Saturday, August 28, 2010

Produk tahan lama tapi kesan mungkin lambat nampak

Setiap produk Mary Kay diperbuat supaya ia tahan lama sekurang-kurangnya selama dua bulan. Namun atas dasar jimat cermat, sesetengah produk yang digunakan pengguna tahan selama setahun.

Sebenarnya ini tindakan kurang tepat. Biar saya terangkan satu persatu:-

Katakan pencuci yang digunakan terlalu sedikit, mungkin kekotoran pada kulit wajah tidak dapat dibersihkan secukupnya. Apabila kulit tidak dibersihkan secukupnya, kekotoran masih ada pada wajah. Selain kekotoran, minyak dan peluh masih melekat pada kulit wajah. Ini mungkin mengakibatkan masalah kulit lain timbul.

Bagi penyegar, sesetengah pengguna menggunakan cairan penyegar ini tanpa menggunakan kapas. Kita perlu faham fungsi penyegar. Setiap penyegar dalam rangkaian produk Mary Kay mempunyai dua tugas. Satu untuk melengkapkan cucian pada wajah, kedua bagi mengembalikan saiz pori ke saiz yang asal. Apabila cairan ini dituangkan terus ke tapak tangan, ia tidak dapat melengkapkan cucian wajah yang disebutkan tadi.

Bagi pelembap pula, sesetengah pengguna menggunakan pelembap hanya pada waktu pagi. Alasannya kerana mahu berbedak. Mereka menyangka pelembap adalah sebahagian mekap. Sebenarnya pelembap adalah penjagaan wajah. Dan wajah perlu dipakaikan pelembap siang dan malam termasuklah pada waktu tidur. Ada sesetengah pengguna mengadu wajah masih kehausan (dehydrated) walaupun pelembap digunakan. Salah satu sebab mengapa wajah kehausan adalah kerana pelembap hanya dipakai pada waktu siang. Sudah tentu apabila pelembap dipakai sekali sehari saja, ia akan tahan lama sehingga dua tahun!

Selain segala macam benda ditepek ke wajah, kita perlu juga minum air secukupnya. Ini adalah bagi memastikan lapisan kulit bawah sentiasa lembap. Sejenis bahan dalam krim pelembap akan menarik air dari bawah lapisan kulit dan menyebabkan lapisan kulit atas sentiasa nampak lembap. Sekiranya kulit terlalu kering, gunalah produk tambahan untuk menambah air ke kulit.

Masker. Masker adalah satu benda yang paling jarang digunakan oleh kebanyakan wanita Malaysia. Ini bukan salah sesiapa, hanya pengetahuan tidak disampaikan kepada mereka. Masker digunakan bagi cucian yang lebih mendalam. Masker perlu disesuaikan dengan jenis kulit wajah. Oleh itu, bagi kulit kering, masker tidak boleh mengandungi tanah liat atau clay. Bagi kulit berminyak pula, perlu menggunakan masker yang bertanah liat bagi menarik lebihan minyak di permukaan kulit. Masker perlu digunakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau empat kali sebulan.

Apabila kita jarang menggunakan masker, maka masker akan tahan lama sehingga tiga tahun.

Walau apa pun, seperkara yang ingin saya jelaskan di sini, seandainya produk yang digunakan terlalu sedikit atas alasan mahu berjimat, wajah kita mungkin tidak mendapat bekalan nutrient yang secukupnya. Oleh itu, kesan yang dijanjikan oleh Mary Kay tidak dapat dilihat!

No comments:

Post a Comment