Monday, June 14, 2010

Satinhands

Sepasang tangan itu adalah lambang kekayaan. Ia adalah sebuah anugerah yang sangat besar lagi berharga. Namun, ramai juga yang lupa akan anugerah ini, lantas menganggapnya perkara biasa. Mungkin kerana kita sudah dilahirkan seperti itu, jadi apa yang dihairankan dengan anugerah itu?

Tangan yang membolehkan kita merangkul insan yang kita kasihi, membelai dan mengelus rambut bayi, mengusap kelopak bunga yang indah dipandang mata...betapa nikmat Ilahi yang sering terlupakan.

Belailah tangan kamu, sayangilah ia, manjakannya dengan belaian Satinhands yang berbau buah pic dan aprikot ini. Ia membelai tangan kamu, memeliharanya, melembut dan menghaluskannya dan melembapkannya. Tangan kamu suka dibelai, belailah ia dengan Satinhands.

No comments:

Post a Comment