28 hari adalah satu tempoh di mana sel-sel kulit baru akan tumbuh dan sel-sel kulit mati disingkirkan dari wajah.
Bagi umur bawah 25 tahun, sel-sel kulit mati disingkirkan dari wajah dengan lancar, jadi wajah yang masih muda memang selalu nampak segar dan sihat tanpa perlu extra work.
Apabila usia kita meningkat, sel-sel kulit tidak disingkirkan oleh sistem badan dengan cekap. Ia mengambil masa lebih lama untuk disingkirkan, mungkin sehingga 45 hari. Sepanjang tempoh itu, ia bertepek pada kulit. Apabila sel kulit mati tidak disingkirkan, kulit kita akan kelihatan kusam (matt) walaupun kita mencuci wajah beberapa kali sehari dan mekap tebal digunakan.
Kerana itulah masker perlu digunakan, untuk membantu proses menyingkirkan sel kulit mati ini.
Berbalik kepada soalan yang diajukan oleh Cik Nona, saya terangkan di sini, mask perlu digunakan dua atau tiga kali seminggu, tidak digalakkan penggunaan yang lebih kerap.
Namun, sekiranya berasa lapisan kulit luar saudari sudah menipis, eloklah guna pencuci wajah yang lembut dan tidak menghakis bagi mengelakkan kulit wajah semakin nipis. Mungkin saudari akan diminta berhenti memakai produk skincare sedia ada dan jangan memakai mekap dalam tempoh seminggu saja, hanya cuci wajah dengan air. Namun ini adalah saranan saja. Jika saudari tidak sanggup, gunalah pencuci yang lembut dan tidak menghakis sebagaimana yang dinyatakan di atas.
Jika berminat mencuba produk Mary Kay, kami perlu tahu sejarah pemakaian produk bagi membolehkan kami memberi nasihat yang spesifik dan merekomen rangkaian produk yang sesuai.
Ini biasanya akan dilakukan semasa sesi facial berlangsung.






