Sunday, May 30, 2010

Kesan selepas memakai masker




Masker adalah salah satu bentuk cucian lebih mendalam bagi kulit wajah.

Jika kita jarang memakai masker, kulit akan kelihatan kusam dan kurang berseri.

Mask yang ditepek dan dibiarkan pada wajah antara 10 hingga 20 minit dapat menarik keluar semua kekotoran dari bawah kulit termasuklah lebihan minyak. Oh..sudah tentulah bagi kulit yang normal, kering atau berminyak perlu menggunakan mask yang sesuai dengan jenis kulit. Masker untuk kulit berminyak mengandungi tanah liat yang dapat membantu mengurangkan lebihan minyak pada permukaan kulit.

Kadang-kadang kesan selepas menggunakan mask adalah timbulnya jerawat. Ini adalah tindak balas biasa. Apa yang berlaku selepas masker, sel kulit luar ini bersih dan tiada lagi kekotoran. Semua kekotoran yang selama ini bertenggek pada pori-pori disingkirkan. Jadi, kekotoran yang selama ini terkumpul bawah kulit ditolak ke atas permukaan kulit. Jerawat pun muncul. Banyak atau sedikitnya jerawat yang muncul selepas masker digunakan bergantung kepada banyaknya lebihan minyak atau kekotoran lain yang selama ini terkumpul bawah kulit.

Jadi, penggunaan masker tidak menyebabkan wajah semakin berjerawat. Tindak balas ini menunjukkan bahawa kulit kita semakin bersih, jadi kekotoran yang selama ini terlindung (berada bawah kulit) dikeluarkan. Selepas kulit kita bersih luar dan dalam, barulah seri wajah kelihatan.

Seri wajah ini tidak dapat dinaikkan dengan bantuan kosmetik! Percayalah!

No comments:

Post a Comment