Saturday, May 8, 2010

Warna Pink yang Memperkayakan Hidup Ini

Peraturan baru sudah dikeluarkan. Tidak boleh menggunakan nama Mary Kay sebagai judul blog. Saya terfikir-fikir nama apa yang mahu diberi pada blog baru ini.

  • Pink Car (The Trophy on Wheels)
  • Pink Cosmetics
  • In the Pink of Health

Saya ingin sangat memasukkan warna pink dalam judul blog baru ini. Warna pink, si merah jambu sinonim dengan Mary Kay. Warna pink yang melambangkan kelembutan sesuai dengan ciri-ciri wanita yang feminin.

Pernah saya mendengar cerita yang rumah Mary Kay pun dicat dengan warna pink. Kereta warna pink, the Pink Car, dicat dengan warna pink yang dipilih khas untuk Mary Kay's high achievers. Jadi mengapa tidak blog warna pink?

Pink Mary Kay sudah tentulah memberi saya maksud yang lebih dalam. Sesuai dengan tagline Mary Kay yang famous itu iaitu, Enriching Women's Lives, jadi saya sesuaikan judul blog baru ini dengan tagline Mary Kay.

Saya suka menyentuh misi Mary Kay yang ingin sangat memperkayakan hidup wanita. Kaya tidak semestinya wang. Kay dengan persahabatan, kaya dengan peluang, kaya dengan nilai-nilai baru yang murni, bantu wanita lain menjadi lebih kaya.

Ada ramai orang kaya di dunia ini tapi mereka tidak mempunyai perhubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain.

Ada ramai orang kaya dan mempunyai perhubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain tapi mereka tidak mendapat pengetahuan baru.

Tapi di Mary Kay, kita berpeluang menjadi kaya, membina hubungan yang lebih rapat dengan kaum keluarga, rakan-rakan seperjuangan, pelanggan dan orang lain serta sentiasa mendapat pengetahuan baru hasil pergaulan kita dengan orang lain, baru dan lama.

Di Mary Kay, kita berpeluang menambah lebih ramai kenalan, menjadi role model kepada orang-orang di sekeliling kita, menjadi wanita yang lebih baik, membantu wanita lain mencapai impian mereka.

Saya sayang Mary Kay!

No comments:

Post a Comment