Perkara yang terbit pada fikiran saya adalah wang. Berbisnes adalah salah satu cara mudah bagi mendapatkan wang. Tanpa perlu berfikir panjang, kaya bermakna wang, senang bukan?
Tapi adakah itu saja yang diharapkan atau pernah diimpikan oleh Mary Kay Ash sewaktu hayatnya? Mungkin ada banyak sebab.
Semakin lama saya berkecimpung dalam dunia Mary Kay, saya dapati kaya di sini bermakna lebih sekadar wang, cincin intan berlian, luxurious cruise, pink Altis, free trips ke China, Dallas dan sebagainya. Malah banyak perkara ini tiada dalam impian saya!
Sekiranya kita diberi peluang memperbaiki diri kita, mahukah kita melakukannya?
Di sinilah indahnya dunia Mary Kay.
Kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Mary Kay kadang-kadang dicatat dalam Majalah Applause. Terpulang kepada kita bagaimana mahu mengintepretasikannya.
Contohnya, terpampang di dinding ofis saya, kata-kata ini sering membuat saya berfikir, "When you handle a situation in a positive way, positive things will happen. When you apply the Golden Rule and use your own good judgement along with a loving and caring spirit, you cannot go wrong. Your life will be enriched by friendships and blessings."
Apabila kita diserang sesuatu masalah dan cuba mengatasinya sebaik mungkin, kita akan dibalas baik, kita dapat menambah seorang lagi sahabat. Hidup kita menjadi berkat. Dengan cara ini, kita bertambah kaya, yakni kaya dengan sahabat, dan kaya dengan keberkatan.
Salah satu ungkapan yang sering disebut di sini adalah, "Layanlah orang lain sebagaimana kita mahu dilayan."
Kata-kata ini saja menjadi suatu peringatan supaya kita sentiasa berbuat baik. Siapa yang tidak mahu dilayan dengan baik? Apabila baik menjadi amalan ini, kita memperkayakan diri dalaman kita. Mekap dan kosmetik dapat mencantikkan diri luaran kita tapi nilai yang kita bina dalam diri dalaman kita mencantikkan diri dalaman kita. Itu lebih baik.
Sekian, perkongsian hari ini.
No comments:
Post a Comment