Monday, August 30, 2010

Apa itu Nilai?

Apakah yang dimaksudkan dengan nilai?

Ia mungkin kata-kata yang diutarakan tatkala pelanggan melangkah keluar dari kedai kita.
Ia mungkin hadiah bisnes yang dipos kepada pelanggan.
Ia mungkin kata-kata yang diluahkan apabila BC baru menyiapkan kerja dengan jayanya.
Ia mungkin kata-kata penghargaan kepada BC yang cekap.
Ia mungkin harga produk yang berpatutan ataupun dedikasi yang kita tunjukkan ketika menjelaskan kebaikan produk kepada pembeli yang ingin tahu perkara itu dengan lebih mendalam.

Nilai penting kepada bisnes kita dan memberi kepuasan kepda kita semasa bisnes kita berkembang maju.

Saturday, August 28, 2010

Produk tahan lama tapi kesan mungkin lambat nampak

Setiap produk Mary Kay diperbuat supaya ia tahan lama sekurang-kurangnya selama dua bulan. Namun atas dasar jimat cermat, sesetengah produk yang digunakan pengguna tahan selama setahun.

Sebenarnya ini tindakan kurang tepat. Biar saya terangkan satu persatu:-

Katakan pencuci yang digunakan terlalu sedikit, mungkin kekotoran pada kulit wajah tidak dapat dibersihkan secukupnya. Apabila kulit tidak dibersihkan secukupnya, kekotoran masih ada pada wajah. Selain kekotoran, minyak dan peluh masih melekat pada kulit wajah. Ini mungkin mengakibatkan masalah kulit lain timbul.

Bagi penyegar, sesetengah pengguna menggunakan cairan penyegar ini tanpa menggunakan kapas. Kita perlu faham fungsi penyegar. Setiap penyegar dalam rangkaian produk Mary Kay mempunyai dua tugas. Satu untuk melengkapkan cucian pada wajah, kedua bagi mengembalikan saiz pori ke saiz yang asal. Apabila cairan ini dituangkan terus ke tapak tangan, ia tidak dapat melengkapkan cucian wajah yang disebutkan tadi.

Bagi pelembap pula, sesetengah pengguna menggunakan pelembap hanya pada waktu pagi. Alasannya kerana mahu berbedak. Mereka menyangka pelembap adalah sebahagian mekap. Sebenarnya pelembap adalah penjagaan wajah. Dan wajah perlu dipakaikan pelembap siang dan malam termasuklah pada waktu tidur. Ada sesetengah pengguna mengadu wajah masih kehausan (dehydrated) walaupun pelembap digunakan. Salah satu sebab mengapa wajah kehausan adalah kerana pelembap hanya dipakai pada waktu siang. Sudah tentu apabila pelembap dipakai sekali sehari saja, ia akan tahan lama sehingga dua tahun!

Selain segala macam benda ditepek ke wajah, kita perlu juga minum air secukupnya. Ini adalah bagi memastikan lapisan kulit bawah sentiasa lembap. Sejenis bahan dalam krim pelembap akan menarik air dari bawah lapisan kulit dan menyebabkan lapisan kulit atas sentiasa nampak lembap. Sekiranya kulit terlalu kering, gunalah produk tambahan untuk menambah air ke kulit.

Masker. Masker adalah satu benda yang paling jarang digunakan oleh kebanyakan wanita Malaysia. Ini bukan salah sesiapa, hanya pengetahuan tidak disampaikan kepada mereka. Masker digunakan bagi cucian yang lebih mendalam. Masker perlu disesuaikan dengan jenis kulit wajah. Oleh itu, bagi kulit kering, masker tidak boleh mengandungi tanah liat atau clay. Bagi kulit berminyak pula, perlu menggunakan masker yang bertanah liat bagi menarik lebihan minyak di permukaan kulit. Masker perlu digunakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau empat kali sebulan.

Apabila kita jarang menggunakan masker, maka masker akan tahan lama sehingga tiga tahun.

Walau apa pun, seperkara yang ingin saya jelaskan di sini, seandainya produk yang digunakan terlalu sedikit atas alasan mahu berjimat, wajah kita mungkin tidak mendapat bekalan nutrient yang secukupnya. Oleh itu, kesan yang dijanjikan oleh Mary Kay tidak dapat dilihat!

Tuesday, August 17, 2010

Pada suatu hari Jumaat yang lepas...

Sesetengah pejabat beruntung sebab walaupun pada bulan Ramadan, mereka masih berehat panjang sehingga lebih dua jam.

Kelebihan ini dimanfaat oleh sebuah jabatan ini dan menjemput saya dan BC saya mengendalikan sesi facial. Walaupun yang menyatakan keinginan untuk datang hanya lima orang, tapi selepas masing-masing melihat rakan masing-masing masuk ke bilik mesyuarat, hati mereka pun terbuka untuk turut serta. Akhirnya 14 orang duduk menanti apakan show yang akan mereka dapat saksikan!

Mujur barang-barang yang kami bawa cukup. Hanya tuala lap tangan dan bekas air terpaksa pinjam-pinjam.

Sesungguhnya mereka memang benar-benar student yang prihatin dan sangat berminat dengan apa yang mereka pelajari hari itu.

Malah ada juga seorang student yang pernah menghadiri sesi facial tetapi tidak tahu apa itu spa bibir dan spa tangan. Pada hari itu beliau mencubanya buat kali pertama. Saya berasa seronok kerana dapat berkongsi maklumat ini dengannya.

Bagi mereka yang benar-benar ingin terus mencuba produk tersebut, sanggup menunggu kami sehingga tamat siaran.

Jadi jika ada yang masih berdiri atas pagar tu, marilah cuba sekali belajar buat facial ini. Ia bukanlah sesi buang masa calik warna ini dan itu tapi adalah suatu peluang menimba ilmu. Saya akan terangkan keadaan kulit kamu serta menerangkan apa akan berlaku jika kamu pernah menggunakan produk yang mencerahkan kulit. Mungkin kamu terkejut mendengarnya.


Monday, August 16, 2010

Apa yang terkandung dalam bahan kosmetik anda?





  • Sebelum kita makan atau menggunakan apa saja barang atau bahan, perhatikanlah betul-betul sama ada produk itu benar-benar selamat. Bertanyalah apa kandungan dalam sesuatu bahan itu. Ini semua demi keselamatan kita dalam tempoh jangka panjang.

  • Suatu perkara yang perlu diperhatikan adalah seandainya sesuatu produk itu memberi kesan segera atau serta-merta, kemungkinan ia mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kita.

  • Baca lagi di sini.



  • Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream
  • Sunday, August 15, 2010

    Promosi Bulan Raya


    Promosi Bulan Ramadan/Syawal
    Beli 3 warna eye shadow + 1 Blusher untuk RM100 saja!
    Bermula dari sekarang hingga esok nak Raya.

    Apa-apa saja!

    Apa lagi nak tulis ya...Sekarang saya agak sibuk menterjemah. Pihak PTS beri saya tiga buah buku sekaligus untuk diterjemah. Jadi, maaf ya kawan-kawan seandainya blog ini tidak dikemaskini seperti selalu.

    Tuesday, August 10, 2010

    Pengorbanan demi bisnes dalam Mary Kay

    Setiap BC pasti ada melakukan pengorbanan demi menjayakan bisnes masing-masing dengan Mary Kay. Saya akan sentuh bentuk pengorbanan mereka yang sudah berjaya dan mereka yang masih dalam perjalanan menuju ke peringkat yang lebih tinggi:-

    Seri - datang ke meeting setiap malam Sabtu dengan membawa tiga orang anaknya.

    Rokie - sudah lama tidak menonton TV sebab tiada masa, terpaksa korbankan masa pulang ke kampung kerana setiap hujung minggu mengadakan kelas facial.

    Fiza - terpaksa korbankan masa bersama anak-anak dan suami. Sanggup angkut anak-anak MKnya ke meeting atau ke kelas facial jika mereka tidak berkenderaan.

    Kak Has - kurangkan waktu tidur sebab pulang dari kerja mengemaskini blognya sehingga 12 malam. Inilah caranya mendapat potential customer dan korbankan cuti hujung minggu untuk mengadakan kelas facial.

    Ruby - wanita yang tiada modal sewaktu baru mula berkecimpung dalam dunia Mary Kay, bangun awal pagi memasak nasi lemak untuk dijual ke staf di pejabat kakaknya. Hasil jualan nasi lemak disimpan untuk beli produk Mary Kay yang mahu dijual. Apabila tiada kereta yang boleh dipinjam, dia naik bas dengan mengendong babynya dan bawa buai.

    Fis - beruntung kerana mendapat support penuh daripada suami tapi bila suami ajak jalan-jalan, terpaksa akur walaupun badan penat selepas mengadakan kelas facial.

    Sheila - wanita workoholic sanggup mengadakan kelas facial 3,4 kali sehari selepas habis waktu kerja. Jam berapa dia pulang ke rumah? Selepas tengah malam.

    Beberapa orang rakan lagi sanggup ikat perut setiap bulan demi mencukupkan wang untuk beli stock MK yang mahu dijual. Kemudian 60% diketepikan untuk bayar kepada MK. Jika mereka tiada wang sendiri, mereka terpaksa pinjam daripada orang lain.

    Jadi, kita di mana? Sekiranya kita cemburu tahap yang dicapai oleh para wanita ini, kita boleh tanya diri kita semula, adakah kita sanggup melakukannya seperti mereka? Adakah kita benar-benar serius?

    Monday, August 9, 2010

    Special Unit Meeting

    Sabtu malam kami bermeeting dengan Senior Sales Director kami, Nafisah. Lebih kurang 12 orang yang dipilih hadir. Kami dipilih kerana kami sudah hampir tiba di garisan tamat tapi mengapa masih merangkak-rangkak?

    Memang banyak rahsia yang dapat dibongkar. Memang banyak perkara yang selama ini disimpan dalam hati kerana tidak tahu ada beberapa perkara itu memang perlu diluahkan supaya perjalanan kami lebih lancar dalam dunia Mary Kay.

    Terima kasih Fis kerana sudi meluangkan masa dengan kami.

    Ada air mata yang tertumpah kerana mengenangkan sukarnya perjalanan itu.

    Bayangkan! Sudah ada 6 orang sign up tapi satu pun belum aktivate membershipnya. Dalam Mary Kay, bagi melengkapkan sesuatu cabaran itu, every new BC mesti activate membershipnya dengan membeli sekurang-kurangnya 150 points (=RM3.45).

    Apabila ini menjadi masalah, SSD sudah tahu kelemahan kita di mana. Mungkin new BC itu tidak tahu peri pentingnya dia mengaktifkan membershipnya jadi dia sengaja melewat-lewatkan pembeliannya kerana sudah dapat apa yang dia perlukan daripada starter kit.

    Apabila existing BC sudah tiada leads, dia terpaksa mencari leads baru. Apabila ini berlaku, perlu a concerted effort daripada kumpulan untuk melakukan aktiviti bersama. Aktiviti bersama itu termasuklah Kelas Mekap anjuran pasukan masing-masing, keluar dari Lembah Klang untuk melakukan sesi open to public facial, membuka booth mencari leads baru, on-the-go dengan stranger dan lain-lain lagi.

    Ada sesetengah BC yang sudah berkahwin, tidak mendapat sokongan daripada Cik Abang sepenuhnya. Jadi, ini pun bagus dikongsi-kongsi supaya BC lain yang berpengalaman akan share bagaimana memujuk Cik Abang dengan cara halus supaya keegoannya tidak tercabar.

    Memang ada macam-macam ketika kita menempuh perjalanan dalam Mary Kay ini. Benarlah ia dapat memperkayakan lagi hidup wanita!

    Jadi, dari catatan yang tidak seberapa ini, dapat kita lihat betapa pentingnya kita menghadiri meeting apabila ia diadakan oleh unit masing-masing. Saya sendiri belajar banyak perkara daripada sesama BC dan sister SD kami.

    Berminat mengalaminya?

    Kami mengadakan unit meeting setiap hari Jumaat, selepas solat maghrib. Meeting tamat jam 10 malam. Kamu boleh datang sebagai tetamu saya.

    Wednesday, August 4, 2010

    Promosi Bulan Merdeka 2010

    Sempena menyambut Hari Merdeka pada hujung bulan ini, kami dengan sukacita mengadakan promosi Bulan Merdeka.

    Setiap belian bernilai sekurang-kurangnya RM450, ada hadiah misteri disediakan!

    Bagaimana mengumpulkan belian sebanyak RM450 itu?

    Belilah customized skincare set dan sebatang lipstick.

    Promosi berlangsung dari sekarang hingga 31 Ogos 2010

    Sunday, August 1, 2010

    ESSD Debut 1 Ogos 2010

    Hari ini ada majlis penting khas untuk Robihah Othman, Executive Senior Sales Director (ESSD), wanita Melayu pertama yang mencapai tahap ini. Bagi sampai ke tahap ini, tentulah memerlukan usaha sendiri dan usaha anak-anak buahnya. Senang cerita, beliau perlu mendidik beberapa orang anak buahnya sampai ke tahap yang tinggi (seperti beberapa orang sudah mencapai tahap Senior Sales Director dan beberapa orang lagi mencapai tahap Sales Director, baru beliau boleh sampai ke tahap ESSD itu!)

    Untuk sampai ke tahap ini, ia senang tapi tidak mudah. Saya kira, yang paling utama adalah sokongan anak-anak buahnya. Bagi mendapatkan sokongan itu, tentulah hubungan dan networking dengan anak-anak buahnya perlu bagus. Beliau perlu mendidik dan mengasuh anak-anak buahnya sehingga mereka pun turut dapat mengecapi kepuasan menerusi Mary Kay!

    Tahniah Ruby! Saya ingin sekali melihat lebih ramai orang kita mencapai tahap ini!