan kelembapannya seimbang

Mengekalkan kelembapan yang seimbang bagi menghasilkan wajah yang berseri. Menghaluskan tekstur kulit sambil membersih dan menyegarkan kulit.

Ekstrak kuntum pokok beech ditambah ke dalam semua rumusan Formula 2 bagi membantu kulit mengekalkan keseimbangannya. Ekstrak ini dapat meningkatkan proses semula jadi kulit untuk memberi tenaga dan mencergaskan semula kulit. Produk yang direka khas untuk kulit normal memberikan tenaga dan mencergaskan serta mempertingkatkan kecantikan semula jadi kulit anda. Pokok beech dikenali sebagai pokok 'eternal youth,' ekstraknya meningkatkan lagi proses semula jadi kulit.

Pencuci


Masker

Penyegar

Pelembap

Pencuci dalam bentuk gel berkrim ini menyingkirkan mekap dan kotoran sambil memelihara kecantikan, kesihatan dan kesegaran kulit.

Masker yang mencergaskan sel kulit ini dapat disesuaikan dengan keadaan kulit anda dengan melembapkan kawasan kering dan menyerap lebihan minyak di mana perlu. Ia membantu membersihkan liang roma dan menyingkirkan kotoran di permukaan kulit.

Penyegar ini menstabilkan keadaan kulit dengan lembut sambil melengkapkan pembersihan liang roma tanpa mengeringkannya. Penyegar ini mengecilkan liang roma, memperbaiki tekstur kulit dan menyediakan kulit untuk dimekapkan.

Krim pelembap ini mengekalkan tahap kelembapan yang sepatutnya, menjadikan kulit terasa lembut dan segar tanpa rasa berminyak.

Bagaimana menggunakannya?


Bagaimana menggunakannya?

Bagaimana menggunakannya?

Bagaimana menggunakannya?

Sapu pencuci ke seluruh muka dan leher. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka). Sapu dengan gerakan membulat pada wajah.

Sapu masker ke seluruh muka yang sudah dibersihkan dan biarkannya selama 10 – 15 minit. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka).

Jangan sapu masker di sekitar mata dan mulut. Jangan tonyoh masker pada kulit yang tercela (jerawat dan sebagainya).

Basahkan cotton ball dan sapu ke seluruh wajah dan leher. Ulangi lagi langkah ini sekiranya masih ada bekas mekap atau kotoran.


Sapu pelembap ke seluruh wajah dan leher selepas menyapu penyegar. Sapu dengan gerakan ke atas dan keluar.



Maklumat Kulit Jenis Berminyak

Jenis Kulit

Ciri-ciri

Mary Kay menawarkan produk yang


Jenis kulit – tumbuhan spesifik

Berminyak

Wajah berminyak kerana kelenjar minyak menghasilkan minyak yang berlebihan. Ini menyebabkan kulit berkilat, liang roma yang kasar dan mudah berjerawat.

Membantu mengawal minyak di permukaan wajah, menjadikan kulit berasa licin dan nampak berseri. Liang roma yang dalam menjadi bersih, tiada lagi kotoran dan minyak. Mekap pun kelihatan segar lebih lama.

Ekstrak pokok witch hazel ditambah ke dalam semua produk Formula 3 bagi membantu menjernihkan wajah. Apabila ia digunakan dalam produk penjagaan kulit, pokok witch hazel bertindak sebagai astringen lemah bagi mengawal pengeluaran minyak. Ini akan mengurangkan minyak di permukaan kulit. Ia juga kaya dengan tanin, iaitu sejenis antioksida yang dapat meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh agen radikal bebas.

Pencuci

Masker

Penyegar

Pelembap

Pencuci yang dapat membaikpulih ini menjernihkan dan membersihkan kulit tanpa merosakkan unsur-unsur penting dalam kulit. Pencuci dalam bentuk gel ini berbuih apabila dicampur sedikit air, dapat menyeimbangkan kembali keadaan kulit, menjadikan kulit terasa begitu segar dan halus.

Masker bertanah liat ini melakukan cucian lebih mendalam dengan menyerap kotoran, mengawal lebihan minyak dan memperbaharui sel kulit baru. Rumusan ini menghaluskan liang roma pada kulit wajah dan menjadikan kulit kelihatan lebih jernih.

Lengkapkan cucian wajah dengan penyegar tanpa alkohol ini. Ia menyerap minyak tanpa mengeringkan kulit. Rumusan ini dapat menjernihkan dan menenangkan kulit dan menjadikannya kelihatan ‘matte.’

Pelembap tanpa minyak, sungguh ringan ini mengawal lebihan minyak sambil menyeimbangkan kelembapan yang diperlukan kulit. Kulit kekal sihat dan sentiasa nampak ‘matte.’

Bagaimana menggunakannya?

Bagaimana menggunakannya?

Bagaimana menggunakannya?

Bagaimana menggunakannya?

Sapu pencuci ke seluruh muka dan leher. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka). Sapu dengan gerakan membulat pada wajah.

Sapu masker ke seluruh muka yang sudah dibersihkan dan biarkannya selama 10 – 15 minit. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka).

Jangan sapu masker di sekitar mata dan mulut. Jangan tonyoh masker pada kulit yang tercela (jerawat dan sebagainya).

Basahkan cotton ball dan sapu ke seluruh wajah dan leher. Ulangi lagi langkah ini sekiranya masih ada bekas mekap atau kotoran.

Sapu pelembap ke seluruh wajah dan leher selepas menyapu penyegar. Sapu dengan gerakan ke atas dan keluar.

Setiap produk dalam Koleksi Botani Mary Kay ini mengandungi kompleks Bio-Enriched (tm) iaitu satu paduan ramuan berkhasiat yang mengandungi ginseng, buah delima dan oat.

  • Ginseng memang diketahui sejak berabad-abad lamanya digunakan bagi mengembalikan tenaga, meningkatkan ketahanan serta menahan kelesuan kulit.
  • Buah delima adalah suatu sumber yang kaya dengan antioksidan yang diketahui menyekat atau meneutralkan sebatian yang boleh memudaratkan yang dikenali sebagai radikal bebas (free radicals), menenggalakan tindak balas rantai yang menyebabkan tanda-tanda penuaan.
  • Oat diketahui membantu memperbaiki keadaan kulit kerana ia menenangkan serta melembabkan dan membantu merangsang sistem ketahanan kulit. Tambahan pula, oat diekstrakkan sewaktu proses paten dijalankan bagi mendapatkan kebaikan pati yang maksimum

Item
Pembersih ... .. 113ml (RM65)

Masker ... ... ... . 113g (RM75)

Penyegar ... ... . 150ml (RM65)

Pelembap ... ... 118ml (RM80)


Ingin mengetahui apa yang sebenarnya terkandung dalam Formula 1,2 & 3? Klik di sini.