Sunday, February 14, 2010

Jerawat musuh utama kulit berminyak

Bagaimana kita tahu jika kita perlu gunakan acne set atau tidak?

Lihatlah pada foto di sebelah. Sekiranya jerawat yang dihidapi itu seperti dalam foto ini, bolehlah guna acne set (yang mengandungi cleanser, serum untuk acne serta acne spot solution). Jika tidak, memadai guna set botanical biasa saja tetapi belilah sekali acne spot solution untuk menangani jerawat yang singgah di muka.




Adakah set botanical boleh mengubat jerawat?

Jerawat tiada ubatnya. Setakat pengetahuan saya, jerawat tiada ubatnya. Walau bagaimanapun, sila dapatkan rawatan daripada pakar kulit, ya. Bagi saya yang pernah mendapatkan rawatan dari pakar kulit, apa yang berlaku adalah saya perlu mengambil pil vitamin A sintetik bagi mengeringkan minyak bawah lapisan kulit saya. Tiada minyak tiadalah jerawat. Kulit saya menjadi kering bagaikan tanah yang gersang.

Apa yang dapat saya rekomenkan di sini adalah penjagaan wajah bagi kulit berminyak. Set asas yang mengandungi cleanser, freshener, mask dan moisturizer bukan untuk menghalang jerawat supaya tidak tumbuh 100%. Ia adalah untuk memperbaiki kulit di samping membantu mengurangkan lebihan minyak dipermukaan kulit. Jerawat tetap akan keluar tetapi disebabkan kulit muka sudah bersih, jerawat jarang tumbuh.


No comments:

Post a Comment