Sunday, May 30, 2010

Kesan selepas memakai masker




Masker adalah salah satu bentuk cucian lebih mendalam bagi kulit wajah.

Jika kita jarang memakai masker, kulit akan kelihatan kusam dan kurang berseri.

Mask yang ditepek dan dibiarkan pada wajah antara 10 hingga 20 minit dapat menarik keluar semua kekotoran dari bawah kulit termasuklah lebihan minyak. Oh..sudah tentulah bagi kulit yang normal, kering atau berminyak perlu menggunakan mask yang sesuai dengan jenis kulit. Masker untuk kulit berminyak mengandungi tanah liat yang dapat membantu mengurangkan lebihan minyak pada permukaan kulit.

Kadang-kadang kesan selepas menggunakan mask adalah timbulnya jerawat. Ini adalah tindak balas biasa. Apa yang berlaku selepas masker, sel kulit luar ini bersih dan tiada lagi kekotoran. Semua kekotoran yang selama ini bertenggek pada pori-pori disingkirkan. Jadi, kekotoran yang selama ini terkumpul bawah kulit ditolak ke atas permukaan kulit. Jerawat pun muncul. Banyak atau sedikitnya jerawat yang muncul selepas masker digunakan bergantung kepada banyaknya lebihan minyak atau kekotoran lain yang selama ini terkumpul bawah kulit.

Jadi, penggunaan masker tidak menyebabkan wajah semakin berjerawat. Tindak balas ini menunjukkan bahawa kulit kita semakin bersih, jadi kekotoran yang selama ini terlindung (berada bawah kulit) dikeluarkan. Selepas kulit kita bersih luar dan dalam, barulah seri wajah kelihatan.

Seri wajah ini tidak dapat dinaikkan dengan bantuan kosmetik! Percayalah!

Tuesday, May 18, 2010

Tawaran terkini


Bagi setiap belian sekurang-kurangnya berharga RM300 dari sekarang hingga 31 Mei 2010, saudari akan mendapat hadiah ini (miniature size x 2 botol ) secara percuma.

Apakah ia?

Ia adalah serum yang diperkaya dengan Vitamin C, dapat mencerahkan, menghaluskan dan menganjalkan kulit.

Nilai Penasihat Kecantikan

Khidmat Pelanggan membezakan kita daripada orang lain dalam industri kecantikan. Pelanggan bukan sahaja mencari nilai untuk wang, tetapi juga nilai perkhidmatan yang akan menarik mereka kembali untuk membeli lebih banyak lagi.

Di sini beberapa cadangan yang dapat menyerlahkan perkhidmatan kita:

  • Cuba adakan parti 'Beauty on a Budget' yang membuktikan kesan produk secara klinikal dan menjimatkan wang.
  • Bantu pelanggan memilih produk yang dapat memenuhi keperluan mereka dengan tepat serta menjimatkan masa dan tenaga dengan menghantar produk itu ke rumah mereka!
  • Pelanggan boleh mencuba produk sebelum membeli, dan boleh mengharapkan jaminan
  • kepuasan 100% Mary Kay.
  • Kita juga boleh menawarkan peluang untuk memenangi produk percuma sebagai tuan
  • rumah dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama kawan-kawan kita.
  • Kita juga boleh menyeronokkan pelanggan dengan Virtual Makeover secara PERCUMA.
  • Dalam keadaan ekonomi yang tidak tentu ini, peluang perniagaan Mary Kay mungkin sesuatu yang mereka sedang cari.

Friday, May 14, 2010

Apa dengan Spa Tangan, Bibir dan Mata?

Mary Kay menyediakan spa khas untuk bibir, mata dan tangan.

Mengapa?

Ini adalah kerana tanda-tanda awal penuaan dapat dilihat jelas di bahagian ini.

Spa bibir adalah set produk yang dapat menyingkirkan sel kulit bibir yang lama, melembutkan bibir dan melembapkannya. Bibir yang sihat tidak mengelupas, tidak kering serta tidak mudah luka. Spa bibir mengandungi masker bibir dan balm untuk bibir.

Bahagian tepi bibir sangat nipis, elakkan dari mencuci mekap bibir dengan cleanser biasa. Gunalah pembersih mekap yang tidak mengandungi alkohol. Kandungan alkohol akan mengeringkan lagi bahagian kulit yang nipis ini.

Bahagian ini juga perlu dibersihkan dengan hujung jari saja.


Bahagian mata cepat menjadi tua dengan munculnya garis-garis halus pada mata. Salah satu sebab mengapa bahagian mata cepat menjadi tua adalah kerana kurangnya kelembapan pada bahagian tersebut. Kulit di bahagian mata amat nipis berbanding kulit wajah jadi ia tidak boleh disapu dengan moisturizer yang lebih pekat. Kulit bahagian mata ada moisturizernya sendiri. Mekap mata perlu dibersihkan dengan pencuci bahagian mata dan tidak boleh dicuci dengan pencuci wajah biasa yang lebih kuat. Elakkan dari menyapu toner atau freshener atau apa saja yang berasaskan alkohol atau minyak di bahagian mata. Ini akan menyebabkan bahagian itu semakin kering. Pencuci mekap mata seharusnya lembut tapi kuat bagi mengelakkan perlunya menonyoh bahagian bermekap. Mekap kalis air yang lebih sukar dibersihkan lebih-lebih lagi memerlukan pembersih mekap yang kuat tapi lembut pada kulit.

Tangan adalah bahagian tubuh yang paling aktif bekerja. Ia juga adalah yang paling kerap bersentuhan dengan pelbagai bahan kimia yang wujud dalam barang-barang yang kita gunakan seharian. Bahagian tangan sangat mudah berkedut dan menjadi kasar dan paling sering nampak lebih 'tua' berbanding bahagian lain pada tubuh kita.

Spa untuk tangan adalah cara kita membelai tangan kita. Terdapat 3 produk untuk spa tangan ini. Satu, losyen tangan yang disapu sebelum kita skrab tangan kita. Losyen ini berasaskan beeswax. Ia akan membantu membuka pori-pori di bahagian tangan bagi memudahkan kotoran disingkirkan. Selepas itu kita skrab tangan kita. Skrab ini berasaskan buah pic dan buah aprikot. Selepas itu kita sapu tangan kita dengan krim tangan. Krim tangan yang berasaskan minyak bijan ini cepat menyerap ke dalam kulit tidak melekit dan tidak meninggalkan lapisan minyak pada kulit. Ia sungguh lembut dan melindungi tangan kita. Kita seolah-olah memakai invisible glove pada tangan kita.

Thursday, May 13, 2010

Microdermabrasion - produk yang selamat lagi mudah digunakan di rumah

Publish Post
Seorang sahabat, kebetulan seorang beautician menelefon saya petang tadi, mahu jumpa katanya. Dia sebenarnya amat tertarik dengan Microdermabrasion set, salah satu produk Mary Kay.

Katanya kulitnya kini kusam dan jeragat yang kecil-kecil sudah muncul. Jadi, saya tanya apa yang diharapkannya selepas menggunakan microdermabrasion set ini!

Saya bertanya sebab saya tidak mahu dia terbeli barang yang salah. Seandainya jeragat adalah masalah yang ingin diatasi, saya tidak fikir microdermabrasion boleh membantu. Saya pasti microderma adalah untuk merawat kulit yang berpori kasar, kesan parut akibat jerawat dan mengurangkan garis-garis halus pada kulit.

Walau bagaimanapun, dia tetap ingin menggunakannya kerana selama ini dia perlu dan pernah mendapatkan rawatan yang sama di pusat kecantikan atau di klinik.

Sudah tentulah rawatan microdermabrasion keluaran Mary Kay boleh dibuat sendiri di rumah. Ia adalah proses yang mudah lagi selamat dan sesiapa saja boleh melakukannya. Set ini mengandungi langkah 1 (pencuci yang mengandungi hablur kristal) & langkah 2 (Serum). Set ini mesti dipakai dua-dua!

Sunday, May 9, 2010

SSD Nafisah, Unit Sparkling Swan

SSD Nafisah ini biasa kupanggil Fis saja. Ini disebabkan 'Fisa' jadi 'Fiza' apabila disebut dengan laju. Tambahan pula di Mary Kay ramai Fiza, nama ringkas bagi Norfiza, Norafiza, Hafizah dan yang sewaktunya.

Fis menyertai Mary Kay pada bulan Mac 2008. Tujuh bulan selepas itu, beliau berjaya mencapai tahap Sales Director. Tahun 2009, beliau sudah dapat Pink Car, iaitu simbol kejayaan di Mary Kay. Beliau adalah salah seorang Beauty Consultant paling cepat naik. Dan beliau telah membuktikan yang bisnes ini boleh dibuat secara sambilan. Semua kejayaan itu dicapai sewaktu beliau masih lagi bekerja sepenuh masa. Kejayaan tersebut termasuklah shopping trip ke Bangkok free ditambah dengan wang poket dari Mary Kay lagi, cincin berlian yang dapat memenuhi kesemua jari-jemarinya, trip ke China fully sponsored by Mary Kay sekurang-kurangnya dua kali dan terakhir Kereta Pink ini. Semuanya ini sudah dikecapinya dalam tempoh 2 tahun selepas menyertai Mary Kay.

Aku kagum dengan kejayaannya. Beliau belum pun 40 tahun tapi sudah menikmati semua ini.

Disember 2009, beliau meletakkan jawatan Pengurus Cawangan di salah sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur. Sebelum melepaskan jawatan itu, hutang-piutangnya sudah dapat dilangsaikan. Dengan hidup yang bebas hutang ditambah lagi dengan wang simpanan berjumlah lima angka, beliau menyerahkan komitmennya kepada Mary Kay bermula Januari 2010.

Bagaimana beliau melakukannya?
  1. Beliau bekerja Sabtu dan Ahad melakukan facial, atau di sebelah petang selepas waktu pejabat dan sewaktu makan tengah hari. Di sinilah perlunya sokongan keluarga lebih-lebih lagi suami, jika BC itu sudah berkahwin. Beliau beruntung kerana punya suami yang sporting dan understanding.
  2. Beliau groom 2,3 hostess yang dapat membantunya mendapatkan kawan-kawan untuk berfacial bersama di hujung minggu.
  3. Beliau tidak patah semangat apabila tiada belian selepas facial dibuat.
  4. Beliau mantapkan lagi teknik closing of sale daripada BC yang handal menjual.
  5. Beliau memelihara perhubungannya dengan juniornya.
  6. Beliau seorang yang rajin membantu dan berkongsi tips untuk berjaya sepertinya.
  7. Cita-cita beliau sekarang adalah menjadi mentor kepada semua BC di Mary Kay.

Aku doakan semoga Fis mencapai semua impiannya.

Mary Kay dapat merealisasikan impiannya, Insya Allah...

Baca lagi di sini.

Pink Car Guest Event, 8 Mei 2010

Star petang itu, Senior Sales Director Nafisah Omar posing bersama Sofu

Trophy on Wheels, kereta pink yang menjadi impian kami semua di Mary Kay. Kejayaan ini dapat dikecapi apabila junior pun naik. Jadi di Mary Kay, kita naik bersama-sama, bukan seorang-seorang.


GM, Denise Getson bersama Sharon (admin staff / interpreter)

Foto semua yang hadir petang tadi (Sabtu, 8 Mei 2010), di Armada Hotel, PJ

Berfoto bersama-sama STAR!

Saturday, May 8, 2010

Kempen Derma Buku Cerita

Sempena ulang tahun kelahiran pengasas Mary Kay Inc pada bulan Mei, kami sedang mengadakan kempen derma buku cerita dalam bahasa-bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin bagi bacaan kanak-kanak usia 6 hingga 10 tahun.

Buku-buku ini akan dikumpulkan di semua pusat Mary Kay di seluruh Malaysia:-

1) PJ
2) JB
3) Penang
4) KK

Kempen berakhir 31 Mei 2010.

Dermalah sama ada buku baru atau buku terpakai yang masih dalam keadaan yang baik.

Buku-buku ini akan diserahkan ke perpustakaan HOPE Worldwide Malaysia & Singapura.

“The Mary Kay organization has been built
on the go-give spirit. I sincerely believe that
all you send into the lives of others does
come back into your own.” Mary Kay Ash

Warna Pink yang Memperkayakan Hidup Ini

Peraturan baru sudah dikeluarkan. Tidak boleh menggunakan nama Mary Kay sebagai judul blog. Saya terfikir-fikir nama apa yang mahu diberi pada blog baru ini.

  • Pink Car (The Trophy on Wheels)
  • Pink Cosmetics
  • In the Pink of Health

Saya ingin sangat memasukkan warna pink dalam judul blog baru ini. Warna pink, si merah jambu sinonim dengan Mary Kay. Warna pink yang melambangkan kelembutan sesuai dengan ciri-ciri wanita yang feminin.

Pernah saya mendengar cerita yang rumah Mary Kay pun dicat dengan warna pink. Kereta warna pink, the Pink Car, dicat dengan warna pink yang dipilih khas untuk Mary Kay's high achievers. Jadi mengapa tidak blog warna pink?

Pink Mary Kay sudah tentulah memberi saya maksud yang lebih dalam. Sesuai dengan tagline Mary Kay yang famous itu iaitu, Enriching Women's Lives, jadi saya sesuaikan judul blog baru ini dengan tagline Mary Kay.

Saya suka menyentuh misi Mary Kay yang ingin sangat memperkayakan hidup wanita. Kaya tidak semestinya wang. Kay dengan persahabatan, kaya dengan peluang, kaya dengan nilai-nilai baru yang murni, bantu wanita lain menjadi lebih kaya.

Ada ramai orang kaya di dunia ini tapi mereka tidak mempunyai perhubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain.

Ada ramai orang kaya dan mempunyai perhubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain tapi mereka tidak mendapat pengetahuan baru.

Tapi di Mary Kay, kita berpeluang menjadi kaya, membina hubungan yang lebih rapat dengan kaum keluarga, rakan-rakan seperjuangan, pelanggan dan orang lain serta sentiasa mendapat pengetahuan baru hasil pergaulan kita dengan orang lain, baru dan lama.

Di Mary Kay, kita berpeluang menambah lebih ramai kenalan, menjadi role model kepada orang-orang di sekeliling kita, menjadi wanita yang lebih baik, membantu wanita lain mencapai impian mereka.

Saya sayang Mary Kay!

Saturday, May 1, 2010

Belajar teknik mekap malam


SD Abique Kassim datang menyerikan unit meeting kali ini. Beliau tidak hanya datang bawa tangan kosong tapi meninggalkan ilmu yang sangat berharga. Beliau berkongsi tips mekap yang jarang-jarang dikongsi oleh orang lain.

Foto diambil selepas semua peserta bermekap mengikut stail yang Abique ajarkan.

Apa yang beliau gunakan ketika mengajar kami:-

Wajah dicuci bersih dan disapu dengan moisturizer. Sapu lip balm ke bibir.

Sapu MelaCEP Primer ke seluruh wajah termasuk kelopak mata. Primer bertindak sebagai base kepada bedak asas.

Sapu medium coverage cream foundation (warna senada lebih gelap untuk mekap malam) ke seluruh wajah.

Guna Creme to Powder Foundation ke seluruh wajah termasuk kelopak mata. Elok gunakan span yang sudah dilembapkan. Foundation ini serupa dengan two way cake, boleh dipakai kering ataupun basah. (Guna warna senada lebih gelap untuk mekap malam).

Sapu mineral powder foundation ke seluruh wajah dengan gerakan membulat. (Guna bedak senada lebih gelap untuk mekap malam).
Untuk mekap mata, sapu seluruh kelopak mata dengan warna pembayang mata (semasa kelas, Abique menggunakan warna purple berkilat (Sweet Plum). Guna warna cerah berkilat di bahagian tulang kening (Moonstone). Ruang mata di antara warna sweet plum dan moonstone, guna warna pink (Precious Pink). Guna warna hitam (coal) dan bentukkan segi tiga di hujung mata, dan blend. Sapu sedikit highlighter (Tender Taupe) di tengah kelopak mata (di tengah bola mata hitam). Ini akan menyerlahkan lagi mata kita. Akir sekali sapu sedikit highlighter warna moonstone di hujung mata sebelah dalam. Warna cerah ini akan menyebabkan mekap mata kita nampak segar.

Warnakan warna purple (Iris) di bahagian bawah mata. Gelapkannya lagi dengan warna hitam (Coal).

Gariskan di kaki bulu mata dengan eyeliner. Tebalkan garisan itu di hujung mata. Garisan itu perlu bertembung dengan garisan warna bawah bawah mata.

Untuk kening, tetapkan dulu bahagian mana bulu kening harus bermula dan berakhir serta di mana puncak bulu kening dengan menggunakan pensel. Tandakan tempat itu dengan titik.
Sketch garis putus-putus bagi mengisi bulu kening yang jarang dan mulakannya dari tengah.
Kemudian gunakan gel kening bagi mengemas bulu kening yang tidak teratur dan 'bersepah' di kening!

Untuk hidung, warnakan tengah batang hidung dengan warna putih (white lily eye shadow) dan warna coklat (hazelnut) di seluruh bahagian hidung.

Untuk membentuk pipi, warnakan tulang pipi dengan warna merah coklat (sunny spice) dari telinga hingga ke tulang pipi (bentuk sideburn). Warnakan buah pipi dengan warna shy blush dan strawberry cream.

Akhir sekali, lipliner dan lipstick.

Begitulah berakhirnya kelas malam tadi.