Friday, March 12, 2010

Rahsia mekap tahan lama di wajah

Kadang-kadang saya ditanya bagaimana mengekalkan mekap di wajah supaya tahan lama.

Selain menggunakan mekap yang bermutu tinggi, kulit wajah juga perlulah cukup lembab. Ini tidak bermakna wajah perlu dibasahkan supaya sentiasa lembab.

Ini termasuklah minum air yang cukup, makan makanan yang mengandungi kandungan air yang banyak contohnya buah-buahan. Selain itu, wajah perlu disapu dengan pelembap.

Pelembap akan membekalkan kelembapan pada kulit. Bahan yang terkandung dalam pelembap, iaitu humectant, akan menarik air dari bawah kulit dan menyimpannya di bahagian epidermis (bahagian kulit teratas). Sementara itu, humectant berupaya memerangkap kelembapan dalam persekitaran kita dan menyimpannya di bahagian atas kulit kita. Oleh itu kulit kita akan kekal lembap.

Apabila kulit wajah terhidrat (lembap dan mengandungi kandungan air yang diperlukan), sapuan mekap akan lebih rata dan kulit kelihatan gebu dan halus.

Mary Kay mempunyai beberapa jenis pelembap yang disesuaikan dengan keperluan pengguna seperti saudari:-

1) Pelembap Botanikal - melembapkan kulit selama 6 jam, berharga RM80;
2) Pelembap Timewise - melembapkan kulit selama 10 jam, berharga RM115;
3) Pelembap Timewise dengan SPF 15 - melembapkan kulit selama 10 jam, berharga RM115;
4) Pelembap MelaCEP dengan SPF 15 - melembapkan kulit sambil memelihara kulit supaya cerah berkilau, berharga RM170;
5) Pelembap dalam bentuk gel (skin supplement) - membekalkan kelembapan selama 10 jam sambil mengawal lebihan minyak, berharga RM125.


No comments:

Post a Comment