| Jenis Kulit | Ciri-ciri | Mary Kay menawarkan produk yang | Jenis kulit – tumbuhan spesifik |
| | Tekstur kulit yang licin, minyak dan kelembapannya seimbang | Mengekalkan kelembapan yang seimbang bagi menghasilkan wajah yang berseri. Menghaluskan tekstur kulit sambil membersih dan menyegarkan kulit | Ekstrak kuntum pokok beech ditambah ke dalam semua rumusan Formula 2 bagi membantu kulit mengekalkan keseimbangannya. Pokok beech dikenali sebagai pokok 'eternal youth,' ekstraknya meningkatkan lagi proses semula jadi kulit. |
| Pencuci | Masker | Penyegar | Pelembap |
| Pencuci dalam bentuk gel berkrim ini menyingkirkan mekap dan kotoran sambil memelihara kecantikan, kesihatan dan kesegaran kulit. | Masker yang mencergaskan sel kulit ini dapat disesuaikan dengan keadaan kulit anda dengan melembapkan kawasan kering dan menyerap lebihan minyak di mana perlu. Ia membantu membersihkan liang roma dan menyingkirkan kotoran di permukaan kulit. | Penyegar ini menstabilkan keadaan kulit dengan lembut sambil melengkapkan pembersihan liang roma tanpa mengeringkannya. Penyegar ini mengecilkan liang roma, memperbaiki tekstur kulit dan menyediakan kulit untuk dimekapkan. | Krim pelembap ini mengekalkan tahap kelembapan yang sepatutnya, menjadikan kulit teraa lembut dan segar tanpa rasa berminyak. |
| Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? | Bagaimana menggunakannya? |
| Sapu pencuci ke seluruh muka dan leher. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka). Sapu dengan gerakan membulat pada wajah. | Sapu masker ke seluruh muka yang sudah dibersihkan dan biarkannya selama 10 – 15 minit. Bilas dengan air bersih (guna air suam jika suka). Jangan sapu masker di sekitar mata dan mulut. Jangan tonyoh masker pada kulit yang tercela (jerawat dan sebagainya). | Basahkan cotton ball dan sapu ke seluruh wajah dan leher. Ulangi lagi langkah ini sekiranya masih ada bekas mekap atau kotoran. | Sapu pelembap ke seluruh wajah dan leher selepas menyapu penyegar. Sapu dengan gerakan ke atas dan keluar. |
Sunday, December 27, 2009
Maklumat Kulit Jenis Normal
Labels:
Jenis-jenis Kulit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment