Monday, September 20, 2010

Customer didahulukan, raya dikemudiankan!

Siang tadi saya menemui beberapa orang customer, sambil-sambil hantar barang, ambil peluang beraya juga!

Ingin juga saya melihat perubahan pada wajah mereka. Kebanyakan mereka ini adalah pengguna yang baru menggunakan produk lebih kurang tiga bulan. Rata-rata ramai yang berpuas hati dengan hasil yang mereka perolehi setakat ini.

Yang pasti, sama ada pengguna itu memulakan sesi penjagaan wajah dengan set botanical mahupun dengan set timewise, hasil yang mereka perolehi memang best.

Bagi yang benar-benar berpuas hati, mereka mula merekomen kawan-kawan mereka datang berfacial dengan saya.

Wow, bestnya!

Seperti biasa, pengguna yang memperkenalkan kenalan mereka kepada saya untuk sesi facial, kemudian mereka membeli, adalah ganjaran untuk mereka semua! Yang memperkenalkan serta yang diperkenalkan!

Ruam merah muncul selepas beberapa hari...

Seorang pengguna baru mengalami masalah ruam dan bintik merah muncul di wajah. Nasib baik beliau cepat menelefon saya dan bertanya, "Adakah ini tindakbalas normal?"

Tindakbalas normal adalah kemunculan jerawat ataupun kulit mungkin mengelupas sedikit sekitar bahagian mulut, ataupun whiteheads yang mengeluarkan 'tahi' putih. Tetapi, kemunculan ruam bukan tindakbalas normal.

Sebaiknya, apabila ruam dan bintik-bintik merah yang bukan jerawat muncul di wajah, lekaslah berhubung dengan BC saudari.

Hentikanlah pemakaian produk tersebut dengan segera. Bagi pengguna ini, saya syorkan beliau mengurangkan pemakaian cleanser kepada sekali sehari sahaja. Sekiranya cleanser di gunakan pada sebelah pagi, cucilah wajah dengan air suam pada waktu petang. Sekiranya memakai mekap, cuci mekap dengan mekap remover. Ada kemungkinan cleanser dan masker yang disyorkan itu terlalu mengeringkan kulitnya. Beliau memang memiliki masalah jerawat dan kulit berparut dan kini sedang mengambil ubat doktor.

Walau apa pun, saya akan menukar produk yang dibeli tempoh hari kepada produk yang lebih lembut termasuklah hydrating gel yang memang boleh menyamankan kulit.

Inspiring Beauty


Sebenarnya saya masih lagi mencari-cari apakah nama blog yang paling sesuai untuk digunakan. Saya mencari nama yang ringkas, yang jitu tapi nampaknya kebanyakan nama sudah diambil orang. Blog Pink Enriching Lives itu panjang sangat, jadi saya ingin menguji nama Inspirasi Cantik.

Inspiring = Menginspirasikan. Boleh tahan juga nama ini.


Saya ingin memberi sebuah inspirasi mengenai kecantikan kepada semua saudari yang singgah di sini.

Mungkin ada satu dua perkara yang dapat menginspirasikan saudari.

Buat masa ini, sudi-sudilah ke blog Pink Enriching Lives!







Tuesday, September 14, 2010

Hadiah Hari Raya 1431

Sempena Aidil Fitri tahun ini, kami telah menghantar beberapa sampel mekap sebagai hadiah Hari Raya untuk para pelanggan yang melakukan order sepanjang bulan Ramadan yang baru berlalu. Semoga kamu gembira dengan hadiah tersebut.

Selain itu, kami turut menghantar hadiah-hadiah lain dalam bentuk miniature sebagai produk untuk diuji sebelum membelinya. Ini adalah bagi memastikan pelanggan dapat produk yang direkomen sesuai dengan kulit mereka.

Bagi yang belum menerimanya, cepat hubungi saya!

Bagi existing customer yang ingin memulakan program anti penuaan atau pencerahan kulit selepas memulakan rawatan asas, saya sendiri akan memantau pemakaian produk tersebut dengan menghantar sampel dahulu. Selepas berpuas hati, baru beli.

Semua layanan yang diberikan kepada pelanggan adalah khas buat pembeli yang membeli daripada saya sahaja.

Pencarian Model of Beauty

Mary Kay Malaysia sedang mengadakan pencarian Model of Beauty dari sekarang hingga hujung bulan November 2010.

Mahukah kamu menyertainya?

Sesiapa saja boleh menyertainya.

Hanya panggil saya mengadakan kelas mekap dan saya akan mengajar teknik mekap. Foto sebelum dan selepas akan diambil.

http://www.marykay.com.my/virtualmakeover_bridal.aspx

Monday, September 6, 2010

Ucapan Selamat Hari Raya

Dimaklumkan blog ini tidak akan dikemaskini selama seminggu bermula Selasa, 7hb September 2010 kerana cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Di kesempatan ini, kami menyusun jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas sebarang kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata sepanjang kita berkomunikasi ini.

Blog akan kembali dikemaskini minggu depan, Insya Allah.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin


Saturday, September 4, 2010

Amalan saya dalam dunia Mary Kay

Sebenarnya ada beberapa peraturan wujud dalam dunis bisnes Mary Kay. Saya akan jelaskan beberapa peraturan tersebut dalam entri kali ini.

Blog ini ada sebahagiannya pengetahuan umum, dan ada juga berpandukan kepada pengalaman sendiri dan pelanggan saya.

Jadi beberapa pengalaman yang saya kutip itu saya paparkan di sini untuk perkongsian sama-sama. Bagi yang berminat, boleh juga melayarinya sekadar untuk pengetahuan juga. Namun beberapa maklumat spesifik adalah khas untuk pelanggan saya walaupun nama mereka tidak disebutkan di sini. Sekiranya kamu sudah mempunyai BC atau merupakan customer BC lain, saya harap kamu akan rujuk semula kepada BC masing-masing kerana mereka lebih tahu keadaan kulit kamu.

Salah satu peraturan utama di Mary Kay adalah kami tidak boleh menjual produk kami kepada customer BC lain ataupun mengganggu customer BC lain, melainkan wujud beberapa perkara seperti:

  1. Existing BC sudah tidak aktif;
  2. Contact number BC itu sudah hilang;
  3. Customer tidak menerima khabar atau feedback daripada existing BC dalam suatu jangka masa yang sudah ditetapkan.

Inilah yang dikatakan golden rule itu. (Ada banyak lagi perkara yang berkaitan golden rule ini sebenarnya).

Perkara yang saya sebutkan ini adalah sebahagian amalan saya juga. Sekiranya kamu adalah pengguna Mary Kay tetapi ingin belajar facial dengan saya, saya sudi melakukannya atas dasar "Go Give." Saya harap BC lain juga akan sudi melakukannya bagi pihak saya.

Peraturan kedua ialah saya tidak memberi diskaun kepada potential customer hanya untuk mendapatkan jualan. Namun diskaun atas dasar tawaran bulanan ke atas produk terpilih, sempena sesuatu festival atau hadiah atas belian yang tinggi akan ditawarkan. Namun sebagai mengambil hati customer baru, saya akan memberikan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia serta facial disposable cloth atas belian yang spesifik. Namun saya berjanji akan memantau penggunaan produk sama ada menerusi sms ataupun emel.

Ini adalah sebahagian customer service yang saya beri kepada semua pelanggan saya. Jadi janganlah hairan sekiranya saya sering menghantar berita kepada kamu selepas kamu menjadi pelanggan saya.

Friday, September 3, 2010

Testimoni Masker Melacep

Salah seorang customer yang paling kerap memberi testimoni baru-baru ini memberitahu Masker Melacep yang saya hadiahkan sedikit sampel kepadanya sungguh luar biasa. Sebelum ini beliau sudah dua bulan menggunakan cleanser dan freshener Melacep. Hasilnya memang sungguh luar biasa.


Kulitnya sawo matang tapi berkilau bagaikan cermin, sungguh bersih. Beliau adalah salah seorang pengguna setia saya.

Menurutnya selepas menggunakan masker tersebut, kulitnya terasa begitu gebu dan lembut.

Ini tidak menghairankan kerana rangkaian produk Melacep adalah di antara produk yang paling sarat dengan Vitamin C.

Apabila kita menempelkan vitamin ke kulit kita, adakah ia akan memudaratkan? Saya pasti tidak. Namun, dalam sesetengah kes, memang ada kes alergik yang tidak disedari oleh pengguna itu sendiri.

Thursday, September 2, 2010

Bengkel Kecantikan bersama Amini 31 Ogos 2010




Model berkelopak mata kecil serta kening yang berpantis.

Model yang berkelopak mata besar serta kening lebat (tidak bercukur).

Peserta bengkel mendapat sentuhan Mak Andam.



BC bersama dua tetamunya.
BC bersama kawan sekolah, beliau belum menerima sentuhan Mary Kay!