Friday, July 9, 2010

Dream Board aka Goal Poster

Sering diperkatakan jika kita mahu ke sesuatu destinasi, kita perlu ada tujuan. Barulah kita mula bergerak ke arahnya. Sememangnya kita ada menyimpan sesuatu matlamat atau tujuan. Mula-mula kita menetapkannya, tetapi kemudian kita terlupa mengenainya.

Dalam Mary Kay, kita perlu membuat goal poster.

Mengapa?

Supaya kita tidak melupakan matlamat kita.

Apabila kita ke ESRS, kita diminta menyiapkan goal poster.
Apabila kita ke RJU, kita akan diminta menyiapkan goal poster yang lebih terperinci.

Selepas goal poster ini siap, apa yang kita lakukan kepadanya?
Adakah kita akan melipatkannya lalu menyimpannya?

Selepas goal poster ini siap, lekatkanlah ianya di tempat yang mudah kita lihat. Jangan jadikannya poster hiasan dan lekatkannya di tempat orang lain mudah nampak! Letakkan ianya di sudut yang sering kita lemparkan pandangan kita, di bilik yang kita huni, di pintu peti ais dan seumpamanya.

Goal poster ini akan mengingatkan kita akan matlamat kita.

Jadi, buatlah goal poster itu, jangan tidak dibuat pula!

No comments:

Post a Comment