Monday, July 12, 2010

Aktiviti di Ipoh

Semalam kami berada di Klebang Putra. Oleh sebab ramai yang ingin menyertainya tetapi ada pula yang bekerja di sebelah pagi, kami terpaksa pecahkan sesi kepada dua (jam 11 pagi dan jam 3 petang). Setiap sesi ada 6 orang.

Tetamu yang saya jemput pula tiada seorang pun yang datang. Sedih jugalah sebab mahu ke Ipoh bukan murah. Tol dan petrol saja sudah berjumlah RM100. Seorang katanya di Penang, seorang lagi mengantuk sebab sebelah malamnya tengok bola, seorang lagi tidak mengangkat telefon bila ditelefon, seorang lagi malas. Tetapi saya bertemu dengan BC kepada BC saya yang baru join bulan Jun lepas.

Jadi saya berikan penerangan panjang lebar mengenai Mary Kay kepadanya. Banyak perkara yang dia tanyakan.

Selepas menjadi BC, dia menerima starter kit yang masih belum dibuka dan dibaca. Jadi saya terangkan dia perlu membaca semua risalah, brosur dan nota yang datang dalam starter kit tersebut. Majalah yang diterima pun perlu ditunjukkan bahagian mana yang penting dan perlu dibaca oleh setiap BC.

Majalah Applause itu sangat penting dibaca kerana ia mengandungi kempen terbaru. Jika kita lambat buat order, kita akan terlepas peluang itu. Sudahlah dia baru terlepas peluang melakukan NCB.

Jika sudah terlepas peluang mendapatkan NCB, ikutilah kempen-kempen yang dilakukan setiap bulan. Kempen ini khas untuk BC. Terpulang kepada BC untuk berkongsi dengan customer masing-masing.

Ada yang bertanya apa istimewanya menjadi BC? Nah, inilah keistimewaannya!

Kami akan ke Penang Ahad depan. Bagi mereka yang berada di Penang, bolehlah join kami ya!

No comments:

Post a Comment