
| Jenis Kulit | Ciri-ciri | Mary Kay menawarkan produk yang... | Jenis kulit – tumbuhan spesifik |
| Kering | Liang roma yang kecil, kusam, sedikit atau langsung tiada minyak atau kilat, garis halus mudah terbentuk terutamanya sekitar mata dan mulut. | Melembutkan, melincirkan dan mengekalkan kelembapan yang diperlukan. Menjadikan garis halus kelihatan samar dan mengurangkan pengelupasan kulit. | Ekstrak bunga raya ditambah ke dalam formula ini (F1). Ia mengurangka rasa tegang kulit yang kering. Penyelidikan menunjukkan ekstrak dalam bunga raya mempunyai kebaikan antioksidan. |
| Pencuci | Masker | Penyegar | Pelembap |
| Krim pencuci yang lembut ini menanggalkan mekap dan kotoran tanpa mengeringkan lagi kulit. Rumusannya membantu melegakan kulit, menjadikannya terasa bersih dan lembut. | Masker yang melembapkan ini mengekalkan keserian wajah semasa menyingkirkan kotoran. Butiran halus untuk pengelupasan dalam formula ini dihancurkan lalu menjadi serbuk dan membebaskan bahan yang melembutkan. Masker ini mengelupaskan sel kulit mati supaya kulit menjadi lembut dan sihat. | Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit dengan penyegar yang diperkaya dengan tumbuh-tumbuhan. Penyegar ini bebas-alkohol dan lembut. Ia perlu bagi melengkapkan lagi proses pembersihan, melembutkan dan melicinkan kulit jadi ia bersedia untuk menyerap kelembapan. | Krim yang kaya dengan kelembapan ini memberikan rasa selesa yang lebih lagi serta kelembutan. Rumusan Formula 1 ini membantu mengekalkan tahap kesihatan dan kelembapan kulit yang sepatutnya. |
| Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? |
| Sapu pencuci ke seluruh muka dan leher. Bilas dengan air bersih (air sejuk atau air suam). Sapu dengan gerakan membulat pada wajah. | Sapu masker ke seluruh muka selama 10 – 15 minit. Bilas dengan air bersih (air sejuk atau air suam). Jangan sapu masker di sekitar mata dan mulut. Jangan tonyoh masker pada kulit yang tercela (jerawat dan sebagainya). | Basahkan cotton ball dan sapu ke seluruh wajah dan leher. Ulangi lagi langkah ini sekiranya masih ada bekas mekap atau kotoran. | Sapu pelembap ke seluruh wajah dan leher selepas menyapu penyegar. Sapu dengan gerakan ke atas dan keluar. |

| Jenis Kulit | Ciri-ciri | Mary Kay menawarkan produk yang | Jenis kulit – tumbuhan spesifik |
| | Tekstur kulit yang licin, minyak dan kelembapannya seimbang | Mengekalkan kelembapan yang seimbang bagi menghasilkan wajah yang berseri. Menghaluskan tekstur kulit sambil membersih dan menyegarkan kulit. | Ekstrak kuntum pokok beech ditambah ke dalam semua rumusan Formula 2 bagi membantu kulit mengekalkan keseimbangannya. Ekstrak ini dapat meningkatkan proses semula jadi kulit untuk memberi tenaga dan mencergaskan semula kulit. Produk yang direka khas untuk kulit normal memberikan tenaga dan mencergaskan serta mempertingkatkan kecantikan semula jadi kulit anda. Pokok beech dikenali sebagai pokok 'eternal youth,' ekstraknya meningkatkan lagi proses semula jadi kulit. |
| Pencuci | Masker | Penyegar | Pelembap |
| Pencuci dalam bentuk gel berkrim ini menyingkirkan mekap dan kotoran sambil memelihara kecantikan, kesihatan dan kesegaran kulit. | Masker yang mencergaskan sel kulit ini dapat disesuaikan dengan keadaan kulit anda dengan melembapkan kawasan kering dan menyerap lebihan minyak di mana perlu. Ia membantu membersihkan liang roma dan menyingkirkan kotoran di permukaan kulit. | Penyegar ini menstabilkan keadaan kulit dengan lembut sambil melengkapkan pembersihan liang roma tanpa mengeringkannya. Penyegar ini mengecilkan liang roma, memperbaiki tekstur kulit dan menyediakan kulit untuk dimekapkan. | Krim pelembap ini mengekalkan tahap kelembapan yang sepatutnya, menjadikan kulit terasa lembut dan segar tanpa rasa berminyak. |
| Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? |
| Sapu pencuci ke seluruh muka dan leher. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka). Sapu dengan gerakan membulat pada wajah. | Sapu masker ke seluruh muka yang sudah dibersihkan dan biarkannya selama 10 – 15 minit. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka). Jangan sapu masker di sekitar mata dan mulut. Jangan tonyoh masker pada kulit yang tercela (jerawat dan sebagainya). | Basahkan cotton ball dan sapu ke seluruh wajah dan leher. Ulangi lagi langkah ini sekiranya masih ada bekas mekap atau kotoran. | Sapu pelembap ke seluruh wajah dan leher selepas menyapu penyegar. Sapu dengan gerakan ke atas dan keluar. |

Maklumat Kulit Jenis Berminyak
| Jenis Kulit | Ciri-ciri | Mary Kay menawarkan produk yang | Jenis kulit – tumbuhan spesifik |
| Berminyak | Wajah berminyak kerana kelenjar minyak menghasilkan minyak yang berlebihan. Ini menyebabkan kulit berkilat, liang roma yang kasar dan mudah berjerawat. | Membantu mengawal minyak di permukaan wajah, menjadikan kulit berasa licin dan nampak berseri. Liang roma yang dalam menjadi bersih, tiada lagi kotoran dan minyak. Mekap pun kelihatan segar lebih lama. | Ekstrak pokok witch hazel ditambah ke dalam semua produk Formula 3 bagi membantu menjernihkan wajah. Apabila ia digunakan dalam produk penjagaan kulit, pokok witch hazel bertindak sebagai astringen lemah bagi mengawal pengeluaran minyak. Ini akan mengurangkan minyak di permukaan kulit. Ia juga kaya dengan tanin, iaitu sejenis antioksida yang dapat meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh agen radikal bebas. |
| Pencuci | Masker | Penyegar | Pelembap |
| Pencuci yang dapat membaikpulih ini menjernihkan dan membersihkan kulit tanpa merosakkan unsur-unsur penting dalam kulit. Pencuci dalam bentuk gel ini berbuih apabila dicampur sedikit air, dapat menyeimbangkan kembali keadaan kulit, menjadikan kulit terasa begitu segar dan halus. | Masker bertanah liat ini melakukan cucian lebih mendalam dengan menyerap kotoran, mengawal lebihan minyak dan memperbaharui sel kulit baru. Rumusan ini menghaluskan liang roma pada kulit wajah dan menjadikan kulit kelihatan lebih jernih. | Lengkapkan cucian wajah dengan penyegar tanpa alkohol ini. Ia menyerap minyak tanpa mengeringkan kulit. Rumusan ini dapat menjernihkan dan menenangkan kulit dan menjadikannya kelihatan ‘matte.’ | Pelembap tanpa minyak, sungguh ringan ini mengawal lebihan minyak sambil menyeimbangkan kelembapan yang diperlukan kulit. Kulit kekal sihat dan sentiasa nampak ‘matte.’ |
| Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? |
| Sapu pencuci ke seluruh muka dan leher. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka). Sapu dengan gerakan membulat pada wajah. | Sapu masker ke seluruh muka yang sudah dibersihkan dan biarkannya selama 10 – 15 minit. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka). Jangan sapu masker di sekitar mata dan mulut. Jangan tonyoh masker pada kulit yang tercela (jerawat dan sebagainya). | Basahkan cotton ball dan sapu ke seluruh wajah dan leher. Ulangi lagi langkah ini sekiranya masih ada bekas mekap atau kotoran. | Sapu pelembap ke seluruh wajah dan leher selepas menyapu penyegar. Sapu dengan gerakan ke atas dan keluar. |

Setiap produk dalam Koleksi Botani Mary Kay ini mengandungi kompleks Bio-Enriched (tm) iaitu satu paduan ramuan berkhasiat yang mengandungi ginseng, buah delima dan oat.
- Ginseng memang diketahui sejak berabad-abad lamanya digunakan bagi mengembalikan tenaga, meningkatkan ketahanan serta menahan kelesuan kulit.
- Buah delima adalah suatu sumber yang kaya dengan antioksidan yang diketahui menyekat atau meneutralkan sebatian yang boleh memudaratkan yang dikenali sebagai radikal bebas (free radicals), menenggalakan tindak balas rantai yang menyebabkan tanda-tanda penuaan.
- Oat diketahui membantu memperbaiki keadaan kulit kerana ia menenangkan serta melembabkan dan membantu merangsang sistem ketahanan kulit. Tambahan pula, oat diekstrakkan sewaktu proses paten dijalankan bagi mendapatkan kebaikan pati yang maksimum
| Item | |
Pembersih ... .. 113ml (RM65) | |
Masker ... ... ... . 113g (RM75) | |
Penyegar ... ... . 150ml (RM65) | |
Pelembap ... ... 118ml (RM80) | |
No comments:
Post a Comment