

Compact bagi Melacep Foundation Primer, MK's latest baby.
Semasa saya menerima set Melacep Primer ini, saya mendapat 3 benda iaitu bedak putih yang dibalut dengan kertas aluminium, compact kosong yang juga berwarna putih bersih dan 2 keping span.
Sebaiknya bedak itu diisi ke dalam compact sebelum kertas aluminium dikoyakkan bagi mengelakkan bedak itu tersentuh dengan tangan sewaktu menekannya ke dalam bekas compact.
Foundation Primer ini boleh dipakai sendirian, atau digunakan sebagai alas kepada bedak foundation biasa. Pilihan terletak di tangan kita.
Sapuan primer ini ke wajah menyebabkan warna wajah nampak sekata, licin, milky dan berkilau. Kulit wajah nampak semakin cantik.
Satu set ini berharga RM140.
No comments:
Post a Comment