
Apa itu RJU? Ia adalah singkatan kepada Red Jacket University.
Sememangnya taraf universiti ini diakui dalam dunia Mary Kay.
Bagaimana mahu lulus? Dapatkan saja 6 orang BC baru, maka kita boleh grad. Siap pakai mortar board lagi...kotak empat segi yang dipakai atas kepala itu! Siap dengan jubah merah lagi... Kalau kita belum pernah merasa pakai jubah dan mortar board serta ambil gambar atas pentas, inilah masanya!
Sebenarnya masuk universiti 2 hari ini mengajar kami banyak perkara mengenai leadership dan bagaimana membina unit. Ia adalah persediaan kepada mereka yang mahu melangkah ke depan dalam dunia Mary Kay.
There is no short cut to success. Betapa benarnya kata-kata ini!
Bermula dengan ESRS, yakni peringkat TADIKA, kita boleh melangkah setingkat lagi dengan masuk ke RJU, peringkat universiti. Selepas peringkat ini, dan dengan mempunyai sekurang-kurangnya 8 orang BC, kita layak masuk ke peringkat yang lebih tinggi iaitu DIQ (Director in Qualification). Selepas kita menjalani latihan DIQ ini, kita dikenali sebagai Future Sales Director. Sales Director adalah peringkat di mana kita mula mempunyai unit sendiri dan mula mendapat pendapatan yang lumayan hasil jualan peribadi serta komisyen daripada anggota unit kita. Bagi melayakkan kita mendapat kedudukan ini, kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya 30 anggota dalam unit kita.
Semua ini perlu diperolehi dalam tempoh tertentu. Apabila gagal, kita perlu mula kembali.
Siapa-siapakah mereka dalam foto ini? Ada microbiologist, ada lecturer, ada accountant, ada 2 Quantity Surveyor, ada dua orang student, ada landscape architect, ada banker, ada penganggur, ada customer service staff. Orang yang berkecimpung dalam dunia Mary Kay ini berbagai-bagai!
No comments:
Post a Comment