Monday, September 20, 2010

Customer didahulukan, raya dikemudiankan!

Siang tadi saya menemui beberapa orang customer, sambil-sambil hantar barang, ambil peluang beraya juga!

Ingin juga saya melihat perubahan pada wajah mereka. Kebanyakan mereka ini adalah pengguna yang baru menggunakan produk lebih kurang tiga bulan. Rata-rata ramai yang berpuas hati dengan hasil yang mereka perolehi setakat ini.

Yang pasti, sama ada pengguna itu memulakan sesi penjagaan wajah dengan set botanical mahupun dengan set timewise, hasil yang mereka perolehi memang best.

Bagi yang benar-benar berpuas hati, mereka mula merekomen kawan-kawan mereka datang berfacial dengan saya.

Wow, bestnya!

Seperti biasa, pengguna yang memperkenalkan kenalan mereka kepada saya untuk sesi facial, kemudian mereka membeli, adalah ganjaran untuk mereka semua! Yang memperkenalkan serta yang diperkenalkan!

Ruam merah muncul selepas beberapa hari...

Seorang pengguna baru mengalami masalah ruam dan bintik merah muncul di wajah. Nasib baik beliau cepat menelefon saya dan bertanya, "Adakah ini tindakbalas normal?"

Tindakbalas normal adalah kemunculan jerawat ataupun kulit mungkin mengelupas sedikit sekitar bahagian mulut, ataupun whiteheads yang mengeluarkan 'tahi' putih. Tetapi, kemunculan ruam bukan tindakbalas normal.

Sebaiknya, apabila ruam dan bintik-bintik merah yang bukan jerawat muncul di wajah, lekaslah berhubung dengan BC saudari.

Hentikanlah pemakaian produk tersebut dengan segera. Bagi pengguna ini, saya syorkan beliau mengurangkan pemakaian cleanser kepada sekali sehari sahaja. Sekiranya cleanser di gunakan pada sebelah pagi, cucilah wajah dengan air suam pada waktu petang. Sekiranya memakai mekap, cuci mekap dengan mekap remover. Ada kemungkinan cleanser dan masker yang disyorkan itu terlalu mengeringkan kulitnya. Beliau memang memiliki masalah jerawat dan kulit berparut dan kini sedang mengambil ubat doktor.

Walau apa pun, saya akan menukar produk yang dibeli tempoh hari kepada produk yang lebih lembut termasuklah hydrating gel yang memang boleh menyamankan kulit.

Inspiring Beauty


Sebenarnya saya masih lagi mencari-cari apakah nama blog yang paling sesuai untuk digunakan. Saya mencari nama yang ringkas, yang jitu tapi nampaknya kebanyakan nama sudah diambil orang. Blog Pink Enriching Lives itu panjang sangat, jadi saya ingin menguji nama Inspirasi Cantik.

Inspiring = Menginspirasikan. Boleh tahan juga nama ini.


Saya ingin memberi sebuah inspirasi mengenai kecantikan kepada semua saudari yang singgah di sini.

Mungkin ada satu dua perkara yang dapat menginspirasikan saudari.

Buat masa ini, sudi-sudilah ke blog Pink Enriching Lives!







Tuesday, September 14, 2010

Hadiah Hari Raya 1431

Sempena Aidil Fitri tahun ini, kami telah menghantar beberapa sampel mekap sebagai hadiah Hari Raya untuk para pelanggan yang melakukan order sepanjang bulan Ramadan yang baru berlalu. Semoga kamu gembira dengan hadiah tersebut.

Selain itu, kami turut menghantar hadiah-hadiah lain dalam bentuk miniature sebagai produk untuk diuji sebelum membelinya. Ini adalah bagi memastikan pelanggan dapat produk yang direkomen sesuai dengan kulit mereka.

Bagi yang belum menerimanya, cepat hubungi saya!

Bagi existing customer yang ingin memulakan program anti penuaan atau pencerahan kulit selepas memulakan rawatan asas, saya sendiri akan memantau pemakaian produk tersebut dengan menghantar sampel dahulu. Selepas berpuas hati, baru beli.

Semua layanan yang diberikan kepada pelanggan adalah khas buat pembeli yang membeli daripada saya sahaja.

Pencarian Model of Beauty

Mary Kay Malaysia sedang mengadakan pencarian Model of Beauty dari sekarang hingga hujung bulan November 2010.

Mahukah kamu menyertainya?

Sesiapa saja boleh menyertainya.

Hanya panggil saya mengadakan kelas mekap dan saya akan mengajar teknik mekap. Foto sebelum dan selepas akan diambil.

http://www.marykay.com.my/virtualmakeover_bridal.aspx

Monday, September 6, 2010

Ucapan Selamat Hari Raya

Dimaklumkan blog ini tidak akan dikemaskini selama seminggu bermula Selasa, 7hb September 2010 kerana cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Di kesempatan ini, kami menyusun jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas sebarang kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata sepanjang kita berkomunikasi ini.

Blog akan kembali dikemaskini minggu depan, Insya Allah.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin


Saturday, September 4, 2010

Amalan saya dalam dunia Mary Kay

Sebenarnya ada beberapa peraturan wujud dalam dunis bisnes Mary Kay. Saya akan jelaskan beberapa peraturan tersebut dalam entri kali ini.

Blog ini ada sebahagiannya pengetahuan umum, dan ada juga berpandukan kepada pengalaman sendiri dan pelanggan saya.

Jadi beberapa pengalaman yang saya kutip itu saya paparkan di sini untuk perkongsian sama-sama. Bagi yang berminat, boleh juga melayarinya sekadar untuk pengetahuan juga. Namun beberapa maklumat spesifik adalah khas untuk pelanggan saya walaupun nama mereka tidak disebutkan di sini. Sekiranya kamu sudah mempunyai BC atau merupakan customer BC lain, saya harap kamu akan rujuk semula kepada BC masing-masing kerana mereka lebih tahu keadaan kulit kamu.

Salah satu peraturan utama di Mary Kay adalah kami tidak boleh menjual produk kami kepada customer BC lain ataupun mengganggu customer BC lain, melainkan wujud beberapa perkara seperti:

  1. Existing BC sudah tidak aktif;
  2. Contact number BC itu sudah hilang;
  3. Customer tidak menerima khabar atau feedback daripada existing BC dalam suatu jangka masa yang sudah ditetapkan.

Inilah yang dikatakan golden rule itu. (Ada banyak lagi perkara yang berkaitan golden rule ini sebenarnya).

Perkara yang saya sebutkan ini adalah sebahagian amalan saya juga. Sekiranya kamu adalah pengguna Mary Kay tetapi ingin belajar facial dengan saya, saya sudi melakukannya atas dasar "Go Give." Saya harap BC lain juga akan sudi melakukannya bagi pihak saya.

Peraturan kedua ialah saya tidak memberi diskaun kepada potential customer hanya untuk mendapatkan jualan. Namun diskaun atas dasar tawaran bulanan ke atas produk terpilih, sempena sesuatu festival atau hadiah atas belian yang tinggi akan ditawarkan. Namun sebagai mengambil hati customer baru, saya akan memberikan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia serta facial disposable cloth atas belian yang spesifik. Namun saya berjanji akan memantau penggunaan produk sama ada menerusi sms ataupun emel.

Ini adalah sebahagian customer service yang saya beri kepada semua pelanggan saya. Jadi janganlah hairan sekiranya saya sering menghantar berita kepada kamu selepas kamu menjadi pelanggan saya.

Friday, September 3, 2010

Testimoni Masker Melacep

Salah seorang customer yang paling kerap memberi testimoni baru-baru ini memberitahu Masker Melacep yang saya hadiahkan sedikit sampel kepadanya sungguh luar biasa. Sebelum ini beliau sudah dua bulan menggunakan cleanser dan freshener Melacep. Hasilnya memang sungguh luar biasa.


Kulitnya sawo matang tapi berkilau bagaikan cermin, sungguh bersih. Beliau adalah salah seorang pengguna setia saya.

Menurutnya selepas menggunakan masker tersebut, kulitnya terasa begitu gebu dan lembut.

Ini tidak menghairankan kerana rangkaian produk Melacep adalah di antara produk yang paling sarat dengan Vitamin C.

Apabila kita menempelkan vitamin ke kulit kita, adakah ia akan memudaratkan? Saya pasti tidak. Namun, dalam sesetengah kes, memang ada kes alergik yang tidak disedari oleh pengguna itu sendiri.

Thursday, September 2, 2010

Bengkel Kecantikan bersama Amini 31 Ogos 2010




Model berkelopak mata kecil serta kening yang berpantis.

Model yang berkelopak mata besar serta kening lebat (tidak bercukur).

Peserta bengkel mendapat sentuhan Mak Andam.



BC bersama dua tetamunya.
BC bersama kawan sekolah, beliau belum menerima sentuhan Mary Kay!

Monday, August 30, 2010

Apa itu Nilai?

Apakah yang dimaksudkan dengan nilai?

Ia mungkin kata-kata yang diutarakan tatkala pelanggan melangkah keluar dari kedai kita.
Ia mungkin hadiah bisnes yang dipos kepada pelanggan.
Ia mungkin kata-kata yang diluahkan apabila BC baru menyiapkan kerja dengan jayanya.
Ia mungkin kata-kata penghargaan kepada BC yang cekap.
Ia mungkin harga produk yang berpatutan ataupun dedikasi yang kita tunjukkan ketika menjelaskan kebaikan produk kepada pembeli yang ingin tahu perkara itu dengan lebih mendalam.

Nilai penting kepada bisnes kita dan memberi kepuasan kepda kita semasa bisnes kita berkembang maju.

Saturday, August 28, 2010

Produk tahan lama tapi kesan mungkin lambat nampak

Setiap produk Mary Kay diperbuat supaya ia tahan lama sekurang-kurangnya selama dua bulan. Namun atas dasar jimat cermat, sesetengah produk yang digunakan pengguna tahan selama setahun.

Sebenarnya ini tindakan kurang tepat. Biar saya terangkan satu persatu:-

Katakan pencuci yang digunakan terlalu sedikit, mungkin kekotoran pada kulit wajah tidak dapat dibersihkan secukupnya. Apabila kulit tidak dibersihkan secukupnya, kekotoran masih ada pada wajah. Selain kekotoran, minyak dan peluh masih melekat pada kulit wajah. Ini mungkin mengakibatkan masalah kulit lain timbul.

Bagi penyegar, sesetengah pengguna menggunakan cairan penyegar ini tanpa menggunakan kapas. Kita perlu faham fungsi penyegar. Setiap penyegar dalam rangkaian produk Mary Kay mempunyai dua tugas. Satu untuk melengkapkan cucian pada wajah, kedua bagi mengembalikan saiz pori ke saiz yang asal. Apabila cairan ini dituangkan terus ke tapak tangan, ia tidak dapat melengkapkan cucian wajah yang disebutkan tadi.

Bagi pelembap pula, sesetengah pengguna menggunakan pelembap hanya pada waktu pagi. Alasannya kerana mahu berbedak. Mereka menyangka pelembap adalah sebahagian mekap. Sebenarnya pelembap adalah penjagaan wajah. Dan wajah perlu dipakaikan pelembap siang dan malam termasuklah pada waktu tidur. Ada sesetengah pengguna mengadu wajah masih kehausan (dehydrated) walaupun pelembap digunakan. Salah satu sebab mengapa wajah kehausan adalah kerana pelembap hanya dipakai pada waktu siang. Sudah tentu apabila pelembap dipakai sekali sehari saja, ia akan tahan lama sehingga dua tahun!

Selain segala macam benda ditepek ke wajah, kita perlu juga minum air secukupnya. Ini adalah bagi memastikan lapisan kulit bawah sentiasa lembap. Sejenis bahan dalam krim pelembap akan menarik air dari bawah lapisan kulit dan menyebabkan lapisan kulit atas sentiasa nampak lembap. Sekiranya kulit terlalu kering, gunalah produk tambahan untuk menambah air ke kulit.

Masker. Masker adalah satu benda yang paling jarang digunakan oleh kebanyakan wanita Malaysia. Ini bukan salah sesiapa, hanya pengetahuan tidak disampaikan kepada mereka. Masker digunakan bagi cucian yang lebih mendalam. Masker perlu disesuaikan dengan jenis kulit wajah. Oleh itu, bagi kulit kering, masker tidak boleh mengandungi tanah liat atau clay. Bagi kulit berminyak pula, perlu menggunakan masker yang bertanah liat bagi menarik lebihan minyak di permukaan kulit. Masker perlu digunakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau empat kali sebulan.

Apabila kita jarang menggunakan masker, maka masker akan tahan lama sehingga tiga tahun.

Walau apa pun, seperkara yang ingin saya jelaskan di sini, seandainya produk yang digunakan terlalu sedikit atas alasan mahu berjimat, wajah kita mungkin tidak mendapat bekalan nutrient yang secukupnya. Oleh itu, kesan yang dijanjikan oleh Mary Kay tidak dapat dilihat!

Tuesday, August 17, 2010

Pada suatu hari Jumaat yang lepas...

Sesetengah pejabat beruntung sebab walaupun pada bulan Ramadan, mereka masih berehat panjang sehingga lebih dua jam.

Kelebihan ini dimanfaat oleh sebuah jabatan ini dan menjemput saya dan BC saya mengendalikan sesi facial. Walaupun yang menyatakan keinginan untuk datang hanya lima orang, tapi selepas masing-masing melihat rakan masing-masing masuk ke bilik mesyuarat, hati mereka pun terbuka untuk turut serta. Akhirnya 14 orang duduk menanti apakan show yang akan mereka dapat saksikan!

Mujur barang-barang yang kami bawa cukup. Hanya tuala lap tangan dan bekas air terpaksa pinjam-pinjam.

Sesungguhnya mereka memang benar-benar student yang prihatin dan sangat berminat dengan apa yang mereka pelajari hari itu.

Malah ada juga seorang student yang pernah menghadiri sesi facial tetapi tidak tahu apa itu spa bibir dan spa tangan. Pada hari itu beliau mencubanya buat kali pertama. Saya berasa seronok kerana dapat berkongsi maklumat ini dengannya.

Bagi mereka yang benar-benar ingin terus mencuba produk tersebut, sanggup menunggu kami sehingga tamat siaran.

Jadi jika ada yang masih berdiri atas pagar tu, marilah cuba sekali belajar buat facial ini. Ia bukanlah sesi buang masa calik warna ini dan itu tapi adalah suatu peluang menimba ilmu. Saya akan terangkan keadaan kulit kamu serta menerangkan apa akan berlaku jika kamu pernah menggunakan produk yang mencerahkan kulit. Mungkin kamu terkejut mendengarnya.


Monday, August 16, 2010

Apa yang terkandung dalam bahan kosmetik anda?





  • Sebelum kita makan atau menggunakan apa saja barang atau bahan, perhatikanlah betul-betul sama ada produk itu benar-benar selamat. Bertanyalah apa kandungan dalam sesuatu bahan itu. Ini semua demi keselamatan kita dalam tempoh jangka panjang.

  • Suatu perkara yang perlu diperhatikan adalah seandainya sesuatu produk itu memberi kesan segera atau serta-merta, kemungkinan ia mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kita.

  • Baca lagi di sini.



  • Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream
  • Sunday, August 15, 2010

    Promosi Bulan Raya


    Promosi Bulan Ramadan/Syawal
    Beli 3 warna eye shadow + 1 Blusher untuk RM100 saja!
    Bermula dari sekarang hingga esok nak Raya.

    Apa-apa saja!

    Apa lagi nak tulis ya...Sekarang saya agak sibuk menterjemah. Pihak PTS beri saya tiga buah buku sekaligus untuk diterjemah. Jadi, maaf ya kawan-kawan seandainya blog ini tidak dikemaskini seperti selalu.

    Tuesday, August 10, 2010

    Pengorbanan demi bisnes dalam Mary Kay

    Setiap BC pasti ada melakukan pengorbanan demi menjayakan bisnes masing-masing dengan Mary Kay. Saya akan sentuh bentuk pengorbanan mereka yang sudah berjaya dan mereka yang masih dalam perjalanan menuju ke peringkat yang lebih tinggi:-

    Seri - datang ke meeting setiap malam Sabtu dengan membawa tiga orang anaknya.

    Rokie - sudah lama tidak menonton TV sebab tiada masa, terpaksa korbankan masa pulang ke kampung kerana setiap hujung minggu mengadakan kelas facial.

    Fiza - terpaksa korbankan masa bersama anak-anak dan suami. Sanggup angkut anak-anak MKnya ke meeting atau ke kelas facial jika mereka tidak berkenderaan.

    Kak Has - kurangkan waktu tidur sebab pulang dari kerja mengemaskini blognya sehingga 12 malam. Inilah caranya mendapat potential customer dan korbankan cuti hujung minggu untuk mengadakan kelas facial.

    Ruby - wanita yang tiada modal sewaktu baru mula berkecimpung dalam dunia Mary Kay, bangun awal pagi memasak nasi lemak untuk dijual ke staf di pejabat kakaknya. Hasil jualan nasi lemak disimpan untuk beli produk Mary Kay yang mahu dijual. Apabila tiada kereta yang boleh dipinjam, dia naik bas dengan mengendong babynya dan bawa buai.

    Fis - beruntung kerana mendapat support penuh daripada suami tapi bila suami ajak jalan-jalan, terpaksa akur walaupun badan penat selepas mengadakan kelas facial.

    Sheila - wanita workoholic sanggup mengadakan kelas facial 3,4 kali sehari selepas habis waktu kerja. Jam berapa dia pulang ke rumah? Selepas tengah malam.

    Beberapa orang rakan lagi sanggup ikat perut setiap bulan demi mencukupkan wang untuk beli stock MK yang mahu dijual. Kemudian 60% diketepikan untuk bayar kepada MK. Jika mereka tiada wang sendiri, mereka terpaksa pinjam daripada orang lain.

    Jadi, kita di mana? Sekiranya kita cemburu tahap yang dicapai oleh para wanita ini, kita boleh tanya diri kita semula, adakah kita sanggup melakukannya seperti mereka? Adakah kita benar-benar serius?

    Monday, August 9, 2010

    Special Unit Meeting

    Sabtu malam kami bermeeting dengan Senior Sales Director kami, Nafisah. Lebih kurang 12 orang yang dipilih hadir. Kami dipilih kerana kami sudah hampir tiba di garisan tamat tapi mengapa masih merangkak-rangkak?

    Memang banyak rahsia yang dapat dibongkar. Memang banyak perkara yang selama ini disimpan dalam hati kerana tidak tahu ada beberapa perkara itu memang perlu diluahkan supaya perjalanan kami lebih lancar dalam dunia Mary Kay.

    Terima kasih Fis kerana sudi meluangkan masa dengan kami.

    Ada air mata yang tertumpah kerana mengenangkan sukarnya perjalanan itu.

    Bayangkan! Sudah ada 6 orang sign up tapi satu pun belum aktivate membershipnya. Dalam Mary Kay, bagi melengkapkan sesuatu cabaran itu, every new BC mesti activate membershipnya dengan membeli sekurang-kurangnya 150 points (=RM3.45).

    Apabila ini menjadi masalah, SSD sudah tahu kelemahan kita di mana. Mungkin new BC itu tidak tahu peri pentingnya dia mengaktifkan membershipnya jadi dia sengaja melewat-lewatkan pembeliannya kerana sudah dapat apa yang dia perlukan daripada starter kit.

    Apabila existing BC sudah tiada leads, dia terpaksa mencari leads baru. Apabila ini berlaku, perlu a concerted effort daripada kumpulan untuk melakukan aktiviti bersama. Aktiviti bersama itu termasuklah Kelas Mekap anjuran pasukan masing-masing, keluar dari Lembah Klang untuk melakukan sesi open to public facial, membuka booth mencari leads baru, on-the-go dengan stranger dan lain-lain lagi.

    Ada sesetengah BC yang sudah berkahwin, tidak mendapat sokongan daripada Cik Abang sepenuhnya. Jadi, ini pun bagus dikongsi-kongsi supaya BC lain yang berpengalaman akan share bagaimana memujuk Cik Abang dengan cara halus supaya keegoannya tidak tercabar.

    Memang ada macam-macam ketika kita menempuh perjalanan dalam Mary Kay ini. Benarlah ia dapat memperkayakan lagi hidup wanita!

    Jadi, dari catatan yang tidak seberapa ini, dapat kita lihat betapa pentingnya kita menghadiri meeting apabila ia diadakan oleh unit masing-masing. Saya sendiri belajar banyak perkara daripada sesama BC dan sister SD kami.

    Berminat mengalaminya?

    Kami mengadakan unit meeting setiap hari Jumaat, selepas solat maghrib. Meeting tamat jam 10 malam. Kamu boleh datang sebagai tetamu saya.

    Wednesday, August 4, 2010

    Promosi Bulan Merdeka 2010

    Sempena menyambut Hari Merdeka pada hujung bulan ini, kami dengan sukacita mengadakan promosi Bulan Merdeka.

    Setiap belian bernilai sekurang-kurangnya RM450, ada hadiah misteri disediakan!

    Bagaimana mengumpulkan belian sebanyak RM450 itu?

    Belilah customized skincare set dan sebatang lipstick.

    Promosi berlangsung dari sekarang hingga 31 Ogos 2010

    Sunday, August 1, 2010

    ESSD Debut 1 Ogos 2010

    Hari ini ada majlis penting khas untuk Robihah Othman, Executive Senior Sales Director (ESSD), wanita Melayu pertama yang mencapai tahap ini. Bagi sampai ke tahap ini, tentulah memerlukan usaha sendiri dan usaha anak-anak buahnya. Senang cerita, beliau perlu mendidik beberapa orang anak buahnya sampai ke tahap yang tinggi (seperti beberapa orang sudah mencapai tahap Senior Sales Director dan beberapa orang lagi mencapai tahap Sales Director, baru beliau boleh sampai ke tahap ESSD itu!)

    Untuk sampai ke tahap ini, ia senang tapi tidak mudah. Saya kira, yang paling utama adalah sokongan anak-anak buahnya. Bagi mendapatkan sokongan itu, tentulah hubungan dan networking dengan anak-anak buahnya perlu bagus. Beliau perlu mendidik dan mengasuh anak-anak buahnya sehingga mereka pun turut dapat mengecapi kepuasan menerusi Mary Kay!

    Tahniah Ruby! Saya ingin sekali melihat lebih ramai orang kita mencapai tahap ini!

    Saturday, July 24, 2010

    Tidak cuci wajah selama 28 hari?

    Cik Nona meninggalkan soalan di peti jerit blog ini, "Kalau saya mahu tunggu 28 hari itu, apa yang saya kena guna untuk pastikan wajah saya bersih... sebab jika tidak cuci langsung, wajah rasa sangat kotor?"

    28 hari adalah satu tempoh di mana sel-sel kulit baru akan tumbuh dan sel-sel kulit mati disingkirkan dari wajah.

    Bagi umur bawah 25 tahun, sel-sel kulit mati disingkirkan dari wajah dengan lancar, jadi wajah yang masih muda memang selalu nampak segar dan sihat tanpa perlu extra work.

    Apabila usia kita meningkat, sel-sel kulit tidak disingkirkan oleh sistem badan dengan cekap. Ia mengambil masa lebih lama untuk disingkirkan, mungkin sehingga 45 hari. Sepanjang tempoh itu, ia bertepek pada kulit. Apabila sel kulit mati tidak disingkirkan, kulit kita akan kelihatan kusam (matt) walaupun kita mencuci wajah beberapa kali sehari dan mekap tebal digunakan.

    Kerana itulah masker perlu digunakan, untuk membantu proses menyingkirkan sel kulit mati ini.

    Berbalik kepada soalan yang diajukan oleh Cik Nona, saya terangkan di sini, mask perlu digunakan dua atau tiga kali seminggu, tidak digalakkan penggunaan yang lebih kerap.

    Namun, sekiranya berasa lapisan kulit luar saudari sudah menipis, eloklah guna pencuci wajah yang lembut dan tidak menghakis bagi mengelakkan kulit wajah semakin nipis. Mungkin saudari akan diminta berhenti memakai produk skincare sedia ada dan jangan memakai mekap dalam tempoh seminggu saja, hanya cuci wajah dengan air. Namun ini adalah saranan saja. Jika saudari tidak sanggup, gunalah pencuci yang lembut dan tidak menghakis sebagaimana yang dinyatakan di atas.

    Jika berminat mencuba produk Mary Kay, kami perlu tahu sejarah pemakaian produk bagi membolehkan kami memberi nasihat yang spesifik dan merekomen rangkaian produk yang sesuai.

    Ini biasanya akan dilakukan semasa sesi facial berlangsung.

    Thursday, July 22, 2010

    Kisah Jerawat lagi

    Ingin tahu lebih lanjut mengenai jerawat? Mari baca dalam wikipedia ini.

    Maklumatnya memang menarik. Ada dinyatakan cuci wajah berjerawat dengan pencuci yang lembut. Ingin sekali saya nyatakan di sini, produk Mary Kay memang begitu, amat lembut tapi amat berkesan. Kebanyakan pencuci wajah berjenama Mary Kay hampir tiada buih tapi setiap kali lepas cucian, kulit terasa lebih nyaman!

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerawat

    Wednesday, July 21, 2010

    Aktiviti di Bagan Serai, 18 Julai 2010


    Selepas Retreat hari Sabtu, kami bertolak ke Bagan Serai pada pagi Ahad. Sekumpulan guru dari Sekolah Menengah Bagan Serai menyediakan diri bagi sesi belai-belai diri. Gambar tertera menunjukkan permulaan sesi di mana mereka menggunakan Scrub Tangan dan Loofah Body Cleanser. Mereka terpukau dengan keharuman produk tangan dan untuk badan itu.

    Dalam sesi biasa, peserta diminta buat pilihan sama ada mahu mencuba Satinhands atau Loofah Body Cleanser. Dalam sesi kali ini, mereka meminta menggunakan kedua-dua produk. Kami apalagi, menurut sajalah. Sememangnya kami ingin memberi mereka rasa seronok!

    Sememangnya respon yang kami terima amat memberangsangkan. Mereka bukan hanya peserta yang asyik mendengar penerangan kami, tetapi juga amat positif dan memberi tindakbalas yang menyeronokkan kami.

    Selepas sesi facial, mereka tidak sabar-sabar mahu mengetahui senarai barang yang telah kami gunakan. Produk laku keras hari itu adalah Medium Coverage Foundation.

    Mereka seronok? Kami LAGI seronok! Hilang rasa lelah walaupun perjalanan ke sana memakan masa tiga jam.


    Monday, July 19, 2010

    Pam Fortenberry-Slate's Area Retreat at Bukit Kiara Equestrian Club 17 July 2010


    Pam Fortenberry-Slate is our National Sales Director. A few of our current Senior Sales Directors had the opportunity to be trained by her way back in the year 2000, when Mary Kay first came to this shore. One of them is Datin Sri Norizan Azizan.

    She was one of our trainers during the Retreat. And because of her, we were able to hold our retreat at this very posh venue from 9am till 5pm on Saturday, 17th July 2010.

    That was my first retreat. I didn't expect much. In fact I was late because I had to attend to some family matters in the morning.

    Being a regular unit meeting attendee, I thought I know a lot already. What else could I be learning today?

    I was pleasantly surprised, I learnt a lot, I gained a lot more knowledge, and the most important thing is that I had fun. Besides the activities like how do we tackle obstacles in doing the Mary Kay business, we had to play a game where we shared a lot of touching moments. We had the song played Aku Ada Kau with a very touching lyrics. Of course not to mention a lot of tears.

    Shedding tears is something very familiar among us women. The thing is, in Mary Kay, we need to open up our heart and let others see. I felt very vulnerable at first, but actually that makes me stronger and feel more keenly towards my MK sisterhood.

    Now I understand why after the retreat, our bonding is greater.

    I am glad because I had my sister with me, and I think our bonding is closer than before.

    I feel the bonding among the sisters in our Golden Swans group is also better than before.

    In Mary Kay, we share the laughter and yes we get to see a lot of laughing and smiling faces.

    Also, in Mary Kay, we shed tears when our hearts are touched. As women, we are touched by the same things. We get to experience many things together in Mary Kay.

    No wonder some say Mary Kay is a sort of cult, but it is a very nice cult!

    But...what is so special being in the Pam's Area? These are the trademark of us:-

    1) We MUST be punctual for all appointments - to show our professionalism.
    2) We MUST not talk to each other during meetings / seminars / conference even when others do it.
    3) No phone calls. And, if we must speak on the phone, do so in the next room.
    4) No SMS during meeting.

    Never mind when others do it, we simply DON'T.


    Wednesday, July 14, 2010

    Promosi Julai Ogos - Hadiah bagi belian RM800 ke atas


    Untuk mendapatkan ini
    sebagai hadiah percuma,
    berbelanjalah sebanyak
    RM800
    dari 15 Julai hingga 15 Ogos 2010.




    Tuesday, July 13, 2010

    Perlukah tangan dibelai juga?




    Sayangilah tangan anda.

    Tangan adalah wajah kedua kita. Daripada tangan kita, orang lain dapat meneka berapa usia kita.

    Apabila menggunakan scrub tangan ini, ia membantu mengurangkan kedutan di tangan, menghaluskan tangan yang kasar, mencerahkan warna tangan, melembapkan tangan dan menjadikan tangan licin bak satin.

    Namanya pun Satinhands.

    Satu set yang merangkumi 3 barang ini adalah set lengkap memanjakan tangan kita.

    Berminat? Terus sms ke 0132139063

    Promosi Istimewa Julai/Ogos 2010

    Assalamualaikum Frenz,

    Bermula 15hb Julai 2010 sehingga 15hb Ogos 2010, kami menyediakan promosi istimewa bagi setiap belian yang bernilai RM500 ke atas.

    Beli

    Hydrating Gel
    +

    Microderma set

    Dapat free 1 hadiah sama ada ini
    atau ini

    Monday, July 12, 2010

    Aktiviti di Ipoh

    Semalam kami berada di Klebang Putra. Oleh sebab ramai yang ingin menyertainya tetapi ada pula yang bekerja di sebelah pagi, kami terpaksa pecahkan sesi kepada dua (jam 11 pagi dan jam 3 petang). Setiap sesi ada 6 orang.

    Tetamu yang saya jemput pula tiada seorang pun yang datang. Sedih jugalah sebab mahu ke Ipoh bukan murah. Tol dan petrol saja sudah berjumlah RM100. Seorang katanya di Penang, seorang lagi mengantuk sebab sebelah malamnya tengok bola, seorang lagi tidak mengangkat telefon bila ditelefon, seorang lagi malas. Tetapi saya bertemu dengan BC kepada BC saya yang baru join bulan Jun lepas.

    Jadi saya berikan penerangan panjang lebar mengenai Mary Kay kepadanya. Banyak perkara yang dia tanyakan.

    Selepas menjadi BC, dia menerima starter kit yang masih belum dibuka dan dibaca. Jadi saya terangkan dia perlu membaca semua risalah, brosur dan nota yang datang dalam starter kit tersebut. Majalah yang diterima pun perlu ditunjukkan bahagian mana yang penting dan perlu dibaca oleh setiap BC.

    Majalah Applause itu sangat penting dibaca kerana ia mengandungi kempen terbaru. Jika kita lambat buat order, kita akan terlepas peluang itu. Sudahlah dia baru terlepas peluang melakukan NCB.

    Jika sudah terlepas peluang mendapatkan NCB, ikutilah kempen-kempen yang dilakukan setiap bulan. Kempen ini khas untuk BC. Terpulang kepada BC untuk berkongsi dengan customer masing-masing.

    Ada yang bertanya apa istimewanya menjadi BC? Nah, inilah keistimewaannya!

    Kami akan ke Penang Ahad depan. Bagi mereka yang berada di Penang, bolehlah join kami ya!

    Friday, July 9, 2010

    Dream Board aka Goal Poster

    Sering diperkatakan jika kita mahu ke sesuatu destinasi, kita perlu ada tujuan. Barulah kita mula bergerak ke arahnya. Sememangnya kita ada menyimpan sesuatu matlamat atau tujuan. Mula-mula kita menetapkannya, tetapi kemudian kita terlupa mengenainya.

    Dalam Mary Kay, kita perlu membuat goal poster.

    Mengapa?

    Supaya kita tidak melupakan matlamat kita.

    Apabila kita ke ESRS, kita diminta menyiapkan goal poster.
    Apabila kita ke RJU, kita akan diminta menyiapkan goal poster yang lebih terperinci.

    Selepas goal poster ini siap, apa yang kita lakukan kepadanya?
    Adakah kita akan melipatkannya lalu menyimpannya?

    Selepas goal poster ini siap, lekatkanlah ianya di tempat yang mudah kita lihat. Jangan jadikannya poster hiasan dan lekatkannya di tempat orang lain mudah nampak! Letakkan ianya di sudut yang sering kita lemparkan pandangan kita, di bilik yang kita huni, di pintu peti ais dan seumpamanya.

    Goal poster ini akan mengingatkan kita akan matlamat kita.

    Jadi, buatlah goal poster itu, jangan tidak dibuat pula!

    Wednesday, July 7, 2010

    The Power of Customer Service

    Hari ini saya amat gembira. Manakan tidak, existing customer called dan minta saya berikan dia senarai produk yang diperlukannya.

    Masalah yang dihadapi? Kulit kering hingga mengelupas.

    Bajetnya? RM600.

    Untuk gadis bawah 25 tahun, dan selepas menggunakan set Botanical dan Timewsie selama lebih 6 bulan, saya syorkan kepadanya set MelaCEP. Namun, dia tidak perlukan kesemua produk dalam range ini kerana kulitnya masih muda, tiada masalah serius, hanya terdapat tompokan gelap (mungkin jeragat baru). Apa yang dia perlukan hanya set asas iaitu cleanser, freshener dan moisturizer yang mengandungi SPF. Sebagai gadis yang banyak berada di bawah matahari, dia memerlukan produk berspf bagi melindungi kulitnya.

    Moisturizer untuk malam, saya syorkan kepadanya Moisturizer Botanical (tiada spf).

    Bagi merawat kulit yang mengelupas, Hydrating Gel yang paling sesuai kerana ia menyamankan dan meredakan kulit yang mengelupas atau terlalu kering (dehydrate).

    Apa yang boleh diharapkan selepas memakai product range ini?

    Set asas Melacep ini akan menjadikan kulitnya nampak lebih bersih, milky, cerah, dan berkilau. Hydrating Gel akan menjadikan kulitnya nampak dewy fresh, sesegar embun pagi, dari pagi hingga ke malam. Hydrating Gel ini akan membekalkan air ke kulit wajahnya selama 10 jam.

    Walaupun si dia menyediakan bajet sebanyak RM600, namun barang yang diperlukannya tidak sampai sebanyak itu. Namun, oleh kerana ada tambahan produk lain, jumlahnya meningkat.

    Inilah yang akan dilakukan oleh Perunding kecantikan. Sebagai perunding, kita menawarkan hanya produk yang benar-benar diperlukan, bukan mengikut bajet yang disediakan!



    Matlamat Kita

    Apabila kita menyertai Mary Kay, adakah kita menyimpan harapan atau matlamat?

    SD Bai berkongsi maklumat yang diperolehinya sewaktu ke China menghadiri training khas untuk RJU.

    Salah satunya ialah kita perlu ada matlamat ataupun tujuan.

    1. Buat goal poster (atau Dream Board) - Wanita yang bagaimana yang kita mahu jadi?
    2. Senaraikan kualiti diri yang perlu kita miliki supaya kita dapat menjadi wanita yang kita impikan itu.
    3. Lakarkan matlamat jangka pendek. (dalam tempoh dua tahun)
    4. Lakarkan matlamat jangka panjang. (bagi tempoh melebihi dua tahun)
    5. Senaraikan 10 sebab mengapa kita mahu mencapai impian itu.
    6. Buat ucapan sewaktu majlis Pink Car

    Tampal poster itu di mana-mana sudut dalam bilik kita.

    Kemudian beritahu seseorang mengenai harapan kita itu. Ini yang paling berat, dan memalukan! Selamat mencuba!

    Bagaimana menjual produk?

    Walaupun ramai yang sukakan free facial, tapi tidak ramai yang punya waktu antara sejam setengah hingga dua jam untuk bersenang-lenang melakukan facial. Ada juga yang kurang senang melakukan facial ini di rumah.

    Sebagai BC, kita boleh melakukannya di mana-mana saja. Salah satu caranya adalah on-the-go. Ini bermakna kita perlu bawa beberapa barang yang mudah dibawa dan disimpan dalam beg tangan dan ajak kawan atau kenalan mencubanya sewaktu berada di meja makan, di surau, hatta ke dalam tandas sekali pun!

    Produk yang paling mudah adalah mekap remover. Setiap wanita perlu cuci bibir selepas makan. Jadi bawa saja produk ini walau ke mana kita pergi. Jangan lupa bawa cotton pad. Jika kita lihat seseorang itu memakai lipstick, share produk kita dengannya. Sudah tentu tengok keadaan bagaimana. Jika si dia tidak langsung menoleh ke arah kita, cari orang lain yang nampak lebih pleasant. Ini bagi mengelakkan sebarang rejection.

    Apabila kita sudah kesan si dia nampak berminat, baru buka cerita mengenai produk atau ajaknya melakukan SCC.


    The 6 most important things for an RJU to move up



    Kak Suzita shared these 6 points with us during the RJU Nite last nite for us to move up.

    1) To have a goal or goals and an action plan

    2) Conduct SCC (Standard Skincare Class) and secure next booking immediately.

    3) Persistent with our booking, do and do until you breakthrough.

    4) Customer service - a price a customer is willing to pay and to receive even more from us. Now is the time to sustain our customer. Think wide and deep.

    5) Persistence in team building - to develop new consultants to prevent them from losing interest and to listen to their needs.

    6) Time management and money management.

    Personally I feel, these points mentioned above is not only meant for an RJU. Any BC, whatever your level is, if you wish to move up in your Mary Kay business, you can apply some if not all these six points.

    Good luck to you, and to me too!

    Saturday, July 3, 2010

    Pendidikan dalam Mary Kay


    Apa itu RJU? Ia adalah singkatan kepada Red Jacket University.

    Sememangnya taraf universiti ini diakui dalam dunia Mary Kay.

    Bagaimana mahu lulus? Dapatkan saja 6 orang BC baru, maka kita boleh grad. Siap pakai mortar board lagi...kotak empat segi yang dipakai atas kepala itu! Siap dengan jubah merah lagi... Kalau kita belum pernah merasa pakai jubah dan mortar board serta ambil gambar atas pentas, inilah masanya!

    Sebenarnya masuk universiti 2 hari ini mengajar kami banyak perkara mengenai leadership dan bagaimana membina unit. Ia adalah persediaan kepada mereka yang mahu melangkah ke depan dalam dunia Mary Kay.

    There is no short cut to success. Betapa benarnya kata-kata ini!

    Bermula dengan ESRS, yakni peringkat TADIKA, kita boleh melangkah setingkat lagi dengan masuk ke RJU, peringkat universiti. Selepas peringkat ini, dan dengan mempunyai sekurang-kurangnya 8 orang BC, kita layak masuk ke peringkat yang lebih tinggi iaitu DIQ (Director in Qualification). Selepas kita menjalani latihan DIQ ini, kita dikenali sebagai Future Sales Director. Sales Director adalah peringkat di mana kita mula mempunyai unit sendiri dan mula mendapat pendapatan yang lumayan hasil jualan peribadi serta komisyen daripada anggota unit kita. Bagi melayakkan kita mendapat kedudukan ini, kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya 30 anggota dalam unit kita.

    Semua ini perlu diperolehi dalam tempoh tertentu. Apabila gagal, kita perlu mula kembali.

    Siapa-siapakah mereka dalam foto ini? Ada microbiologist, ada lecturer, ada accountant, ada 2 Quantity Surveyor, ada dua orang student, ada landscape architect, ada banker, ada penganggur, ada customer service staff. Orang yang berkecimpung dalam dunia Mary Kay ini berbagai-bagai!

    Wednesday, June 23, 2010

    Set Ajaib yang meremajakan kembali kulit matang

    Mahu kulit licin tanpa garis-garis halus dan kedut yang nyata?
    Mahu kulit anjal?
    Mahu kulit yang lembut gemalai?
    Mahu warna kulit lebih sekata?

    Ada caranya!
    Gunakan set produk ini selama 3 bulan. Insya Allah kamu akan dapat melihat perubahannya.

    Bila kulit sudah lembut, anjal dan lembut gemalai, tentulah kamu nampak lebih cantik.

    Eloklah bersedia dari sekarang, Raya sudah hampir!

    Aktiviti Mary Kay Ahad 4 Julai 2010

    Belajar Teknik Mekap

    Hari : Ahad (4 Julai 2010)

    Jam : 11 pagi - 3 petang

    Lokasi : Tingkat 8 Bangunan Jaya 33
    Jalan Semangat, PJ

    Berminat? sms atau hubungi 0132139063 untuk book tempat

    Yuran : RM65

    Belajar mekap
    Makan Tengah hari
    Photo shoot

    Ada door gift untuk semua peserta

    Monday, June 21, 2010

    Produk MK kesannya lambat tapi berkesan

    Salah satu isu apabila menggunakan produk Mary Kay ini adalah kesannya lambat (tapi ia sebenarnya bukan masalah).

    Saya jelaskan mengapa.

    Produk Mary Kay akan menstabilkan keadaan kulit. Sebelum ini, kulit kita mungkin sudah menerima 'layanan yang kurang memuaskan' daripada kita sendiri. Contohnya kita menggunakan produk yang tidak diketahui bahan-bahannya, terlalu 'kuat' untuk kulit kita, tidak sesuai dengan jenis atau masalah kulit yang kita hadapi, tidak mengetahui teknik cucian wajah yang betul, pencuci tidak dicuci bersih-bersih (masih ada residue atau saki-baki buih pada kulit), tidak menggunakan produk (produk, bukan brand) yang benar-benar diperlukan oleh kulit kerana kurang pengetahuan dan sebagainya.

    Oleh itu, tanpa kita sedari kulit kita sudah terhakis dan menjadi nipis. Ini biasa berlaku apabila menggunakan produk yang mencerahkan kulit dengan kadar segera. Bagi kesan tindakan yang segera, selalunya bahan kimia yang dicampurkan ke dalam bahan yang kita gunakan adalah lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh sistem badan atau kulit.

    Kesan hakisan kulit pada wajah termasuklah kulit mudah terbakar, perit pada siang hari walaupun berada di dalam rumah, kulit berbelang atau berbelak-belak, kulit wajah berbulu, sapu bedak tidak lekat pada kulit, kulit menjadi merah, kulit menjadi kusam walaupun lebih cerah dan sebagainya.

    Mengapa saya yakin produk Mary Kay boleh membantu:-

    Produk asas yang digunakan dalam produk Mary Kay terdiri daripada 3 bahan ini iaitu ginseng, oat dan buah delima.

    Fungsi-fungsi produk ini:-

    1) Ginseng - mencergaskan sel-sel kulit
    2) Oat - condition atau merapikan keadaan kulit
    3) Buah delima - anti oksida dan pencerah asli

    Bagi sesetengah pengguna, mereka perlu menunggu masa sebelum boleh menggunakan set lengkap Mary Kay. Kamu ingin tahu mengapa?

    Kerana set ini hanya berfungsi pada lapisan epidermis pada kulit kamu.

    Sekiranya kamu pernah menggunakan produk yang tidak diketahui bahan-bahannya, saya sarankan kamu tunggu sebulan dulu bagi mengembalikan epidermis dan menstabilkan pH kulit.

    Jadi dalam tempoh sebulan itu, epidermis akan kembali kerana ini memang sistem semula jadi yang Allah sudah anugerahkan kepada setiap manusia. Jadi proses ini memang lambat. Sel kulit baru kembali setiap 28 hari, dan sel-sel kulit yang sudah mati disingkirkan setiap 28 hari. Apabila usia semakin meningkat, sel-sel kulit mati ini perlu kita bantu singkirkan setiap 28 hari supaya ia tidak bertumpuk di atas kulit dan menyebabkan kulit nampak tidak bermaya.

    Jadi, untuk Eja, saudari sedang dalam proses 'menumbuhkan' kembali lapisan epidermis itu. Epidermis yang baru ini mungkin nampak kusam tapi saudari perlu bersabar. Selepas tempoh 28 hari, epidermis saudari semakin matang. Jika tunggu 2 bulan, epidermis saudari kembali normal. Apabila epidermis saudari sudah normal, barulah saudari boleh menggunakan freshener, moisturizer & mask dan seterusnya gunakan produk untuk menangani masalah lain.

    Saya akan jelaskan mengapa perlu menggunakan freshener, moisturizer dan mask.

    Apa yang berlaku sekiranya saya enggan tunggu sebulan atau dua bulan ini?

    Kesan healing crisis mungkin teruk dan saudari tidak dapat menghadapinya. Contoh-contohnya termasuklah jerawat halus dan bernanah di bahagian tepi wajah seperti di kaki rambut, di rahang, di leher, bawah dagu; kulit kering dan berminyak - tidak dapat dipastikan, kulit menjadi lebih gelap,

    Sabar...

    Thursday, June 17, 2010

    Bila sudah berMary Kay...

    Soalan cepumas, "Apa benar-benarkah produk ini berkesan?"

    Insya Allah berkesan.

    Seorang sahabat mencuba produk ini selepas bertahun-tahun setia dengan satu jenama tempatan milik seorang usahawan terkenal. Kali pertama kami bertemu, kulitnya kelihatan kusam walaupun lebih cerah berbanding leher dan tangannya, kemerah-merahan. Masalah yang ingin dia atasi adalah bintik-bintik hitam.

    Selepas diteliti sejarah pemakaian produk, saya sarankan dia memulakan rutin jagaan kulitnya dengan produk yang paling asas dalam rangkaian produk Mary Kay.

    Mengapa?

    Oleh sebab kulitnya nampak agak menipis (tidak tahan panas, cepat terbakar, memerah), saya nasihatkannya supaya menunggu antara 56 hingga 84 hari sebelum menggunakan produk yang lebih advance.

    Namun, sahabat ini tidak sabar menunggu lalu meminta produk pencerahan. SAya terpaksa akur kerana customer is king!

    Selepas 2 bulan menggunakan produk pencerahan, kulitnya bertambah gelap. Sudah tentu dia tidak gembira. Apa yang boleh saya katakan kepadanya, perlu banyak bersabar kerana healing crisis memang memakan masa. Saya terus nasihatkannya supaya kembali kepada produk yang asas. Saya jelaskan mengapa.

    Alhamdulillah selepas 6 bulan memakai produk ini, kulitnya yang berwarna sawo matang bertambah cerah, warna sekata dan nampak lebih bermaya. Dia sendiri perasan akan perubahannya. Kini dia lebih gembira dan senyum saja. Dia bertambah suka apabila orang sekelilingnya memuji-mujinya.

    Saya lebih gembira kerana berjaya membantu seorang lagi sahabat!

    Monday, June 14, 2010

    Satinhands

    Sepasang tangan itu adalah lambang kekayaan. Ia adalah sebuah anugerah yang sangat besar lagi berharga. Namun, ramai juga yang lupa akan anugerah ini, lantas menganggapnya perkara biasa. Mungkin kerana kita sudah dilahirkan seperti itu, jadi apa yang dihairankan dengan anugerah itu?

    Tangan yang membolehkan kita merangkul insan yang kita kasihi, membelai dan mengelus rambut bayi, mengusap kelopak bunga yang indah dipandang mata...betapa nikmat Ilahi yang sering terlupakan.

    Belailah tangan kamu, sayangilah ia, manjakannya dengan belaian Satinhands yang berbau buah pic dan aprikot ini. Ia membelai tangan kamu, memeliharanya, melembut dan menghaluskannya dan melembapkannya. Tangan kamu suka dibelai, belailah ia dengan Satinhands.

    Beauty Makeover and Photoshoot 13 June 2010






    Saturday, June 12, 2010

    Suka-suka aje!


    Terjumpa gambar ini di internet. Cantik pula!

    Sampel set rawatan jerawat

    Seandainya saudari atau saudara mengalami kulit berjerawat, gambar tertera adalah sistem rawatan Mary Kay yang boleh dicuba.

    Sepanjang bulan Jun, saya menawarkan sampel percuma untuk mencuba produk ini bagi melihat dan merasai sendiri keberkesanannya!

    Berminat? sms ke 0132139063.

    myMetro | Hidrokuinon boleh sebabkan barah

    myMetro | Hidrokuinon boleh sebabkan barah

    myMetro | Muka rasa pedih, tak tahan sinaran matahari

    myMetro | Muka rasa pedih, tak tahan sinaran matahari

    Friday, June 11, 2010

    Kekalkan tangan yang nampak muda


    Sepasang tangan anugerah Tuhan ini memang antara bahagian badan yang bekerja paling kuat. Jadi tidak hairanlah jika tangan kita cepat berkedut dan cepat nampak tua. Tangan juga dapat membongkar rahsia usia kita kepada setiap mata yang memandangnya.

    Namun penampilan tangan kini dapat diubah.

    Bagaimana?

    Selain menyapu losyen tangan, setiap masa, cuba scrub sel-sel kulit mati pada tangan sekali sekali. Scrub tangan ini dapat mengekalkan kelembapan tangan, menyingkirkan sel-sel kulit mati, mengurangkan kesan kedut pada tangan dan mencerahkan serta meratakan warna kulit di bahagian tangan.

    Scrub tangan ini mengandungi butiran halus seperti biji-biji pasir yang dapat membersihkan kulit kita.

    Kini kita tidak perlu memberus atau menyental tangan kita dengan loofah atau berus sabut sebab dengan hanya menggunakan scrub tangan ini, ia sudah cukup membersihkan tangan dan meredakan kesan-kesan kedutan pada kulit tangan.

    Set Belai Tangan Satinhands ini mengandungi krim malam, scrub tangan dan losyen tangan.

    Apabila membelai tangan, jangan lupa belai kaki juga!

    Jika tapak dan tumit kaki merekah dan kasar, cuba scrub bahagian itu dan saksikan perubahannya!

    Thursday, June 10, 2010

    Cuti-cuti dalam negeri sempena cuti sekolah kali ini



    Kali ini kami sekeluarga telah pergi bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu.

    Kali pertama saya ke sana, saya masih lagi berusia dalam dua puluhan. Ketika itu pasir sepanjang pulau halus bak tepung, seputih kapas. Jika permukaan laut di tepi pantai disuluh, kita dapat melihat ikan-ikan berloncatan di atas permukaan air. Best sungguh. Airnya biru sebiru langit, jernih sejernih-jernihnya. Ketika bot nelayan yang kami naiki berlabuh di jeti, air yang jernih di sekitar jeti nampak cetek. Bersusun-susun kawanan ikan mengeliling kawasan jeti itu.

    Ini lawatan yang ketiga bagi diri saya sesudah 19 atau 20 tahun. Sudah tentulah banyak bezanya, chalet yakni rumah-rumah tumpangan sudah banyak, pelancong dalam dan luar negeri semakin ramai, pasirnya coklat dan kasar, tapi di sesetengah kawasan lain, pasirnya masih putih, padat dan halus. Coral sudah banyak yang mati, tapi airnya tetap membiru, di sesetengah tempat kelihatan kehijauan mungkin mengikut kedalaman laut.

    Keadaan ekonomi yang lebih stabil memungkinkan kami menyewa bot dari Pulau Perhentian Besar mengeliling kawasan pulau hingga ke Pulau Perhentian Kecil dan pulau-pulau kecil yang bertaburan di sekitarnya seperti Pulau Rawa dan Pulau Susu, melintas di kawasan Long Beach yang mewah itu, menyelam dan bersnokel di kawasan yang kaya dengan coral, menyelam di tengah laut menunggu penyu, bersnokel di kawasan rumah api mencari ikan nemo selama dua hari berturut-turut, pada waktu tengah hari buta! Wow, memang best.

    Bekalan selain dua botol besar air mineral, sudah tentulah sunscreen dan lip balm. Matahari di tengah pulau dan di pesisir pantai lain panasnya. Bibir yang tidak dilitupi dengan lip balm menjadi merah kerana panas, lalu merekah dan luka. Badan yang tidak dilindungi dengan sunscreen akan terbakar, berasa perit sehingga sakit apabila tersentuh dengan kain. Oleh itu, berhati-hatilah, jangan lupa sapu losyen sunscreen.

    Produk Mary Kay yang saya dan tujuh lagi anggota keluarga gunakan sepanjang percutian lima hari itu termasuklah:-

    1) Melacep Primer berspf 15 (untuk muka)
    2) Anti-aging moisturizer berspf 15 (untuk muka)
    3) Lip Balm (untuk bibir)
    4) Sunscreen berspf 30 (untuk badan)
    5) Hydrating Gel (dipakai malam untuk bekalan air pada muka)

    Sudah dua hari kami pulang. Tiada siapa pun di antara kami mengalami sunburnt, cuma kulit menjadi perang tetapi nampak cantik dan sihat.

    Pelindung matahari berspf 20

    Kadang-kadang kita menggunakan krim atau losyen muka yang tidak mengandungi spf. Ini mungkin berlaku supaya kita boleh menggunakan krim yang sama siang dan malam. Oleh itu wajah kita memerlukan produk yang mengandungi spf pada siang hari. SPF melindungi kulit wajah daripada panahan sinaran matahari yang mengandungi UVA & UVB yang memudaratkan kulit.

    Perlindungan berspf bukan hanya untuk memelihara kulit daripada menjadi gelap. Ia mengelakkan kulit dari membentuk tompok hitam yang biasa dipanggil jeragat. Kulit yang sering disirami cahaya matahari tanpa sebarang pelindung akan menjadi kering lalu membentuk kedut.

    Mereka yang berkulit kering lebih memerlukan perlindungan berspf kerana ciri kulit kering mudah membentuk jeragat.

    Pelindung berspf ini mengandungi bahan-bahan botanikal seperti chamomile, ekstrak aloe & horse chestnut yang diketahui mengandungi bahan yang melembapkan dan anti-radang. Ia tidak mengandungi haruman dan diuji secara klinikal bagi iritasi (skin irritation) dan alergi.

    Inilah satu-satunya pelindung matahari yang cukup selamat dan boleh disapukan ke badan bayi. Jika ia selamat untuk bayi, tentulah ia selamat untuk kita.

    Bagi belian melebihi RM345, pelindung matahari ini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan.

    Berminat? sms atau call 0132139063.

    Thursday, June 3, 2010

    Jika mencari produk untuk cuci mata dan gincu, cubalah yang ini...

    Eye Makeup Remover ini adalah salah satu produk Mary Kay paling laris.

    Mengapa?

    1) Ia dapat menanggalkan mekap mata seperti celak dan eye shadow dan gincu bibir dengan mudah. Kelopak mata tidak lagi perlu ditonyoh kuat untuk menghilangkan mekap mata walaupun ketika menggunakan mekap kalis air.

    2) Ia bukan minyak. Eye Makeup remover is adalah gabungan air dan silikon. Bolehkah kamu lihat ada dua lapisan dalam botol pencuci mekap mata ini? Di atas silikon, di bawahnya air. Apabila digoncang, kamu akan dapat melihatnya seperti di gambar bawah. Gabungan air dan silikon membantu merawat bahagian mata dan bibir luar dan dalam. Hebat, bukan?

    3) Ia tidak memedihkan mata. Jika kamu mencuci bahagian mata
    yang masih bercontact lens, ia tidak merosakkan contact lens kamu. Pencuci ini tidak merosakkan kulit bahagian mata dan bibir, jadi ia selamat pada contact lens juga!




    4) Bagaimana cara menggunakannya?

    a) Goncang botol sehingga air dan silikon bercampur.
    b) Basahkan cotton pad beberapa titik dengan pencuci ini.
    c) Sapu dengan lembut pada mata, kulit mata tidak perlu ditonyoh kuat sehingga beberapa kali. Memadai buat sapuan lembut dari hujung mata luar ke sudut mata dekat hidung, bawah ke atas.
    d) Apabila semua mekap mata sudah bersih, ia sudahpun bersih. Tidak perlu bilas dengan air.
    e) Tidak perlu cuci dengan pencuci wajah. Malah, jangan sekali-kali buat begitu.





    Apa berlaku apabila kamu mencuci bahagian mata dengan pencuci wajah biasa?

    Kulit mata di bahagian mata dan bibir akan cepat mengering dan menimbulkan garis-garis halus di sekeliling mata dan bibir.

    Hanya RM60 sebotol.

    Ramai yang berpuas hati dengan produk ini!

    Cubalah satu!


    Sunday, May 30, 2010

    Kesan selepas memakai masker




    Masker adalah salah satu bentuk cucian lebih mendalam bagi kulit wajah.

    Jika kita jarang memakai masker, kulit akan kelihatan kusam dan kurang berseri.

    Mask yang ditepek dan dibiarkan pada wajah antara 10 hingga 20 minit dapat menarik keluar semua kekotoran dari bawah kulit termasuklah lebihan minyak. Oh..sudah tentulah bagi kulit yang normal, kering atau berminyak perlu menggunakan mask yang sesuai dengan jenis kulit. Masker untuk kulit berminyak mengandungi tanah liat yang dapat membantu mengurangkan lebihan minyak pada permukaan kulit.

    Kadang-kadang kesan selepas menggunakan mask adalah timbulnya jerawat. Ini adalah tindak balas biasa. Apa yang berlaku selepas masker, sel kulit luar ini bersih dan tiada lagi kekotoran. Semua kekotoran yang selama ini bertenggek pada pori-pori disingkirkan. Jadi, kekotoran yang selama ini terkumpul bawah kulit ditolak ke atas permukaan kulit. Jerawat pun muncul. Banyak atau sedikitnya jerawat yang muncul selepas masker digunakan bergantung kepada banyaknya lebihan minyak atau kekotoran lain yang selama ini terkumpul bawah kulit.

    Jadi, penggunaan masker tidak menyebabkan wajah semakin berjerawat. Tindak balas ini menunjukkan bahawa kulit kita semakin bersih, jadi kekotoran yang selama ini terlindung (berada bawah kulit) dikeluarkan. Selepas kulit kita bersih luar dan dalam, barulah seri wajah kelihatan.

    Seri wajah ini tidak dapat dinaikkan dengan bantuan kosmetik! Percayalah!

    Tuesday, May 18, 2010

    Tawaran terkini


    Bagi setiap belian sekurang-kurangnya berharga RM300 dari sekarang hingga 31 Mei 2010, saudari akan mendapat hadiah ini (miniature size x 2 botol ) secara percuma.

    Apakah ia?

    Ia adalah serum yang diperkaya dengan Vitamin C, dapat mencerahkan, menghaluskan dan menganjalkan kulit.

    Nilai Penasihat Kecantikan

    Khidmat Pelanggan membezakan kita daripada orang lain dalam industri kecantikan. Pelanggan bukan sahaja mencari nilai untuk wang, tetapi juga nilai perkhidmatan yang akan menarik mereka kembali untuk membeli lebih banyak lagi.

    Di sini beberapa cadangan yang dapat menyerlahkan perkhidmatan kita:

    • Cuba adakan parti 'Beauty on a Budget' yang membuktikan kesan produk secara klinikal dan menjimatkan wang.
    • Bantu pelanggan memilih produk yang dapat memenuhi keperluan mereka dengan tepat serta menjimatkan masa dan tenaga dengan menghantar produk itu ke rumah mereka!
    • Pelanggan boleh mencuba produk sebelum membeli, dan boleh mengharapkan jaminan
    • kepuasan 100% Mary Kay.
    • Kita juga boleh menawarkan peluang untuk memenangi produk percuma sebagai tuan
    • rumah dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama kawan-kawan kita.
    • Kita juga boleh menyeronokkan pelanggan dengan Virtual Makeover secara PERCUMA.
    • Dalam keadaan ekonomi yang tidak tentu ini, peluang perniagaan Mary Kay mungkin sesuatu yang mereka sedang cari.

    Friday, May 14, 2010

    Apa dengan Spa Tangan, Bibir dan Mata?

    Mary Kay menyediakan spa khas untuk bibir, mata dan tangan.

    Mengapa?

    Ini adalah kerana tanda-tanda awal penuaan dapat dilihat jelas di bahagian ini.

    Spa bibir adalah set produk yang dapat menyingkirkan sel kulit bibir yang lama, melembutkan bibir dan melembapkannya. Bibir yang sihat tidak mengelupas, tidak kering serta tidak mudah luka. Spa bibir mengandungi masker bibir dan balm untuk bibir.

    Bahagian tepi bibir sangat nipis, elakkan dari mencuci mekap bibir dengan cleanser biasa. Gunalah pembersih mekap yang tidak mengandungi alkohol. Kandungan alkohol akan mengeringkan lagi bahagian kulit yang nipis ini.

    Bahagian ini juga perlu dibersihkan dengan hujung jari saja.


    Bahagian mata cepat menjadi tua dengan munculnya garis-garis halus pada mata. Salah satu sebab mengapa bahagian mata cepat menjadi tua adalah kerana kurangnya kelembapan pada bahagian tersebut. Kulit di bahagian mata amat nipis berbanding kulit wajah jadi ia tidak boleh disapu dengan moisturizer yang lebih pekat. Kulit bahagian mata ada moisturizernya sendiri. Mekap mata perlu dibersihkan dengan pencuci bahagian mata dan tidak boleh dicuci dengan pencuci wajah biasa yang lebih kuat. Elakkan dari menyapu toner atau freshener atau apa saja yang berasaskan alkohol atau minyak di bahagian mata. Ini akan menyebabkan bahagian itu semakin kering. Pencuci mekap mata seharusnya lembut tapi kuat bagi mengelakkan perlunya menonyoh bahagian bermekap. Mekap kalis air yang lebih sukar dibersihkan lebih-lebih lagi memerlukan pembersih mekap yang kuat tapi lembut pada kulit.

    Tangan adalah bahagian tubuh yang paling aktif bekerja. Ia juga adalah yang paling kerap bersentuhan dengan pelbagai bahan kimia yang wujud dalam barang-barang yang kita gunakan seharian. Bahagian tangan sangat mudah berkedut dan menjadi kasar dan paling sering nampak lebih 'tua' berbanding bahagian lain pada tubuh kita.

    Spa untuk tangan adalah cara kita membelai tangan kita. Terdapat 3 produk untuk spa tangan ini. Satu, losyen tangan yang disapu sebelum kita skrab tangan kita. Losyen ini berasaskan beeswax. Ia akan membantu membuka pori-pori di bahagian tangan bagi memudahkan kotoran disingkirkan. Selepas itu kita skrab tangan kita. Skrab ini berasaskan buah pic dan buah aprikot. Selepas itu kita sapu tangan kita dengan krim tangan. Krim tangan yang berasaskan minyak bijan ini cepat menyerap ke dalam kulit tidak melekit dan tidak meninggalkan lapisan minyak pada kulit. Ia sungguh lembut dan melindungi tangan kita. Kita seolah-olah memakai invisible glove pada tangan kita.

    Thursday, May 13, 2010

    Microdermabrasion - produk yang selamat lagi mudah digunakan di rumah

    Publish Post
    Seorang sahabat, kebetulan seorang beautician menelefon saya petang tadi, mahu jumpa katanya. Dia sebenarnya amat tertarik dengan Microdermabrasion set, salah satu produk Mary Kay.

    Katanya kulitnya kini kusam dan jeragat yang kecil-kecil sudah muncul. Jadi, saya tanya apa yang diharapkannya selepas menggunakan microdermabrasion set ini!

    Saya bertanya sebab saya tidak mahu dia terbeli barang yang salah. Seandainya jeragat adalah masalah yang ingin diatasi, saya tidak fikir microdermabrasion boleh membantu. Saya pasti microderma adalah untuk merawat kulit yang berpori kasar, kesan parut akibat jerawat dan mengurangkan garis-garis halus pada kulit.

    Walau bagaimanapun, dia tetap ingin menggunakannya kerana selama ini dia perlu dan pernah mendapatkan rawatan yang sama di pusat kecantikan atau di klinik.

    Sudah tentulah rawatan microdermabrasion keluaran Mary Kay boleh dibuat sendiri di rumah. Ia adalah proses yang mudah lagi selamat dan sesiapa saja boleh melakukannya. Set ini mengandungi langkah 1 (pencuci yang mengandungi hablur kristal) & langkah 2 (Serum). Set ini mesti dipakai dua-dua!

    Sunday, May 9, 2010

    SSD Nafisah, Unit Sparkling Swan

    SSD Nafisah ini biasa kupanggil Fis saja. Ini disebabkan 'Fisa' jadi 'Fiza' apabila disebut dengan laju. Tambahan pula di Mary Kay ramai Fiza, nama ringkas bagi Norfiza, Norafiza, Hafizah dan yang sewaktunya.

    Fis menyertai Mary Kay pada bulan Mac 2008. Tujuh bulan selepas itu, beliau berjaya mencapai tahap Sales Director. Tahun 2009, beliau sudah dapat Pink Car, iaitu simbol kejayaan di Mary Kay. Beliau adalah salah seorang Beauty Consultant paling cepat naik. Dan beliau telah membuktikan yang bisnes ini boleh dibuat secara sambilan. Semua kejayaan itu dicapai sewaktu beliau masih lagi bekerja sepenuh masa. Kejayaan tersebut termasuklah shopping trip ke Bangkok free ditambah dengan wang poket dari Mary Kay lagi, cincin berlian yang dapat memenuhi kesemua jari-jemarinya, trip ke China fully sponsored by Mary Kay sekurang-kurangnya dua kali dan terakhir Kereta Pink ini. Semuanya ini sudah dikecapinya dalam tempoh 2 tahun selepas menyertai Mary Kay.

    Aku kagum dengan kejayaannya. Beliau belum pun 40 tahun tapi sudah menikmati semua ini.

    Disember 2009, beliau meletakkan jawatan Pengurus Cawangan di salah sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur. Sebelum melepaskan jawatan itu, hutang-piutangnya sudah dapat dilangsaikan. Dengan hidup yang bebas hutang ditambah lagi dengan wang simpanan berjumlah lima angka, beliau menyerahkan komitmennya kepada Mary Kay bermula Januari 2010.

    Bagaimana beliau melakukannya?
    1. Beliau bekerja Sabtu dan Ahad melakukan facial, atau di sebelah petang selepas waktu pejabat dan sewaktu makan tengah hari. Di sinilah perlunya sokongan keluarga lebih-lebih lagi suami, jika BC itu sudah berkahwin. Beliau beruntung kerana punya suami yang sporting dan understanding.
    2. Beliau groom 2,3 hostess yang dapat membantunya mendapatkan kawan-kawan untuk berfacial bersama di hujung minggu.
    3. Beliau tidak patah semangat apabila tiada belian selepas facial dibuat.
    4. Beliau mantapkan lagi teknik closing of sale daripada BC yang handal menjual.
    5. Beliau memelihara perhubungannya dengan juniornya.
    6. Beliau seorang yang rajin membantu dan berkongsi tips untuk berjaya sepertinya.
    7. Cita-cita beliau sekarang adalah menjadi mentor kepada semua BC di Mary Kay.

    Aku doakan semoga Fis mencapai semua impiannya.

    Mary Kay dapat merealisasikan impiannya, Insya Allah...

    Baca lagi di sini.