Sunday, February 28, 2010

Aktiviti Mary Kay di Kuantan, Pahang, bulan Mac 2010

Kami akan mengadakan sesi full facial dan mekap di Kuantan, Pahang pada salah satu hari Sabtu di musim cuti sekolah.

Jika saudari berada di sekitar Kuantan, sudi-sudikanlah datang ke sana.

Yuran facial dan mekap : RM30 seorang.

Makanan ringan dan hadiah bagi setiap tetamu akan disediakan.

Apa yang perlu dibawa? Diri saudari saja!

Alhamdulillah sesi facial di MK Office hari ini berlangsung dengan jayanya. Dua orang tetamu sudi menjadi ahli MK.

Dengan adanya 5 orang di bawah saya, saya kini Insya Allah mula melihat hasil lebih lumayan berdasarkan belian daripada 'anak-anak' saya.
:)

Thursday, February 25, 2010

Bayar RM48 saja untuk jadi member dari sekarang hingga 30 Mac 2010

Marilah sertai kami di Mary Kay,
hanya bayar RM48 saja
dan kini kita berpeluang membeli produk Mary Kay yang memang berkesan, harga patut dan sambil menjual sambil dapat pakai.

Bagaimana untuk mendapatkan diskaun sehingga 30%?

Hanya beli barangan pada harga runcit sehingga RM500, dan bayarlah pada harga lebih kurang RM300, murah bukan?

Mahu tahu lebih lanjut, sms ke 0132139063!

Tawaran in terhad - berakhir pada 30 Mac 2010. Selepas itu, harga pendaftaran adalah RM180!

Tuesday, February 23, 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Kami akan mengadakan open skin care class pada hujung minggu ini, hari Sabtu,
Jam 10am hingga 1 pm,
bertempat di Tingkat 8, Bangunan Jaya 33, Section 14, Petaling Jaya.

Sudi-sudilah datang ke sini.

Entrance fee : RM5.00 seorang.

Mohon beritahu dulu akan kedatangan saudari dengan menghantar sms
ke 013-2139063.

Apa yang perlu dibawa: Hanya diri saudari

Monday, February 22, 2010

Mengenali Mary Kay dan syarikatnya lebih dekat lagi

Apa itu Mary Kay?

Ia adalah sebuah syarikat jualan langsung, merupakan salah sebuah syarikat Amerika yang menjual produk penjagaan kulit dan kosmetik terbesar di dunia, sudah wujud sejak tahun 1963 lagi.

Apakah tagline Mary Kay?

Memperkayakan hidup wanita. Namun soalnya sekarang, apakah yang dimaksudkan dengan kaya itu.

Sudah tentulah ia bermakna wang. Kita mendapat keuntungan serta-merta selepas menjual produk Mary Kay. Selain itu, kita mendapat hadiah apabila membeli produk Mary Kay daripada syarikat menerusi kempen bulanan yang diadakan. Bagi ahli baru, mereka mendapat hadiah produk Mary Kay selama enam bulan pertama selepas menyertai Mary Kay apabila membeli dan berjaya mengumpulkan jumlah poin yang ditentukan. Nilai produk ini mencapai ribuan ringgit.

Selain itu, kita berpeluang mendapat hadiah berupa cincin permata selepas berjaya mencapai matlamat yang sudah ditetapkan setiap 3 bulan selama setahun. Hadiah-hadiah ini termasuklah belian peribadi dan kejayaan merekrut BC baru dalam tempoh yang ditetapkan. Hadiah ini disediakan bagi setiap BC yang berjaya.

Itu baru hadiah. Namun, apa yang menariknya dalam Mary Kay adalah kejayaan BC meramaikan kawan dan sahabat mereka sendiri. Jika dulu kita tiada kawan, menerusi Mary Kay, kita mendapat ramai kawan baru. BC sentiasa digalakkan supaya menjadi kawan kepada pelanggan mereka. Ini bukan hanya memudahkan mereka menjual, tapi sebenarnya ia adalah bagi memberikan khidmat pelanggan terbaik kepada setiap pelanggan Mary Kay.

Semua BC Mary Kay digalakkan melayan orang lain sebagaimana mereka mahu dilayan. Tentulah kita semua mahu dilayan dengan baik, bukan?

Mary Kay begitu mementingkan produknya diuji dulu sebelum kita beli. Oleh itu, orang yang ingin bertukar ke produk Mary Kay sebaiknya menghadiri kelas penjagaan produk yang dianjurkan secara percuma. Semasa dalam kelas ini, kita akan diajar bagaimana mencuci wajah dengan betul. Jika kita main taram saja, ditakuti, wajah tidak menjadi sebagaimana sepatutnya. Di antaranya termasuklah terbeli produk yang tidak sesuai, tumbuh jerawat, wajah semakin berkedut dan sebagainya.

Selalunya BC akan menganjurkan pelanggan baru membeli set asas dulu, kemudian baru bertukar ke produk lain. Ini adalah langkah permulaan menstabilkan keadaan kulit. Selepas kulit lebih stabil, barulah pelanggan beralih ke produk anti-penuaan, produk mencerahkan wajah dan sebagainya.

BC selalunya akan merekomenkan produk yang benar-benar sesuai dengan mereka. Sekiranya mereka punya masalah yang mahu ditangani segera, BC akan memberi beberapa saranan.

Mary Kay dijual di 35 buah negara, dan ada seramai 1.8 juta BC seperti saya di seluruh dunia. Ia sudah berada di Malaysia sejak tahun 2000 lagi tetapi ia tidak dijual di kaunter-kaunter.

Saturday, February 20, 2010

Meniru prinsip hidup orang berjaya,

Senior SD Nurul pula berkongsi maklumat ini. (Kajian ke atas seribu orang berjaya di dunia):-

1) jalanilah hidup sepenuhnya (jangan asyik mengenang kisah lama atau pasang angan-angan Mat Jenin)
2) wujudkan matlamat hidup dan kerjaya yang bermakna
3) melabur untuk kemajuan diri
4) urus sikap kita (ambil sikap yang positif)
5) berseronoklah sewaktu bekerja (bukan sambil bekerja, ambil peluang berseronok-seronok!)
6) harungi hidup dengan penuh semangat
7) carilah kerja yang kita suka, nescaya kita tidak perlu bekerja sampai bila-bila
8) berkomunikasi dengan penuh integriti
9) bekerjalah dengan gigih
10) perlu ada disiplin diri
11) urus kesihatan diri (facial, facial juga, tapi jangan sampai lupa makan dan lupa tidur!)
12) jalani hidup yang seimbang
13) perlu ada 'focus' (follow one's cause until success)
14) semangat perlu kuat
15) jika jatuh tersungkur, bangkit semula
16) yakinlah pada diri sendiri (kalau tidak yakin juga, buat-buatlah yakin, mesti yakin juga akhirnya!)
17) perlu ada cita-cita (What is your Why)
18) mesti percaya pada diri sendiri
19) mesti pandai visualize (pandai buat visi kot?)
20) mesti komited
21) bertanggungjawab ke atas hidup kita sendiri
22) janganlah serius sangat, sesekali ketawalah
23) mestilah optimistik (bersangka baik pada Allah misalnya)
24) self esteem yang positif
25) reinvent yourself (bukan jadi orang lain, tapi tingkatkan pengetahuan diri, imej diri)
26) sayangi diri sendiri dan terima keadaan diri seadanya
27) pantang menyerah
28) mesti ada visi sendiri
29) mesti pandai buat keputusan
30) mesti ada kemahuan yang kuat untuk kehidupan yang lebih baik
31) promosi diri (bukan jual diri!)
32) selalu-selalulah bersyukur dan ingat Tuhan!

Unit meeting - 19 Februari 2010

Senior SD Nafisah mengajar kami bagaimana mengira pendapatan yang dapat dijana menerusi Mary Kay.

Sungguhpun Mary Kay pun sebuah direct selling company, namun ia sedikit berbeza daripada kebanyakan syarikat MLM yang lain.

Yang pertama para senior perlu memastikan orang bawahannya berjaya dahulu supaya mereka pun berjaya.
Yang kedua, senior tidak boleh goyang kaki saja walaupun sudah mempunyai ramai orang bawah.
Yang ketiga, jika senior tidak aktif, mereka akan terlepas mengutip komisyen daripada syarikat. Orang bawah yang sudah mereka rekrut pun akan tercerai daripada mereka. Apa syarat aktif? Kita perlu membeli sekurang-kurangnya RM500 setiap tiga bulan. Adakah ini sukar dicapai? Tidak, kerana Mary Kay mempunyai produk untuk kegunaan seluruh badan, untuk lelaki dan wanita. (Bagi yang tidak mahu menjual).

Sistem dalam Mary Kay:-

1) Sesiapa saja yang menyertai Mary Kay (yang kemudiannya dikenali sebagai Independent Beauty Consultant - BC) berpeluang menjana pendapatan serta-merta hasil jualan runcit produk antara 30% hingga 40%.
2) Bagi membolehkan BC mendapatkan komisyen daripada syarikat, mereka hanya perlu merekrut dua orang BC baru. Mereka terus berpeluang menjana pendapatan sebanyak 4% daripada pembelian BC baru mereka.
3) Semakin ramai junior menyertai BC, dia akan terus dapat menikmati komisyen daripada BCnya. Satu hingga dua orang BC, dia mendapat 4%, tiga hingga lima, dia mendapat antara 7% hingga 12%. Ada banyak lagi perks yang lain.
4) Bagi menikmati peningkatan dalam pendapatan, kita hanya perlu merekrut sekurang-kurangnya dua orang BC setiap bulan. Dengan adanya 24 orang BC selepas setahun, kita berpeluang menjana pendapatan sebanyak RM2k hasil pembelian para BC ini.

Demikianlah penerangan serba ringkas

Tuesday, February 16, 2010

Penghidratan selama 10 jam

Bulan Februari 2010 di Malaysia, khasnya di sekitar Petaling Jaya, suhu mencecah setinggi 36 darjah. Kawasan-kawasan lain pun mungkin sepanas itu juga.

Semalam anak-anak saudara bermain air di sungai berhampiran kampung. Siapa sangka tempat biasa mereka bermain selama ini akan menyebabkan kulit habis terbakar. Selepas seharian bermain, mereka pulang ke rumah dan kulit belakang terasa sakit dek sunburned.

Manalah kanak-kanak itu tahu yang panahan mentari akan menyebabkan kulit terbakar! Bermain di tepian pantai pun jarang kulit kami terbakar...


Si ibu capai Oil Free Hydrating Gel lalu menyapu di kulit yang panas, perit dan sakit itu perlahan-lahan. Barulah si anak dapat melelapkan matanya malam tadi.

Pagi esoknya, kulit terus lega dan tidak sakit lagi memakai baju.
Sebelah malam, gel itu disapu lagi. Pada hari ketiga, kulit si anak sudah tidak terasa perit. Pada hari keempat, kulit yang terbakar sudah mula mengelupas, menunjukkan keadaan kulit semakin pulih.

Sememangnya Oil Free Hydrating Gel dapat melegakan kulit yang panas, perit dan rasa terbakar. Sekiranya kulit pernah mengalami proses peeling (ada produk yang mengandungi bahan peeling yang kadang-kadang kita tidak tahu!), guna saja Oil Free Hydrating Gel ini. Insya Allah ia dapat melegakan.

Saya menggunakannya untuk mengawal minyak di wajah dan bagi mendapatkan penghidratan kulit selama 10 jam. Jika mahukan kulit muka ala-ala moist cake, gunalah gel ini. Ia pasti tidak mengecewakan!

Sunday, February 14, 2010

Jerawat musuh utama kulit berminyak

Bagaimana kita tahu jika kita perlu gunakan acne set atau tidak?

Lihatlah pada foto di sebelah. Sekiranya jerawat yang dihidapi itu seperti dalam foto ini, bolehlah guna acne set (yang mengandungi cleanser, serum untuk acne serta acne spot solution). Jika tidak, memadai guna set botanical biasa saja tetapi belilah sekali acne spot solution untuk menangani jerawat yang singgah di muka.




Adakah set botanical boleh mengubat jerawat?

Jerawat tiada ubatnya. Setakat pengetahuan saya, jerawat tiada ubatnya. Walau bagaimanapun, sila dapatkan rawatan daripada pakar kulit, ya. Bagi saya yang pernah mendapatkan rawatan dari pakar kulit, apa yang berlaku adalah saya perlu mengambil pil vitamin A sintetik bagi mengeringkan minyak bawah lapisan kulit saya. Tiada minyak tiadalah jerawat. Kulit saya menjadi kering bagaikan tanah yang gersang.

Apa yang dapat saya rekomenkan di sini adalah penjagaan wajah bagi kulit berminyak. Set asas yang mengandungi cleanser, freshener, mask dan moisturizer bukan untuk menghalang jerawat supaya tidak tumbuh 100%. Ia adalah untuk memperbaiki kulit di samping membantu mengurangkan lebihan minyak dipermukaan kulit. Jerawat tetap akan keluar tetapi disebabkan kulit muka sudah bersih, jerawat jarang tumbuh.


Wednesday, February 10, 2010

Firming Eye Cream bantu lenyapkan garis halus sekitar mata


Firming Eye Krim

Berkesan bagi menghilangkan garis-garis halus bawah mata.

Kawasan bawah mata adalah kawasan berkulit yang nipis dan mudah menjadi kering. Dan kawasan ini memang sering dilupakan. Kadang-kadang ia menerima layanan yang tidak sepatutnya seperti digaru dengan kuat, ditonyoh, kadang-kadang di sapu dengan losyen pembuang mekap yang sangat abrasive, tidak mendapat bekalan kelembapan yang secukupnya, kadang-kadang disapu dengan moisturizer.

Moisturizer yang digunakan bagi seluruh wajah adalah terlalu 'berat' atau 'too rich' untuk kawasan sekitar mata. Oleh itu eloklah kita menggunakan krim mata yang khas.

Jika kulit sekitar mata sudah berkedut atau tidak lagi tegang, atau bergaris halus, dapatkan Firming Eye Cream hari ini juga. Harganya cuma RM150, tahan 2 bulan jika dipakai pagi dan malam.

Sunday, February 7, 2010

Ada-ada saja! Suasana di unit meeting

All these women wants to enrich other women's life, wanita-wanita yang ingin sekali memperkaya hidup wanita lain, jadi mereka datang ke kelas, belajar tips and tricks bagaimana menjadi seorang BC yang berpengetahuan.
Saya yang sedang sibuk menulis itu :)

Courtesy daripada SD Rocky

Saturday, February 6, 2010

Microdermabrasion - bagaimana ia bertindak?

Jika kita mencari-cari alternatif lain untuk rawatan muka selain facelift, plastic surgery, chemical peels dan suntikan Botox, cubalah Microdermabrasion.

Dulu, microderma hanya boleh dilakukan oleh doktor atau certified beautician saja. Sekarang tidak lagi. Dengan Microdermabrasion set daripada Mary Kay, kita boleh buat di rumah, seminggu sekali atau dua kali sebulan.

Sains di sebalik Microderma

Bagi lebih memahami bagaimana Microderma berkesan memperbaiki kulit, mari kita belajar sains mengenai kulit kita

Kulit kita terbahagi kepada dua komponen utama iaitu epidermis dan dermis.

Epidermis adalah lapisan kulit paling luar. Sel kulit mati menutup permukaan epidermis ini. Lapisan sel kulit mati ini dinamakan stratum corneum. Ia bertindak sebagai penghalang habuk, debu dan sebarang kotoran di persekitaran daripada masuk ke lapisan kulit.
Selalunya, apabila kita menyapu sebarang losyen pelembap ke kulit kita, tidak semuanya diserap kulit kerana terhalang dek lapisan stratum corneum. Atas lapisan inilah tempat tinggalnya parut dan garis-garis halus!

Proses Microderma akan bertindak ke atas selaput stratum corneum ini. Maknanya, hanya epidermis yang disentuh, lapisan dermis (kulit baby) tidak disentuh langsung. Jadi baby skin kita terselamat dan terpelihara.

Apa itu Rawatan Microdermabrasion?

Mengapa kita mahu melakukan microdermabrasion?

Tujuannya adalah untuk membuang selapisan selaput di atas epidermis (kulit muka). Selaput ini dinamakan stratum corneum. Bila selaput ini dibuang, sistem kulit semulajadi akan mengintepretasikan yang kulit kita cedera. Jadi, secara semulajadi jugalah, sel kulit baru yang lebih sihat akan dihasilkan oleh badan kita sendiri menggantikan selaput yang sudah dibuang tadi.

Kebaikan microderma

Apabila selaput kulit tadi dibuang, permukaan kulit menjadi bertambah baik. Proses pembaikan kulit akan menghasilkan sel kulit baru yang lebih licin, nampak pun lebih cantik. Parut dan garis halus akan dilenyapkan. Selepas selaput dibuang, krim dan losyen (seperti serum dan moisturizer) menjadi lebih berkesan sebab boleh menerobos hingga ke bahagian dalam kulit.

Proses ini akan membuang sedikit kelembapan dari dalam kulit buat sementara waktu. Jadi, sapulah pelembap selepas melakukan microderma. Produk Microdermabrasion Set daripada Mary Kay mempunyai dua langkah penting ini.

Kajian menunjukkan rawatan microderma yang sering dilakukan memang dapat menggalakan lapisan bawah kulit yang baru tumbuh. Apabila ini berlaku, parut yang dalam akan hilang lama-kelamaan. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa kehilangan kelembapan buat sementara selepas proses microderma menyebabkan lapisan bawah kulit bekerja lebih masa dalam mengeluarkan sel kulit yang lebih sihat ke permukaan kulit.

Microdermabrasion - bukan untuk semua!

Jika kita menghidapi salah satu yang tersebut di bawah ini, jauhilah rawatan dengan microderma ya! Mari cek dulu:-

Di antaranya:-

1) Rosacea (sejenis akne yang menyebabkan kulit merah-merah dan berbintik halus)
2) Widespread acne (Jerawat penuh satu muka)
3) Open sores (luka, contohnya disebabkan jerawat yang dipicit)
4) Skin lesions (disebabkan jerawat yang dipicit)
5) Eczema (sejenis sakit kulit yang menyebabkan gatal dan kemerahan)

Yang lain-lainnya, termasuklah:-
1) Fragile capillaries
2) Vascular lesions
3) Herpetic lesions (herpes)
4) Warts
5) Anyone who takes anti-coagulants
6) Dermatitis
7) Psoriasis
8) Lupus
9) Erythematosus
10)Diabetes mellitus

Jerawat tapi bukan jerawat biasa


Jerawat seperti di atas tidak boleh dirawat dengan menggunakan ubat jerawat biasa. Inilah rosacea atau adult acne. Mintalah pandangan doktor atau pakar kulit dahulu sebelum menggunakan krim jerawat yang mengandungi asis salisilik contohnya.

Jerawat jenis ini sering menyerang orang dewasa yang berusia 30 tahun ke atas. Ia adalah sejenis keadaan kulit. Biasanya berwarna kemerah-merahan dan bintik-bintik kecil di seluruh muka, di kawasan T-zon terutamanya, bahagian leher, tengkuk dan dada.


Monday, February 1, 2010

Mahu belai-belai bahagian mata anda?


Selepas berhari-hari menterjemah, mengadap laptop, mengupdate blog, kedai online, membaca online dan sebagainya, mata menjadi penat. Walaupun saya tiada masalah hitam sembap atau lebam kerana kurang tidur, tapi bahagian mata sudah kelihatan kering. Apabila bahagian bawah mata sudah kering, kelihatan muncul kedut di bahagian bawah mata. Ia menjadi lebih ketara apabila memakai foundation. Foundation tidak lekat dengan cantik apabila kulit menjadi kering. Bahagian kulit itu akan kelihatan berkeping-keping.

Saya ambil Indulge Soothing Eyes (gambar tertera di atas) dan sapu lebih sedikit pada bahagian mata sebelum masuk tidur, lebih kurang jam sebelas malam tadi. Saya terjaga awal pagi ini dan terasa mata lebih segar. Menakjubkan juga krim ini.

Semasa memakainya, ada terasa sejuk menyengat. Kemudian saya tepek bahagian mata dengan kapas basah lalu tidur dengan rasa nyaman! Jika mata anda terasa pedih semasa menggunakan krim ini, itu bermakna krim ini sedang bekerja. Sembap bawah mata Insya Allah akan hilang.

Cubalah.

Sebagai penambahan baru dalam sesi skin care yang saya anjurkan, saya akan menggunakan krim ini kepada anda.

Jika berminat mahu membelinya atau mencubanya dalam kelas skin care, hubungilah saya di 0132139063!