Thursday, June 17, 2010

Bila sudah berMary Kay...

Soalan cepumas, "Apa benar-benarkah produk ini berkesan?"

Insya Allah berkesan.

Seorang sahabat mencuba produk ini selepas bertahun-tahun setia dengan satu jenama tempatan milik seorang usahawan terkenal. Kali pertama kami bertemu, kulitnya kelihatan kusam walaupun lebih cerah berbanding leher dan tangannya, kemerah-merahan. Masalah yang ingin dia atasi adalah bintik-bintik hitam.

Selepas diteliti sejarah pemakaian produk, saya sarankan dia memulakan rutin jagaan kulitnya dengan produk yang paling asas dalam rangkaian produk Mary Kay.

Mengapa?

Oleh sebab kulitnya nampak agak menipis (tidak tahan panas, cepat terbakar, memerah), saya nasihatkannya supaya menunggu antara 56 hingga 84 hari sebelum menggunakan produk yang lebih advance.

Namun, sahabat ini tidak sabar menunggu lalu meminta produk pencerahan. SAya terpaksa akur kerana customer is king!

Selepas 2 bulan menggunakan produk pencerahan, kulitnya bertambah gelap. Sudah tentu dia tidak gembira. Apa yang boleh saya katakan kepadanya, perlu banyak bersabar kerana healing crisis memang memakan masa. Saya terus nasihatkannya supaya kembali kepada produk yang asas. Saya jelaskan mengapa.

Alhamdulillah selepas 6 bulan memakai produk ini, kulitnya yang berwarna sawo matang bertambah cerah, warna sekata dan nampak lebih bermaya. Dia sendiri perasan akan perubahannya. Kini dia lebih gembira dan senyum saja. Dia bertambah suka apabila orang sekelilingnya memuji-mujinya.

Saya lebih gembira kerana berjaya membantu seorang lagi sahabat!

No comments:

Post a Comment