Monday, September 20, 2010

Ruam merah muncul selepas beberapa hari...

Seorang pengguna baru mengalami masalah ruam dan bintik merah muncul di wajah. Nasib baik beliau cepat menelefon saya dan bertanya, "Adakah ini tindakbalas normal?"

Tindakbalas normal adalah kemunculan jerawat ataupun kulit mungkin mengelupas sedikit sekitar bahagian mulut, ataupun whiteheads yang mengeluarkan 'tahi' putih. Tetapi, kemunculan ruam bukan tindakbalas normal.

Sebaiknya, apabila ruam dan bintik-bintik merah yang bukan jerawat muncul di wajah, lekaslah berhubung dengan BC saudari.

Hentikanlah pemakaian produk tersebut dengan segera. Bagi pengguna ini, saya syorkan beliau mengurangkan pemakaian cleanser kepada sekali sehari sahaja. Sekiranya cleanser di gunakan pada sebelah pagi, cucilah wajah dengan air suam pada waktu petang. Sekiranya memakai mekap, cuci mekap dengan mekap remover. Ada kemungkinan cleanser dan masker yang disyorkan itu terlalu mengeringkan kulitnya. Beliau memang memiliki masalah jerawat dan kulit berparut dan kini sedang mengambil ubat doktor.

Walau apa pun, saya akan menukar produk yang dibeli tempoh hari kepada produk yang lebih lembut termasuklah hydrating gel yang memang boleh menyamankan kulit.

No comments:

Post a Comment