Salah satu isu apabila menggunakan produk Mary Kay ini adalah kesannya lambat (tapi ia sebenarnya bukan masalah).
Saya jelaskan mengapa.
Produk Mary Kay akan menstabilkan keadaan kulit. Sebelum ini, kulit kita mungkin sudah menerima 'layanan yang kurang memuaskan' daripada kita sendiri. Contohnya kita menggunakan produk yang tidak diketahui bahan-bahannya, terlalu 'kuat' untuk kulit kita, tidak sesuai dengan jenis atau masalah kulit yang kita hadapi, tidak mengetahui teknik cucian wajah yang betul, pencuci tidak dicuci bersih-bersih (masih ada residue atau saki-baki buih pada kulit), tidak menggunakan produk (produk, bukan brand) yang benar-benar diperlukan oleh kulit kerana kurang pengetahuan dan sebagainya.
Oleh itu, tanpa kita sedari kulit kita sudah terhakis dan menjadi nipis. Ini biasa berlaku apabila menggunakan produk yang mencerahkan kulit dengan kadar segera. Bagi kesan tindakan yang segera, selalunya bahan kimia yang dicampurkan ke dalam bahan yang kita gunakan adalah lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh sistem badan atau kulit.
Kesan hakisan kulit pada wajah termasuklah kulit mudah terbakar, perit pada siang hari walaupun berada di dalam rumah, kulit berbelang atau berbelak-belak, kulit wajah berbulu, sapu bedak tidak lekat pada kulit, kulit menjadi merah, kulit menjadi kusam walaupun lebih cerah dan sebagainya.
Mengapa saya yakin produk Mary Kay boleh membantu:-
Produk asas yang digunakan dalam produk Mary Kay terdiri daripada 3 bahan ini iaitu ginseng, oat dan buah delima.
Fungsi-fungsi produk ini:-
1) Ginseng - mencergaskan sel-sel kulit
2) Oat - condition atau merapikan keadaan kulit
3) Buah delima - anti oksida dan pencerah asli
Bagi sesetengah pengguna, mereka perlu menunggu masa sebelum boleh menggunakan set lengkap Mary Kay. Kamu ingin tahu mengapa?
Kerana set ini hanya berfungsi pada lapisan epidermis pada kulit kamu.
Sekiranya kamu pernah menggunakan produk yang tidak diketahui bahan-bahannya, saya sarankan kamu tunggu sebulan dulu bagi mengembalikan epidermis dan menstabilkan pH kulit.
Jadi dalam tempoh sebulan itu, epidermis akan kembali kerana ini memang sistem semula jadi yang Allah sudah anugerahkan kepada setiap manusia. Jadi proses ini memang lambat. Sel kulit baru kembali setiap 28 hari, dan sel-sel kulit yang sudah mati disingkirkan setiap 28 hari. Apabila usia semakin meningkat, sel-sel kulit mati ini perlu kita bantu singkirkan setiap 28 hari supaya ia tidak bertumpuk di atas kulit dan menyebabkan kulit nampak tidak bermaya.
Jadi, untuk Eja, saudari sedang dalam proses 'menumbuhkan' kembali lapisan epidermis itu. Epidermis yang baru ini mungkin nampak kusam tapi saudari perlu bersabar. Selepas tempoh 28 hari, epidermis saudari semakin matang. Jika tunggu 2 bulan, epidermis saudari kembali normal. Apabila epidermis saudari sudah normal, barulah saudari boleh menggunakan freshener, moisturizer & mask dan seterusnya gunakan produk untuk menangani masalah lain.
Saya akan jelaskan mengapa perlu menggunakan freshener, moisturizer dan mask.
Apa yang berlaku sekiranya saya enggan tunggu sebulan atau dua bulan ini?
Kesan healing crisis mungkin teruk dan saudari tidak dapat menghadapinya. Contoh-contohnya termasuklah jerawat halus dan bernanah di bahagian tepi wajah seperti di kaki rambut, di rahang, di leher, bawah dagu; kulit kering dan berminyak - tidak dapat dipastikan, kulit menjadi lebih gelap,
Sabar...