Friday, May 14, 2010

Apa dengan Spa Tangan, Bibir dan Mata?

Mary Kay menyediakan spa khas untuk bibir, mata dan tangan.

Mengapa?

Ini adalah kerana tanda-tanda awal penuaan dapat dilihat jelas di bahagian ini.

Spa bibir adalah set produk yang dapat menyingkirkan sel kulit bibir yang lama, melembutkan bibir dan melembapkannya. Bibir yang sihat tidak mengelupas, tidak kering serta tidak mudah luka. Spa bibir mengandungi masker bibir dan balm untuk bibir.

Bahagian tepi bibir sangat nipis, elakkan dari mencuci mekap bibir dengan cleanser biasa. Gunalah pembersih mekap yang tidak mengandungi alkohol. Kandungan alkohol akan mengeringkan lagi bahagian kulit yang nipis ini.

Bahagian ini juga perlu dibersihkan dengan hujung jari saja.


Bahagian mata cepat menjadi tua dengan munculnya garis-garis halus pada mata. Salah satu sebab mengapa bahagian mata cepat menjadi tua adalah kerana kurangnya kelembapan pada bahagian tersebut. Kulit di bahagian mata amat nipis berbanding kulit wajah jadi ia tidak boleh disapu dengan moisturizer yang lebih pekat. Kulit bahagian mata ada moisturizernya sendiri. Mekap mata perlu dibersihkan dengan pencuci bahagian mata dan tidak boleh dicuci dengan pencuci wajah biasa yang lebih kuat. Elakkan dari menyapu toner atau freshener atau apa saja yang berasaskan alkohol atau minyak di bahagian mata. Ini akan menyebabkan bahagian itu semakin kering. Pencuci mekap mata seharusnya lembut tapi kuat bagi mengelakkan perlunya menonyoh bahagian bermekap. Mekap kalis air yang lebih sukar dibersihkan lebih-lebih lagi memerlukan pembersih mekap yang kuat tapi lembut pada kulit.

Tangan adalah bahagian tubuh yang paling aktif bekerja. Ia juga adalah yang paling kerap bersentuhan dengan pelbagai bahan kimia yang wujud dalam barang-barang yang kita gunakan seharian. Bahagian tangan sangat mudah berkedut dan menjadi kasar dan paling sering nampak lebih 'tua' berbanding bahagian lain pada tubuh kita.

Spa untuk tangan adalah cara kita membelai tangan kita. Terdapat 3 produk untuk spa tangan ini. Satu, losyen tangan yang disapu sebelum kita skrab tangan kita. Losyen ini berasaskan beeswax. Ia akan membantu membuka pori-pori di bahagian tangan bagi memudahkan kotoran disingkirkan. Selepas itu kita skrab tangan kita. Skrab ini berasaskan buah pic dan buah aprikot. Selepas itu kita sapu tangan kita dengan krim tangan. Krim tangan yang berasaskan minyak bijan ini cepat menyerap ke dalam kulit tidak melekit dan tidak meninggalkan lapisan minyak pada kulit. Ia sungguh lembut dan melindungi tangan kita. Kita seolah-olah memakai invisible glove pada tangan kita.

No comments:

Post a Comment