Seorang sahabat, kebetulan seorang beautician menelefon saya petang tadi, mahu jumpa katanya. Dia sebenarnya amat tertarik dengan Microdermabrasion set, salah satu produk Mary Kay.
Katanya kulitnya kini kusam dan jeragat yang kecil-kecil sudah muncul. Jadi, saya tanya apa yang diharapkannya selepas menggunakan microdermabrasion set ini!
Saya bertanya sebab saya tidak mahu dia terbeli barang yang salah. Seandainya jeragat adalah masalah yang ingin diatasi, saya tidak fikir microdermabrasion boleh membantu. Saya pasti microderma adalah untuk merawat kulit yang berpori kasar, kesan parut akibat jerawat dan mengurangkan garis-garis halus pada kulit.
Walau bagaimanapun, dia tetap ingin menggunakannya kerana selama ini dia perlu dan pernah mendapatkan rawatan yang sama di pusat kecantikan atau di klinik.
Sudah tentulah rawatan microdermabrasion keluaran Mary Kay boleh dibuat sendiri di rumah. Ia adalah proses yang mudah lagi selamat dan sesiapa saja boleh melakukannya. Set ini mengandungi langkah 1 (pencuci yang mengandungi hablur kristal) & langkah 2 (Serum). Set ini mesti dipakai dua-dua!
No comments:
Post a Comment