Walaupun ramai yang sukakan free facial, tapi tidak ramai yang punya waktu antara sejam setengah hingga dua jam untuk bersenang-lenang melakukan facial. Ada juga yang kurang senang melakukan facial ini di rumah.
Sebagai BC, kita boleh melakukannya di mana-mana saja. Salah satu caranya adalah on-the-go. Ini bermakna kita perlu bawa beberapa barang yang mudah dibawa dan disimpan dalam beg tangan dan ajak kawan atau kenalan mencubanya sewaktu berada di meja makan, di surau, hatta ke dalam tandas sekali pun!
Produk yang paling mudah adalah mekap remover. Setiap wanita perlu cuci bibir selepas makan. Jadi bawa saja produk ini walau ke mana kita pergi. Jangan lupa bawa cotton pad. Jika kita lihat seseorang itu memakai lipstick, share produk kita dengannya. Sudah tentu tengok keadaan bagaimana. Jika si dia tidak langsung menoleh ke arah kita, cari orang lain yang nampak lebih pleasant. Ini bagi mengelakkan sebarang rejection.
Apabila kita sudah kesan si dia nampak berminat, baru buka cerita mengenai produk atau ajaknya melakukan SCC.
No comments:
Post a Comment