Wednesday, July 21, 2010

Aktiviti di Bagan Serai, 18 Julai 2010


Selepas Retreat hari Sabtu, kami bertolak ke Bagan Serai pada pagi Ahad. Sekumpulan guru dari Sekolah Menengah Bagan Serai menyediakan diri bagi sesi belai-belai diri. Gambar tertera menunjukkan permulaan sesi di mana mereka menggunakan Scrub Tangan dan Loofah Body Cleanser. Mereka terpukau dengan keharuman produk tangan dan untuk badan itu.

Dalam sesi biasa, peserta diminta buat pilihan sama ada mahu mencuba Satinhands atau Loofah Body Cleanser. Dalam sesi kali ini, mereka meminta menggunakan kedua-dua produk. Kami apalagi, menurut sajalah. Sememangnya kami ingin memberi mereka rasa seronok!

Sememangnya respon yang kami terima amat memberangsangkan. Mereka bukan hanya peserta yang asyik mendengar penerangan kami, tetapi juga amat positif dan memberi tindakbalas yang menyeronokkan kami.

Selepas sesi facial, mereka tidak sabar-sabar mahu mengetahui senarai barang yang telah kami gunakan. Produk laku keras hari itu adalah Medium Coverage Foundation.

Mereka seronok? Kami LAGI seronok! Hilang rasa lelah walaupun perjalanan ke sana memakan masa tiga jam.


No comments:

Post a Comment